Dinar dan Dirham dalam muamalat Islam
Penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang shariah adalah untuk mengembalikan fungsinya khusus di dalam :
- Jual beli kerana sahnya jua lbeli tertakluk kepada syarat – syarat yang tertentu khususnya jua lbeli yang tidak melibatkan riba, judi dan tipu daya – gharar.
- Muamalat Islam – Bab Qirad (mudharabah) dimana hanya nuqud (emas dan perak) sahaja boleh dijadikan modal dan bukannya fulus (a’in selain emas dan perak) juga bab memberi hutang (Al qard).
- Zakat – Dibayar dengan a’in (mata benda yang wajib zakat) bukan day’n (resit atau kertas hutang).
Surah Hud : Maksud ayat 85
“ Wahai kaumku, Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan Jangan kamu kurangkan manusia akan benda – benda yang menjadi haknya dan Jangan kamu merebakkan bencana kerosakan diatas mukabumi “
Surah An nisa’ : Maksud ayat 29
“ Wahai orang-orang yang beriman jangan kamu makan harta –harta sesama kamu dengan jalan yang bathil (tipu,judi,riba dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan dengan secara suka sama suka. “
Sejarah penciptaan wang fiat melalui tiga fasa :
Permulaannya emas dan perak digunakan alat pertukaran dalam jual beli.
Berfungsi sebagai resit simpanan emas dan perak. ( da’yn)
Tiada lagi sandaran emas dan perak sejak 1971. Menjadi wang fiat sepenuhnya yakni diberi nilai dengan bukan nilai sebenar padahal nilainya yang sebenar hanyalah sekeping kertas.(wang kertas), sedangkan wang hasil dari penciptaan atas angin dari rezab berkanun (fractional reserve banking) secara elektronik tidak wujud dalam bentuk kertas sekalipun. 4% wang wujud dalam bentuk kertas sedangkan yang lain dalam bentuk akaun, cek dan sebagainya.
Dalam sejarah Islam : Logam yang digunakan sebagai alat perantaraan dalam jual beli (medium of exchange) terbahagi kepada dua kategori:
Naqdain – Emas dan Perak. 1 dinar = 4.25 gram emas 916 dan 1 dirham = 2.975 gram perak 999
Fulus – Tembaga atau logam – logam yang lain tetapi nilainya tidak melebih nilai dirham terendah, diguna pakai untuk transaksi jual beli rencehan (kecil –kecilan)
Kata Imam Ghazali tiada jadi riba itu melainkan dalam dua pekara :
1) Makanan : spt. gandum, sya'ir, kurma , anggur, garam, beras, jagung , ful dan lain –lain. ( yang mengenyangkan dan bersedap – sedap dengan ada tempoh simpanan )2) Nuqud : Emas dan Perak : Walaupun dalam bentuk bahan seperti perhiasan emas dan perak.
Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w :
" Janganlah kamu menjual emas dengan emas, perak dengan perak, sya'ir dengan sya'ir, kurma dengan kurma, garam dengan garam kecuali sama besar(sawaan bi sawain) , barang dengan barang (ai’nan bi ai’nin), tangan dengan tangan (kesegeraan). Apabila pertukaran melibatkan jenis yang berlainan, lakukanlah ,asalkan serah terima tangan ke tangan (qabadh - kesegeraan)."
Abu Sa’id Al-Khudri berkata bahawa Bilal membawa kepada Rasulullah sedikit buah tamar Barni dan bila ditanya dari mana dia memperolehinya, dia menjawab: “Saya mempunyai sedikit buah tamar yang rendah mutunya, jadi saya tukarkan dua Sa’s darinya dengan satu Sa’ (yang ini).” Rasulullah menjawab: “Ah! Inilah sebenarnya intipati Riba, sebenarnya intipati Riba! Jangan berbuat demikian, tetapi bila engkau membeli, jual buah tamar engkau itu dalam urusan jual beli yang berasingan, dan dari pendapatannya belilah apa yang engkau kehendaki.” (Bukhari, Muslim)
Dari hadith tersebut, dapat kita pelajari bahawa Nabi Muhammad s.a.w melarang pertukaran yang tidak sama banyak antara ‘tamar’ dengan ‘tamar’. Baginda s.a.w mengisytiharkan bahawa pertukaran sebegitu merupakan intipati sebenar Riba. Bagaimanapun terdapat bukti yang pertukaran tidak sama antara ‘unta’ dengan ‘unta’ diizinkan.
