Keinginan memiliki motorsikal idaman memang menjadi kegilaan segenap
anak muda yang rata-rata berumur 17 tahun hingga 25 tahun. Keanggunan
rekabentuk terkini membuatkan mereka sanggup melakukan apa sahaja kerja
asalkan dapat memiliki motorsikal keluaran terkini.
Ada yang sanggup
menjadi keldai lumba haram dan keldai dadah demi mengejar impian yang
tidak seberapa. Penjual-penjual motor juga mengambil kesempatan atas
kesanggupan anak2 remaja ini dengan mengenakan kadar interest yang
tinggi menggunakan nama ansuran mudah. Harga pasaran bagi sebuah
motorsikal jenis 135LC mencecah sehingga RM 7,000++ dan meningkat lebih
tinggi sekiranya pembeli membeli dengan skim ansuran mudah. Kadar
interest yang dikenakan mencecah 18% – 24% setahun bergantung cawangan
perbankan yang digunakan penjual.
Tahukah anda dengan membeli secara ansuran, kita sebenarnya membayar lebih daripada harga sepatutnya. Bayangkan Harga RM 7,000 meningkat menjadi RM 9,520 selepas ansuran mudah pada kadar 18% setahun dikenakan . Dengan nilai ansuran yang pada mata kasar sebanyak RM 397 sebulan selama 24bulan, ramai yang tertipu dengan angka ini. Mereka sebenarnya telah membayar lebih daripada yang sepatutnya atas dasar ansuran mudah. Bukan itu sahaja, pembeli akan terperangkap dengan tempoh pembayaran sekiranya membayar tidak pada masa yang ditetapkan dan denda akan dikenakan keatas setiap kelewatan yang dibuat. Pembeli akan lebih teraniaya dengan system ini sehingga ada yang disenarai hitamkan oleh pihak bank. Bagaimana kita boleh mengelakkan dari perkara seperti ini berlaku?
Ramai yang tidak tahu kegunaan sistem gadaian Islam atau lebih dikenali sebagai Ar-Rahnu. Pada mata orang ramai, sistem itu hanya untuk mereka2 yang memiliki emas dan terdesak untuk menggunakan wang. Walaupun ada dikalangan kita telah menggunakan system ini untuk waktu-waktu terdesak, namun mereka masih tidak tahu memanipulasikan kemudahan yang telah pihak bank sediakan ini. Pada kadar pinjaman mencecah sehingga 70% daripada nilai semasa barang kemas, pihak bank hanya mengenakan upah simpan yang paling minimum untuk tempoh 6 bulan. Pihak bank juga menyediakan system overlap untuk pengadai-pengadai yang masih tidak mampu menebus kembali barang kemas mereka. Ramai yang masih tidak tahu bagaimana memanipulasikan system overlap ini untuk mengurangkan kadar pinjaman.
Sebelum saya menulis dengan lebih jauh lagi, jom ikut saya mengira sebentar..
Motorsikal 135LC kalau bayar cash = RM 7,000
Motorsikal 135LC kalau bayar ansuran = RM 397 sebulan x 24 bulan bersamaan RM 9,520
Motorsikal 135LC kalau bayar ansuran = RM 397 sebulan x 24 bulan bersamaan RM 9,520
Bermakna kita telah membayar melebihi RM 2,520 = satu nilai yang boleh dikatakan banyak oleh mereka-mereka yang miskin (macam saya).
Baiklah, jom buat pengiraan melalui system ar-rahnu, kadar belian emas
pada tahun 2010 ialah RM 158.10 untuk emas 22k atau emas 916. Oleh itu
kita memerlukan sebanyak 70g emas untuk membuat pembayaran motorsikal
135LC.
70g (emas 916) x RM158.1 (kadar semasa emas 916 pada 2010) x 70% ( kadar pinjaman maxima ) = RM 7,746.90
Kadar upah simpan bagi Ar-rahnu = RM 578.71 (utk 6 bulan = RM 79.785 sebulan……confirm boleh bayar punya)
Kadar upah simpan bagi Ar-rahnu = RM 578.71 (utk 6 bulan = RM 79.785 sebulan……confirm boleh bayar punya)
Oleh itu, jumlah pinjaman dengan system ar-rahnu menjadi RM 7,746.90 + RM 578.71 = RM 8,325.61/ 6 bulan = RM 1387 sebulan.
Baiklah, kalau dilihat nilai bayaran pada setiap bulan, kita akan
merasakan agak membebankan. Iya lah, kita perlu membayar sehingga RM 1,387
pada setiap bulan sedangkan gaji kita hanya RM 1,000 sahaja. Ok lah,
berbalik kepada sistem ansuran mudah tadi, kita mampu membayar kira-kira
RM 400 sebulan. Jadi kita hanya buat pembayaran kepada Ar-rahnu sebanyak RM 400 sebulan selama 6 Bulan
RM400 x 6 = RM 2400
Kita hanya membayar sebanyak RM 2,400 sedangkan kita telah berhutang
dengan bank sebanyak RM 8,325.61. Mungkin ramai yang beranggapan emas
kita akan tergadai selepas ini. Saya mengatakan emas yang kita cagarkan
tidak akan tergadai sama sekali.
