MukaSurat

Tuesday, February 21, 2012

Beli Emas dan Perak HARI INI juga...

Assalamualaikum WBTH
Saya kongsikan pandangan Dr.Mahathir mengenai emas yang disiarkan di akhbar pada 17 Disember 2010 yang lepas tentang mengapa KITA PERLU SIMPAN EMAS

=======================================================

 
KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.


Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.


"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar,

namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.

"Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini," katanya.

 
=======================================================

 
Mengambil kira nasihat Dr.Mahathir, ramai yang mengeluh tak mampu nak beli emas... duit tak cukup..

Tapi tahukah kita bahawa kita ada solusi hebat melalui pembukaan 'Akaun Pelaburan Emas' yang di sahkan oleh bank negara, tak perlu ribuan ringgit untuk bermula! Orang biasa pun boleh...


Dapatkan info melalui saya yang lengkap dan mula bertindak. Anda mungkin kata dalam diri anda..


"Owh tak pe lah, tahun depan aku mula..!'


..kenapa tak mula dari sekarang?


Ini situasinya, jika tahun 2001 ketika perkahwinan, harga 1gram emas 916 ialah sekitar RM51 dan hari ini harga 1gram emas 916 ialah RM152!


=================================

Tahun 2001 1 gram emas 916 RM51++
Tahun 2011 1 gram emas 916 RM152++
=================================

Owh, anda mungkin bermonolog lagi dalam hati anda,


"memang lah 10 tahun beza tuh, tu yang banyak beza harga. Sempat lagi kalau nak mula tahun depan.."


Betul, tapi lagi cepat anda bermula lagi bagus kan? Terlupa saya, ini case study pembelian emas saya sebelum raya Cina dan harga hari ini;


===========================================

1 Februari 2011, 20gram emas 999 = RM2964++
20 Februari 2011, 20gram emas 999 = RM3124++
===========================================

Siapa lagi untung? Beli 20 hari lepas atau beli hari ini?


Tepuk dada tanya diri, beli sekarang atau esok??

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Kenapa Emas Tinggi Nilainya

Artikel ini memang sesuai di buat kajian dan renungan.Banyak dalil-dalil dalam Islam menyatakan kehebatan emas, tapi masih ramai yang belum mempercayai kehebatan emas? Mengapa? Hari ini saya ingin berkongsi mengenai kenapa emas ditinggikan darjatnya oleh Allah Taala?

Tahukah anda kenapa Allah SWT mengangkat darjat emas sehingga ia dan amat bernilai dan berharga dari kaca mata kita sehingga menjadi rebutan sekalian manusia? Kisahnya begini;

Allah SWT mengizinkan Nabi Adam dan Siti Hawa memakan apa jua buah- buahan yang ada di taman syurga kecuali buah Kuldi. Iblis yang memasuki syurga dengan bantuan Ular Yang menelannya dan kemudian memasuki syurga, burung merak mengawal memerhatikan para malaikat penjaga syurga pada bahagian dalam syurga semasa ular melepas iblis manakala kuda membawa iblis ke tempat di mana Adam dan Hawa berada. Iblis bertanggungjawab membuat hati Hawa berdetik untuk merasa buah Kuldi seterusnya ia mempengaruhi nabi Adam sehingga berubah fikiran untuk mencubanya.

Di riwayatkan sebaik Nabi Adam makan buah kuldi, ia tersekat di leher menjadi Halkum manakala bagi Siti Hawa ia tersekat di dada menjadi buah dada. Seterusnya mereka terus terasa ingin membuang air kecil dan besar. Berlari- lari mencari tempat untuk tujuan tersebut sedangkan di Syurga bersih dan suci. Lalu Allah SWT mencampakkannya ke dunia bersama-sama haiwan yang membantu iblis memasuki syurga.

Apabila Nabi Adam dan siti Hawa dikeluarkan daripada syurga, semua malaikat dan makhluk- makhluk lain di syurga berasa tidak puas hati dengan tindakan Allah SWT dan Allah SWT yang maha mengetahui hanya emas sahaja yang tidak tergolong dalam kumpulan ini, lalu Allah SWT bertanyakan kepada emas adakah tindakannya betul supaya didengar oleh yang lain-lain.

“Yang bersalah tetap bersalah, yang bersalah mesti di hukum” kata emas
Dengan jawapan daripada emas tersebut Allah SWT menaikkan darjat emas sehingga ia tidak boleh berkarat meskipun terbenam sekian lama di dalam tanah, digemari untuk dijadikan hiasan wanita serta menjadi rebutan anak- anak cucu Adam.