Yahya menyampaikan kepada kami dari Malik dari Naf’I bahawa Abdullah Ibn Umar membeli (iaitu bertukar) seekor unta betina tunggangan dengan 4 ekor unta dan dia jamin memberinya secukupnya kepada pembeli di Ar-Rabadha. (Muwatta, Imam Malik)
Di sini persoalan pasti timbul: kenapa terdapat larangan pertukaran tidak sama bagi buah tamar, tetapi tiada larangan bagi pertukaran tidak sama bagi ternakan unta?
Hadith Rasulullah s.a.w yang disebutkan di atas dengan jelas meletakkan asas :
Bahawa ‘wang’ dalam Islam adalah, samada logam bernilai seperti emas dan perak, atau komoditi seperti gandum, barli, buah tamar dan garam yang merupakan komoditi yang biasa dimakan tetapi mempunyai tempoh simpanan. Yang demikian, bila terdapat kekurangan wang emas dan perak di pasar Madinah, komoditi seperti buah tamar, yang terdapat dengan banyaknya di pasaran, dan juga mempunyai tempoh simpanan, telah digunakan sebagai wang. Berikutnya kita boleh memberi jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan di atas tadi.
Pertukaran yang berbeza membabitkan unta dengan unta dibenarkan kerana binatang ternakan tidak pernah digunakan sebagai wang. Pertukaran tidak sama banyak bagi buah tamar dengan tamar perlu dilarang kerana tamar digunakan sebagai wang, dan sekiranya dibenarkan akan memberi peluang kepada peminjam wang untuk memberi pinjaman dengan mengenakan faedah.
Riba itu pada lughoh maknanya bertambah, dan pada syarak maknanya: berakad menukar satu barang dengan barang lain yang tidak sama banyak dalam pandangan syarak atau ditangguhkan terimaan kedua-dua atau salah satu daripada kedua barang itu.
Yang dimaksudkan dengan barang dalam bab riba ini ialah emas, perak, dan makanan, yang lain daripadanya seperti tembaga, kain, timah, getah dan lain-lain tidak termasuk dalam kumpulan barang riba. Barang riba itu dalam bahasa Arab disebut “ribawi”.
Riba berlaku pada asasnya atas dua sebab :
Pertama: Jual beli mahu sama banyak atau sama berat barang yang dijual dengan barang yang jadi harganya. Maka jika tidak sama banyak dinamakan riba al-fadli (berlebihan). Termasuk dalam riba ini: memberi hutang dengan ada faedah untuk piutang. Juga disebut sebagai riba al qard.
Kedua : Jual beli mesti tunai yakni tidak boleh tangguh, mesti memberi dan menerima pada majlis aqad ( taqabudh fil majlis ) . Maka jika berlaku penangguhan maka jadi riba an nasi’ah (tangguh). Juga disebut riba al yad.
Kesimpulannya : Perkataan ‘ilah itu maknanya sebab. Disini sebab itu dua, pertama emas dan perak, kedua makanan seperti gandum, kurma dan lain-lain.
Emas dan Perak : Berlainan jenis tapi satu ‘ilah
Makanan : Beras dan gandum berlainan jenis tetapi satu ‘ilah .
Maka emas dengan emas, perak dan perak, dan gandum dengan gandum tidak boleh dijualbelikan kecuali sama banyak dan tunai.
Emas dan perak boleh dijual beli tanpa sama banyak tetapi mesti tunai.
Perak dan gandum boleh dijualbeli tanpa sama banyak dan boleh tangguh.
Resit emas , perak atau makanan (da’yn) tidak boleh digunakan sebagai wang.
Barang atau benda yang diakadkan itu dimiliki oleh yang berakad dengan milik yang sempurna. Dari itu tidak sah jual sesuatu barang yang belum diqabad (yang belum diterima atau belum ada dalam tangannya) kerana belum sempurna milik.
Kitab al Muwatta’ :
Yahya meriwayatkan kepada saya dari Malik dari ‘Abdullah ibn Dinar dari ‘Abdullah ibn ‘Umar bahawa ‘Umar ibn al-Khattab telah berkata
“ Janganlah kamu menjual emas dengan emas kecuali dengan seimbang , janganlah kamu menambah sebahagian atas sebahagian yang lain, janganlah kamu menjual perak dengan perak kecuali dengan seimbang dan, janganlah kamu menambah sebahagian atas sebahagian yang lain dan janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak ada dengan suatu yang ada (a’in). Jika seseorang meminta kamu menunggu untuk membuat pembayaran sehingga dia kembali ke rumahnya , janganlah kamu tinggalkannya, aku bimbang rama’ atas kamu. Rama’ ialah riba.
Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahwa ia mendengar tanda terima/resit(sukukun) dibagikan pada penduduk pada masa Marwan ibn al-Hakam untuk barang di pasar al-Jar. Penduduk membeli dan menjual resit diantara mereka sebelum mereka mengambil barangnya. Zayd ibn Tsabit bersama seorang Sahabat Rasulullah, sallallahu alayhi wa sallam, pergi menghadap Marwan ibn al-Hakam dan berkata, “Marwan! Apakah engkau menghalalkan Riba?” Ia menjawab, “Naudzubillah! Apakah itu?” Ia berkata, “Resit-resit ini yang dipergunakan penduduk untuk berjual-beli sebelum menerima barangnya.” Marwan kemudian mengirim penjaga untuk mengikuti mereka dan mengambilnya dari penduduk kemudian mengembalikannya pada pemilik asalnya.
Zayd ibn Thabit khususnya menyebut riba , resit (dayn) ‘dimana penduduk berjual beli sebelum menerima barang’. Emas ,perak atau makanan boleh digunakan sebagai bayaran,tetapi kamu tidak boleh menggunakan nota janji pembayaran. Didalamnya ada penangguhan sebagai tambahan yang tidak dibenarkan. Sekiranya kamu memiliki dayn, kamu haruslah mengambil barang tersebut (‘ayn) dan barulah kamu boleh bertransaksi. Dayn tidak boleh digunakan sebagai matawang dalam jualbeli.
Dalam Bab Hutang ( Al qard ) :
Iqradl/ menghutangi – memberikan milik sesuatu kepada orang lain dengan pengembalian yang sama- adalah Sunnah, kerana mengandungi unsur menolong menghilangkan kesulitan; ini termasuk sunnah-sunnah yang muakkad berdasarkan beberapa hadis yang telah di kenal.
Seperti misalnya hadis riwayat Muslim “Barangsiapa membantu melonggarkan satu di antara beberapa kesulitan duniawi temannya, maka Allah akan melonggarkan satu dari beberapa kesulitannya di hari kiamat, dan Allah adalah menolong hamba-Nya selagi hamba itu mahu menolong temannya.”
Hadis sahih menyebutkan : barangsiapa memberi hutang dua kali kerana Allah, maka mendapat pahala sebesar menshadaqahkan salah satunya.
Bersedekah lebih afdal daripada memberi hutang; lain halnya menurut pendapat sebahagian para Ulama.
Wajib mengembalikan barang yang sepadan yang dihutangi berupa nuqud emas dan perak sekalipun nuqud itu ditarik balik dari peredaran oleh pemerintah kerana mengembalikan nuqud itu lebih menepati hak pemberi hutang. Kitab Fathul Muin .
Imam Abu Hanifah, Mazhab Maliki, Mazhab Syafie dan Hanbali : Wajib ke atas pemiutang memulangkan hutangnya berdasarkan jumlah yang sama ketika aqad hutang dibuat, tanpa sebarang tambah atau kurang.
Sebagai contoh apa yang disebutkan oleh Imam Al-Kasani :
Ertinya : ” Dan sekiranya kerana tidak laku (sesuatu matawang itu), tetapi hanya nilainya yang menurun atau menaik, jual beli (yang telah termeterai) tidaklah terbatal secara Ijma’, dan pembeli perlulah membayar harga ‘mithl’ yang sama kuantitinya, dan tidak terpakai nilaian (baru) di sini” ( Badai As-Sonai’e, , 7/3245)
Imam As-Sayuti pula berkata :
Ertinya : Telah tetap bahawa sebarang hutang yang sohih, mestilah dipulangkan jumlah yang sama secara mutlaq, sebagai contoh apabila dipinjam satu jumlah fulus, maka wajib memulangkan jumlah fulus yang sama jenis, tanpa mengira nilainya menaik atau menurun” (Qat’u al-Mujadalah ‘Inda Taghyir Al-Mu’amalah, As-Suyuti, 1/97)
وذلك أنَّ الربَا منه يكونُ في النقدِ بالزيادةِ في الكيلِ والوزنِ
Kata Imam Shafie dalam Kitab Al Umm : Dan demikian sesungguhnya riba darinya pada nuqud (emas dan perak) adalah dengan tambahan pada ukuran dan timbangan.
Persoalannya : Zaman sekarang kita hutang dengan apa ? Apakah wang sekarang sesuatu yang boleh ditimbang dan diukur. Atau kita hanya berhutang dari mula dengan nilai ?
Shukran.
IRZARY
013-3808031