Pihak bank memberi 2 pilihan kepada kita
sama ada melanjutkan tempoh pinjaman selama 3 bulan lagi atau pun
membuat surat gadaian baru. Ya, di sini lah kelebihan membuat rahnu. Kita boleh membuat surat gadaian baru berdasarkan
kenaikan harga emas semasa. Disinilah yang dikatakan sebagai overlap
emas.
Dengan berbaki pinjaman RM 5,925.61, kita membuat overlap dengan nilai
pinjaman yang baru dan nilai upah simpan yang baru iaitu RM 6,000 + RM
457 upah simpan bersamaan dengan RM 6,457. Ini bermakna kita perlu
membayar RM 1,077 sebulan. Lakukan langkah sebelum ini, dengan membayar
sebanyak RM 400 sebulan selama enam bulan dan membuat overlap sehingga
habis kesemua hutang dalam masa yang singkat tanpa cas lewat bayar, dan
tidak di telefon oleh pihak bank tiap-tiap bulan. Kita mampu membayar
hutang dengan tenang tanpa ada tekanan dari pihak bank selain mempunyai
kadar bayar balik yang sangat rendah berbanding cara ansuran mudah.
Apa yang kita perlu buat dengan kadar upah simpan tersebut?
Sebenarnya kalau kita perhatikan betul2 kita sebenarnya tidak membayar
sesen pun upah simpan kepada pihak bank, tetapi hanya membayar jumlah
yang kita pinjam. Sebenarnya, setiap kali kita membuat overlap, kita
akan mendapat cash berdasarkan jumlah pinjaman semula yang kita buat
didalam gadaian yang baru. Cuma emas2 kita akan terus kekal bersama
pihak bank. Dan sekiranya kita mahukan semula emas kita, kita hanya
perlu membayar kadar upah simpan yang terakhir dalam surat gadaian
tersebut bersama baki pinjaman.
Anda semua hanya memerlukan 18 bulan
sahaja untuk melangsaikan hutang. Dan jika anda mahu membeli Laptop, set
bilik tidur, Plasma tv atau apa sahaja, anda hanya perlu membuat
overlap terhadap emas-emas anda.
Jom kira;
RM400 x 18 = RM 7,200 pembayaran yang telah dibuat keatas 70g emas.
Kadar upah simpan yang terakhir = RM 387
Oleh itu baki pinjaman anda pada bulan ke 18 = RM 8325.61 – RM 7,200 + RM 387 ( kadar upah simpan terakhir ) = RM 1,513.
Kadar upah simpan yang terakhir = RM 387
Oleh itu baki pinjaman anda pada bulan ke 18 = RM 8325.61 – RM 7,200 + RM 387 ( kadar upah simpan terakhir ) = RM 1,513.
Anda mempunyai pilihan sama ada membuat overlap dengan nilai pinjaman
RM 1,520 atau pun membuat pinjaman maksimum kerana ingin membeli sesuatu
seperti TV plasma. Baik lah, saya beranggapan anda ingin membuat
pinjaman maksimum kerana anda ingin membuat downpayment rumah yang
berharga RM 70k bermakna anda memerlukan 10% untuk tujuan bayaran muka.
Anda memerlukan RM 7,000 sebagai downpayment.
Jom kira;
Menurut kajian kadar kenaikan emas semasa adalah 27% setahun jadi;
RM 158.1 x 127% = RM 200 segram
Ini bermakna,
70g x RM 200 x 70% = RM 9,800
Kadar upah simpan = RM 689
Jumlah perlu bayar = ( RM 9,800 + RM 689 )/ 6bulan
= RM 1,750 sebulan.
70g x RM 200 x 70% = RM 9,800
Kadar upah simpan = RM 689
Jumlah perlu bayar = ( RM 9,800 + RM 689 )/ 6bulan
= RM 1,750 sebulan.
Memandangkan hutang masih berbaki RM 1513, jadi kita hanya
memperolehi cash sebanyak RM 8,287 selepas membuat overlap. Nah, jumlah
yang cukup untuk membuat downpayment rumah dan masih berbaki RM 1,287
cukup untuk simpan dalam ASB. Lakukan seperti biasa, tetapkan kadar
bayaran yang mampu dibuat, setahun atau dua tahun pertama, memang berat
nak membayar hutang, emas dan rumah serentak, tetapi selepas 2 tahun,
anda sudah mula goyang kaki dengan emas 70g anda. Membuat overlap, dan
bayar loan rumah, loan rumah pun boleh berkurang dari 25 tahun pinjaman
kepada 15 atau 20 tahun tempoh pinjaman.
Ini adalah kenyataan, jika fakta ini tidak benar, pihak bank tidak
akan menutup kuota pajakan emas di seluruh malaysia.
Segalanya pada anda, mahu simpan emas, atau mahu terus menyimpan di ASB.
(ps: Pernyataan ini tidak bermakna sy adalah pendokong Rahnu secara multiply. Cara yg saya paste kan ini adalah Rahnu aktif yang mana risiko nya adalah pd tangan anda. Nasihat sy supaya fahami kadar kemampuan anda terlebih dahulu sebelum memajak emas anda di Rahnu. Dan ingat! Rahnu HANYALAH jika keadaan betul2 terdesak kerana anda memajak ASET kekal anda iaitu EMAS! )
Irzary
013-3808031