MukaSurat

Saturday, April 14, 2012

UNTUK MENAMBAH ILMU TETANG EMAS PERAK

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS ?

APA ITU KARAT (K)?

KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.

STANDARD KETULENAN EMAS BARU
(a) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas - 24K mengikut ukuran lama
Dikenali sebagai Emas Kertas/ Emas Sepuluh/ Chuk Kam

(b) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½

(c) 916.6 Emas Singapura - 22K mengikut ukuran lama

(d) 875

(e) 835

(f) 750 - 18K mengikut ukuran lama

(g) 585 - 14K mengikut ukuran lama

(h) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama

Emas 900 (atau Emas Sembilan)
dan Emas 800 (atau Emas Paun) tidak lagi wujud.

    
STANDARD KETULENAN PERAK
            
(a) 958.4

(b) 925

(c) 830

(d) 800


Nama-nama lama panggilan kepada Emas :

Emas Se Amas = 2.551 gm
      
Emas Se Rial =2.70 gm
      
Emas Se Kupang = 0.64 gm
          
Emas 2 Kupang = 1.28 gm (Kupang Terengganu)
          
Emas 6 Suku (sama dengan 1½ mayam) = 5.06 gm
      
Emas 5 Busak (sama dengan ½ Mayam) = 1.69 gm
      
Emas 1 Mayam = 3.37 gm


Hina Besi kerana karat, Mulia Emas kerana kilat

"Berpanjangan lah ubudiyah zahir dan batin serta berkekalan lah hadir hati serta Allah".Wallahu a'lam

BOOTH GSR DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012

Assalam...





Sekali lagi GSR akan membuka GERAI/ BOOTH sepanjang program HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 sempena HARI BELIA NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN...

Acara yang berlangsung pada jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam ini dibahagikan kepada lebih 38 segmen. GSR berharap semua segmen boleh kita terlibat bergantung kepada kekuatan MARKETING dan PENGEDAR KITA yang mengambil BAHAGIAN...

GSR mengambil langkah POSITIF menggalakkan PENGENALAN dalam bisnes ini... Sasaran GSR kali ini adalah BELIA MALAYSIA umur 22 - 30 tahun yang masih baru dalam kerjaya dan mula berjinak-jinak dalam SIMPANAN DAN PELABURAN... Seseungguhnya kami melakukan FARDHU KIFAYAH dalam menyebarkan sumber Islam iaitu EMAS DAN PERAK...

Sepanjang 5 hari tiu juga GSR akan mempromosikan PELBAGAI PRODUK MILIK GSR dengan harga yang TERBAIK dan insya Allah.. akan keluar produk MAMPU MILIK seperti GoldBar 1G, 5G DAN 10G dan Cincin 1G, 2G DAN 5G khusus untuk BELIA MALAYSIA...

Mohon kerjasama semua menjayakan BOOTH GSR PADA 23-27 MEI 2012 JAM 10.00 pagi - 10.00 malam... NANTIKAN KAMI DI SANA!!!

BOOTH NO: JM8 - BERHADAPAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA PERSINT 2 PUTRAJAYA. BOOTH CORNER LOT...

Rajah Booth



Friday, April 13, 2012

DI MANA MASALAH KEBOCORAN WANG KITA?

Semasa menghadiri Seminar Wang Power, berikut adalah dapatan kami terhadap jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah kebocoran wang.
  1. Jangan bagi pinjam duit.
  2. Tahu kehendak, tahu keperluan.
  3. Belajar simpan wang.

Rahsia #1 – Jangan Bagi Pinjam Duit

Rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu sudah terbiasa dengan aktiviti memberikan wang pinjaman tanpa kontrak kepada rakan-rakan atau saudara mara. Masalah yang biasanya dihadapi oleh mereka yang gemar memberikan pinjaman ini adalah, kesukaran untuk memperolehnya semula.

Namun begitu, ia tidak bermaksud kita menanamkan sifat kedekut dalam diri. Sekiranya kita ingin memberikan wang pinjaman, berikan dalam jumlah yang kita mampu sahaja.
Tuan dan cikpuan boleh rujuk contoh situasi ini:
“Ahmad, boleh aku pinjam RM10,000?”
Jawapan Ahmad terhadap rakannya akan berbunyi seperti berikut:
“Saya minta maaf, saya tidak berikan pinjaman RM10,000 kepada awak. Tetapi saya boleh berikan RM100. Ini sahaja yang saya mampu.”