Wallahu Alam

Rujukan: http://www.emaskini.com/2010/01/kenapa-emas-tinggi-nilainya-pada-pandangan-manusia/

Monday, February 20, 2012

Kenapa Emas begitu berharga???

Saya ambil dari link: http://keajaibanpenjimatan.com/blog/kenapa-emas-begitu-berharga/ sebagai satu rujukan. Mohon laluan. Bukankah ilmu itu sewajibnya dikongsi? Wallau alam.



Faktor yang menjadikan emas begitu berharga dan menjadi alat pelaburan yang baik saya terangkan di bawah:

1. Pelindung kekayaan
Nilai emas sebenarnya tidak naik tetapi ia meningkat sejajar dengan kenaikan inflasi. Jika anda ada 1 gram emas berharga RM 200.00 pada tahun 2011, ia tetap 1 gram emas pada tahun 2012. Cuma nilai inflasi yang meningkat akan menyebabkannya bernilai RM 400.00 pada tahun 2012! Itu sahaja. Maknanya wang yang anda simpan dalam bentuk emas akan menjadi kalis inflasi. Dalam analogi yang paling mudah untuk difahami – wang anda telah disimpan di dalam kapsul masa (emas).

2. Simbol kekayaan
Sejak 6 000 tahun dahulu, emas dijadikan pilihan manusia sebagai simbol kekayaan. Ini semenjak tamadun Mesir kuno lagi. Pada masa itu, sesiapa yang memiliki banyak emas dianggap kaya dan berkuasa. Dan ia masih lagi begitu pada hari ini!

3. Harga emas sentiasa naik
Hal ini tidak dapat dinafikan. Seperti mana aset pelaburan yang lain, harga emas boleh naik dan turun tetapi jika dilihat pada jangkamasa panjang didapati harga emas sentiasa naik. Berdasarkan analisis ringkas untuk sepanjang 10 tahun lepas (2001-2010), purata kenaikan harga emas adalah lebih kurang 24%-27% setahun. Tidak banyak pelaburan yang mampu memberikan pulangan seperti ini.

4. Kejatuhan nilai matawang
Wang kertas yang anda pegang hari ini bukanlah wang. Itu adalah matawang – tidak mempunyai nilai hanya berdasarkan janji kerajaan pemerintah sahaja. Masalah dengan matawang ialah nilainya sentiasa jatuh pada setiap masa menuju ke nilai ‘kosong’. Konsep ini agak sukar untuk diterangkan kerana ia memerlukan gaya pemikiran baharu terhadap wang. Cukuplah saya katakan nilai matawang sentiasa dimakan inflasi dan ini memang tidak baik untuk kita semua.

5. Penyimpan nilai
Kontra dengan poin di nombor 4 di atas, emas menyimpan nilai. Nilainya tidak akan pernah jatuh apalagi hilang. Ia akan sentiasa mengekalkan nilainya. Dan seperti yang anda tahu, antara definisi wang adalah bertindak sebagai penyimpan nilai. Jika berdasarkan ini, bolehlah kita simpulkan bahawa emas adalah wang.

6. Tidak boleh dimanipulasi
Inilah poin yang paling saya sukai. Malah mungkin merupakan kelebihan emas yang terbaik sekali. Emas tidak boleh dicipta, tidak seperti matawang yang bebas dicetak sesuka hati. Sukar diperolehi dan kuantitinya tidak boleh ditambah. Inilah yang menjadikan emas amat bernilai dan boleh dijadikan sandaran kewangan.

7. Aset yang Amat istimewa
Ketika perang tercetus di sesebuah negara, nilai matawang negara tersebut akan jatuh merudum dan menjadi tidak bernilai lagi. Rakyat akan mencari perlindungan daripada negara-negara jiran untuk menyelamatkan diri dan keluarga. Cuba teka aset yang mana satukah di bawah paling bermanfaat dalam situasi seperti ini?

Pilih satu daripada pilihan berikut;

a. matawang
b. saham dan unit amanah
c. rumah
d. kenderaan
e. emas

Matawang sudah tiada nilai, pasaran saham dan unit amanah runtuh, rumah tidak boleh dibawa pindah ke luar negara dan kenderaan mungkin hancur oleh pihak musuh.

Iya.. Hanya beberapa syiling atau beberapa jongkong emas dalam simpanan anda itu yang akan membantu anda memulakan kehidupan baharu di negara lain. Ianya ringan dibawa lari dan mudah pula dicairkan walau dimana jua anda berada di seluruh dunia. Harganya standard di seluruh pelusuk dunia. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan, nyawa amat bergantung kepada aset yang dipanggil emas pada saat-saat genting seperti itu.

Emas memang sungguh istimewa.

Azrie (013-3808031) (SL0025)
www.gsr2u.com.my/irzary

Pengesahan Authorized Dealer GSR

Assalam...

Kepada rakan-rakan, tuan-tuan dan puan-puan. Saya lampirkan kad bisnes maya untuk pengesahan agen GSR. Amin....


Kenapa Emas dan Perak?

Jika ingin membuat simpanan, tidak rugi menyimpan emas dan perak. Selain untuk perhiasan diri jika di pakai, ia juga suatu pelaburan. Lagi lama anda simpan lagi tinggi nilainya. Harga emas setiap tahun tidak pernah turun.

Kenapa emas dan perak?
Mudah! Ia adalah aset anda, sama seperti hartanah. Berbanding dengan melabur saham anda akan sentiasa bimbang tentang kerugian. Emas adalah aset dan wang adalah kertas yang dijanjikan nilainya oleh sesebuah kerajaan. Jika jatuh kerajaan, maka jatuhlah nilai wang kertasnya. Tapi emas nilainya tetap kekal mengikut nilai pasaran dunia.

Ia juga kalis inflasi. Katakan anda menyimpan 50 ribu ringgit di dalam bank pada tahun ini. Untuk 10 tahun akan datang adakah nilai 50 ribu ringgit itu nilainya sama untuk  zaman sebelumnya?. Pastinya tidak!!! KIatakan dengan 50 ribu ringgit tahun ini anda masih boleh membeli sebuah rumah, untuk 5 tahun akan datang anda tidak akan mendapat rumah yang seumpamanya untuk nilai yang sama. Tapi berbeza dengan emas. Dari tahun ke tahun harganya akan naik mencanak-canak. Dengan nilai emas dari 50 ribu ringgit wang anda itu akan berganda-ganda untuk 5 tahun itu.

Ia bukan sahaja untuk perhiasan tapi dalam industri seperti elektrik dan elektronik. Emas dan perak adalah hasil galian bumi yang semakin berkurang. Oleh kerana permintaan yang kian bertambah dari tahun ke tahun dan supply yang terhad harganya tidak akan turun tahun ke tahun. Jadi bersandarkan pada pelbagai faktor, untuk jangka masa panjang harga emas akan naik dan naik tidak seperti saham yang sentiasa goyang.

Trend sekarang masyarakat Melayu dan India banyak menyimpan emas.Manakala masyarakat Cina dan Inggeris banyak menyimpan perak.

Jadi sebagai orang yang bijak dan celik keadaan ekonomi dan pendapatan semasa ini, berfikir dengan waras dan mulakan pelaburan. Kerana pelaburan Emas dan Perak sememanya amat menguntungkan!

Azrie (SL0025)
013-3808031
www.gsr2u.com.my/irzary

Produk Emas dan Perak yang pelbagai...

Assalamualaikum..

Saya baru sahaja balik dari Pejabat GSR di WorlWide Shah Alam dan bertemu dengan pengasas GSR En Anuar. Sebenarnya saya ke sana bagi tujuan pembelian seunit produk yang dipesan oleh Saudara Shah melalui Phone. Kebetulan berada di Shah Alam pagi tadi, maka saya singgah untuk mengambilnya.

Produk Emas dan Perak di pasaran Malaysia cukup banyak. Semasa persinggahan selama lebih kurang sejam bersama Saudara Danial tadi, banyak maklumat telah saya perolehi. Tak kurang juga nasihat dan teguran membina bagi tujuan pemasaran dan promosi produk-produk GSR ini. Kita tidak boleh nafikan bahawa terdapat pelbagai rakan-rakan dan Agen-Agen kita di luar sana menggunakan pelbagai identiti walaupun menjual produk yang sama iiatu Eams dan Perak. Cuma yang membezakan, bagaimana cara mereka bekerja, membuat jualan, pemasaran, pembahagian komisen, bonus dan sebagainya sahaja membezakan. Ketelusan dalam skala network ini walaupun nampak remeh, kadangkala dipandang sepi oleh beberapa Agen di luar.