Contoh di atas menjelaskan, jangan sesekali memberikan wang untuk dipinjamkan jika jumlah itu di luar kemampuan kita. Dikhuatiri nanti kita yang akan hidup merana selepas memberikan pinjaman.
Berikan wang pinjaman yang kita mampu dan tidak risau jika ia tidak mampu dipulangkan semula dalam jangka masa terdekat. Ia lebih menenangkan hati.


Rahsia #2 – Tahu Kehendak, Tahu Keperluan

Kehendak dan keperluan adalah dua maksud yang berbeza. Lumrah manusia mempunyai kedua-duanya. Namun begitu, sebagai manusia biasa, kita mempunyai pilihan untuk mengawalnya.

Manusia yang mengalami masalah kebocoran wang adalah mereka yang gagal mengenal pasti keperluan dan kehendak dalam kehidupan seharian. Kebanyakan masa, kita anggap kehendak itu satu keperluan.
Kehendak adalah sesuatu yang kita rasa kita mahu dapatkan, tanpa mengambil kira tentang kesannya untuk jangka masa panjang. Contohnya, kita hendak membeli iPhone 4S kerana terpengaruh dengan rakan-rakan.
Tindakan membeli barang berlandaskan kehendak biasanya akan merugikan diri kita. Ini punca kebocoran wang yang paling ketara dan selalu berlaku.
Justeru itu, Dr. Azizan menasihatkan agar para peserta untuk sentiasa tanya soalan ini sebelum membeli sesuatu.
“Adakah aku betul-betul perlukan benda ini?”

Rahsia #3 – Belajar Simpan Wang
“Sedikit-sedikit, lama-lama wang berbukit.”
Semasa kecil, kita sering dinasihati oleh kedua orang tua untuk menyimpan dan belajar menabung. Menyimpan wang adalah aktiviti yang mendorong kepada kekayaan.

Kesilapan orang yang miskin wang adalah mereka yang gagal menyimpan wang dengan baik. Biasanya wang simpanan itu akan digunakan sebagai ‘wang kecemasan’ dan sewaktunya.
Apa yang perlu kita lakukan adalah mewujudkan satu akaun khas untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan keseluruhan setiap bulan. Kemudian buang atau bakar semua maklumat mengenai amaun yang ada dalam akaun itu.
Anggap ia sebagai wang hangus. Dalam masa 10 hingga 15 tahun, wang itu akan berkembang menjadi ratusan ribu. Kemudian ia boleh digunakan untuk membeli barang impian kita atau memulakan pelaburan.

PERSOALAN LEBIH BAIK... TUKARKAN WANG ANDA ITU KEPADA SIMPANAN ASET YANG LEBIH KUKUH DAN TIDAK ADA SUSUT NILAI... EMAS DAN PERAK...

Hubungi saya: www.gsr2u.com.my/irzary..

Sumber: majalahniaga





Monday, April 09, 2012

KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS & PERAK

KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS & PERAK

Emas Perhiasan Wanita

Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS
(MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar
pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat
emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram.

Contoh:

(Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125


Emas Yang Disimpan

Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam
bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.Ia dikenakan zakat
sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi
nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang
tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram.
Contoh:

(Timbangan emas x harga semasa/gram (emas 24k) x 2.5%)
90 gram x RM 187.00 = RM 4,500.00 x 2.5% = RM 420.75
sumber : Lembaga Zakat Selangor

maksudnya untuk emas jenis simpanan diwajibkan zakat apabila mencapai 85gram atau lebih setahun, andaikata masih belum cukup 85 gram tak diwajibkan zakat.




SEDIKIT INFO BERKAITAN TEMPAT SIMPANAN EMAS

Tempat terbaik untuk menyimpan emas fizikal anda adalah di save deposit box yang mempunyai insurance.Berikut adalah contoh institusi yang mempunyai save deposit box.

1. Maybank
2. EON Bank
3. RHB Bank
4. CIMB Bank

untuk yang private punya :

5. Royal Deposit Box
6.Safe Deposit Box Sdn Bhd

Rate dalam lingkungan RM80 ke atas untuk setahun. Rasanya ambil yang paling kecil pun dah cukup.

Rasanya dah jawab soalan di atas kan???

Statistik Penduduk VS Pendapatan IsiRumah


Menurut banci RAKYAT PAHANG mempunyai seramai 1,459,994 penduduk dengan pendapatan isirumah mereka RM 3,279.00/bulan... Jika dianggap 1 isirumah mempunyai 4 org ahli, bermakna mereka boleh menjana pulangan sebanyak RM 54.7 juta jika mereka hanya membeli 1oz Perak bernilai RM 150.00 w.pun hanya sekali beli!

Jom kawan2 PAHANG... Dgn 9 dealer sahaja... x cukup nak tawan pahang weh!