GSR walaupun baru sahaja dilancarkan, telah ada 200 orang yang memohon menjadi agen dan dealer yang sah! Anda bila lagi dan adakah anda hanya menanti dan mendongak kepala memerhati manusia-manusia ini berlumba-lumba mencari sumber dana dan pelaburan masa akan datang sedangkan kita hanya bercakap dalam diri bahawa: "Satu hari nanti la.. Sekarang aku rasa tak penting!" Tepuk dada tanya selera...

Saya membuka entry ini untuk memperkenalkan beberapa produk GSR. Produk yang ada di bawah merupakan produk-produk milik GSR yang mana kualiti dan jaminanya dijamin oleh GSR sendiri... Produk-produk GSR seperti berikut:




1 oz Bunga Raya Malaysia Silver Bar 31.135 gram







1 oz Harimau Malaya 2012 Silver Coin 31.135 gram







100 gram GSR Silver Bar 100 gram
(Ada juga Silver Bar 250g, 500g dan 1kg)
Hubungi saya untuk keterangan lanjut 







Saya mengesyorkan produk-produk MINTED COIN & BAR SILVER keluaran GSR ini sebagai simpanan dan pelaburan tuan-tuan dan puan-puan. Ini akan menjana pendapatan dalam pelaburan masa hadapan. Ingat! Menyimpan emas dan perak bukan untuk tujuan simpanan jangkamasa pendek. Tetapi ia bertujuan jangkamasa panjang. Simpanlah emas dan perak dan buatlah pertambahan dr bulan ke bulan.

Muhd Azrie
013-3808031 (SL0025)
www.gsr2u.com.my/irzary

Selamat Datang ke Dunia Emas dan Perak di GSR


GOLD SILVER RESOURCES (M) SDN BHD atau singkatan GSR telah ditubuhkan pada tahun 2011. Merupakan Hakmilik 100% Bumiputra. Menjalankan perniagaan membekal dan membeli produk berasaskan emas perak kepada rakyat Malaysia.

Bertemakan konsep pendidikan pelaburan masa hadapan disamping mempromosikan produk Buatan Malaysia diperingkat tempatan & antarabangsa, GSR mengeluarkan pelbagai produk berasaskan emas perak dengan melambangkan identiti Malaysia.

Diharapkan dengan tertubuhnya syarikat GSR di Malaysia dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia menyimpan perak GSR sebagai koleksi peribadi disamping ia dijadikan asset pelaburan pada masa hadapan. Pihak GSR menawarkan peluang perniagaan kepada rakyat Malaysia yang berminat menjalankan perniagaan emas perak secara modal kecilan.

Anda dialu2kan mendaftar secara percuma di www.gsr2u.com.my/irzary. Nikmati pengalaman pembelian, simpanan, pelaburan dan perniagaan bersama saya. Insya Allah

(Azrie)
Agen Sah GSR SL0025
HP: 0133808031

Salam Pengenalan - Emas & Perak Malaysia!

Assalam...

Perkenalan membawa kepada hubungan yang lebih erat...

Salam pada semua pelabur, penyimpan dan Agen aktif Emas dan Perak di Malaysia.

Saya perkenalkan diri, nama saya Muhd Azrie, bekerja sebagai pegawai pemasaran dan jualan di sebuah syarikat ICT di Kuala Lumpur. Berkelulusan Syariah dan Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak tahun 2002.

Saya bukan seorang yang berharta atau mempunyai simpanan yang boleh di banggakan. Cukup sekadar memenuhi keperluan keluarga seramai 5 orang dengan seorang isteri yang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah di Shah Alam. Dengan pendapatan keluarga ini, boleh dikatakan kami agak senang. Walaubagaimanapun kami tidak mempunyai simpanan yang terjamin. Seperti orang/ keluarga lain, saya ada sedikit simpanan di Tabung haji dan ASB untuk masa hadapan.

Produk Emas dan Perak merupakan produk pemasaran dan simpanan pelaburan yang baik. Perkara ini telah lama kita dengar dan baca. Tetapi cukup sekadar bercerita mengenainya tanpa mengambil pendekatan untuk bertanya lebih terperinci mengenainya. Minat saya terhadap pelaburan ini tercetus apabila kami di syarikat diberikan bonus hujung tahun lalu (2011) dan melalui rakan sekerja saya bercerita tentang pelaburan emas dan perak. Pada masa itu beliau hanya menjadi pemerhati dan menganalis berkaitan naik turun emas dan perak melalui laman web www.kitco.com. Bermula pada hari itu saya mula mencuba memahami kepentingan pelaburan ini.

Kemudian saya mula membaca laman-laman web berkaitan dengan pelaburan emas dan perak ini. Merujuk pelbagai sumber sehinggalah hukum-hakam dan potensi pelaburan. Nampaknya Allah permudahkan niat dan keinginan saya dan saya berpuashati dengan potensi serta hukum pelaburan itu sendiri. Tetapi perlu saya tekankan, kerana produk ini produk ribawi, HANYA PEMILIK SYARIKAT DARI KALANGAN MUSLIM SAHAJA YANG MEMAHAMI CARA DAN PELABURANNYA MENGIKUT KAEDAH ISLAM. Jadi saya perlu berhati-hati mengenainya.

Mungkin saya ditakdirkan terus mendekati pelaburan ini. 2 minggu lalu semasa cuti Maulidur Rasul, saya pulang ke kampung di Pahang bertemu dengan sanak saudara sempena Majlis Perkahwinan sepupu saya di Pekan. Malamnya saya bermalam di Kuantan dan saya bertemu dengan SD Mizam iaitu sepupu sebelah Umi. bercerita berkaitan perniagaan sehinggalah saya menyentuh persoalan pelaburan emas dan perak. Tak di sangka, beliau mengeluarkan beberapa produk GSR iaitu perak dan rancak bercerita mengenai potensi pelaburan produk-produk yang memang saya telah kaji sebelum ini.

GSR2U.com.my merupakan nama syarikat yang asing saya dengar ketika itu. Pada masa itu saya hanya mengenali beberapa syarikat lain seperti PublicGold, GoldTraders dan GCP (sekadar merujuk beberapa nama syarikat). Tapi apa yang saya tahu, itu adalah syarikat bukan dari bangsa kita dan ia dipelopori oleh non-bumi. Jadi apabila saya mendapat tahu melalui SD Mizam bahawa GSR adalah Syarikat Pelaburan Emas Perak bertaraf Bumiputera dan Muslim, saya tak ragu-ragu lagi mendapatkan lebih informasi dan produk-produk GSR sehinggalah awal minggu ini 13 Februari 2012, saya mendaftar menjadi agen/dealer.

Bagi pendapat saya, sekiranya kita bukan otak berniaga, jadilah pelabur sahaja. Itu cukup memadai untuk kepentingan masa hadapan kita. Tetapi jika kita nak menjana kehidupan lebih baik dan seronok, sertai rangkaian yang boleh dibina dalam mana-mana syarikat pelaburan emas dan perak. Dan saya merasa yakin dan seronok apabila saya tiba di pejabat GSR di WorldWide BP Shah Alam dan bertemu pengasas GSR, MD Anuar untuk mendapat lebih terperinci berkaitan peluang perniagaan, trend semasa, kaedah pelaburan dan masa hadapan produk-produk keluarannya.

Melalui GSR insya Allah, saya percaya dengan izin Allah, agen-agen dibekalkan dengan kit pemasaran yang lengkap, website pemasaran percuma, banner dan brosur pemasaran pelaburan emas dan perak, baju (yang dilengkapi dengan sulaman nama syarikat, laman web dan agen, beg dan kad perniagaan. Bukan itu sahaja, apa yang menariknya, pendaftaran agen/dealer GSR sebelum 29 feb 2012 melayakkan anda menyertai SEMINAR nama kita dipromosikan secara percuma di akhbar harian KOSMO selama 2 bulan. Ia merupakan strategi bantuan yang cukup hebat dari GSR.

Jadi sebagai Muslim yang ingin melihat saudaranya sama-sama berjaya dan membuat pelaburan bijak, lawati laman web GSR di lama web: www.gsr2u.com.my/irzary. Bagi yang saja-saja ingin membaca dan membuat kajian juga dialu-alukan melihat laman web ini. Jika berminat sila jadi ahli secara percuma bagi membolehkan anda membeli emas dan perak. Mulakan dengan bijak dan serius, anda boleh menyertai agen pelaburan yang SAH dengan mendaftar sebagai agen/dealer dengan prmosi HANYA RM 1,000.00 sahaja. Tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2012.

Jika tuan/puan ada apa-apa pertanyaan lanjut berkaitan perniagaan emas dan perak, boleh hubungi saya seperti no hp di bawah.

Azrie
013-3808031
www.gsr2u.com.my/irzary
SL0025 (Agen Sah GSR)