MukaSurat

Saturday, March 03, 2012

Kenapa Invest Emas dan Perak: Inflasi Hartanah di Malaysia

Assalamualaikum WBTH.

Sekadar melihat sudut investment dengan lebih besar. Merujuk kepada website saudara Amree: http://www.petibesi.net/2011/02/inflasi-hartanah-di-malaysia/ Saya membaca dan saya mengambil peranan berkongsi dengan pembaca:

----------------------------------



Bulan lepas saya ada satu perbualan dengan seorang kenalan yg baru berkerja berkenaan pembelian rumah. Walaupun berkerja disebuah syarikat yg tekemuka dan bergaji agak lumayan, namun keluhan tetap timbul.
“Macam gini sampai tua pun tak boleh beli landed house.”
“Kalau beli condo or apartment pun kecik sahaja”
“Toksah berangan lah nak beli prime area. Dok kat kampung or hutan je lah”
“Macamana nak bayar bulanan 2,500 sebulan ? Downpayment pun dah 50k. Lagi tunggu lagi naik harganya”
Saya memang tumpang bersedih dengan sahabat seorang ni dan juga kepada mereka-mereka yang baru melangkah ke alam pekerjaan.

“Landed house” yg “decent” dan Freehold dari pemaju yang boleh dipercayai, pada harga hari ini di Lembah Klang, rumah teres tengah 22×70 harga bermula dari RM500,000. Condominium dua bilik seluas 700 kaki persegi bermula dengan harga RM300,000.

Di sebuah kawasan yang saya mahir, pada 2006 harga satu kaki persegi nilai sebuah lot rumah ialah RM163. Pada hari ini RM355 sekaki persegi. Iaitu kenaikan sebanyak 117%, lebih kurang 23% setahun.
Adakah gaji kita naik 10% setahun ? Dan jangan kita lupa, harga barangan sentiasa naik setiap tahun.
Pada pendapat saya, kenaikkan harga hartanah sebanyak 10% setahun sudah dikira “ekstrem”. Kalau kelompok yang kecil tak mengapa, tetapi nampaknya sekarang semua tempat begitu, tak kira tanah lombong, tanah rezab atau tanah bekas pelupusan sampah. Lebih dari 10% rings too many bells”, saya agak kurang yakin, seperti satu resepi utk sebuah “property bubble”.

Pada pendapat saya, apa yang kita lihat sekarang ialah inflasi, terlalu banyak duit mengejar barangan yang sedikit. Ramai orang mampu nak beli rumah kedua atau ketiga. Ditambah dengan pinjaman perumahan yang mudah sekarang, faedah yang rendah dan kemudahan pengeluaran dari KWSP.

Sekarang tiada orang yg mempersoalkan, bank tak kisah, adjuster tak kisah, buyer pun tak kisah. Bila orang mula sedar dan mula mempersoalkan “Betul ke nilai sebenar rumah tersebut RMx,xxx,xxx ?” seperti yang berlaku semasa US Sub Prime Mortgage 2008. Seperti mana-mana inflasi, ia akan tiba pada satu tahap, “free market” dan inflasi akan “membetulkan” semula harga kepada nilainya yang sebenar.

Sekadar Berkongsi situasi. Jika 2006 kita sudah menyimpan 500g Emas dan 500g Perak... Adakah kuasa membeli ditangan kita? Bukan hartanah rumah sahaja, mungkin bangunan, wisma, tanah dusun dan pelbagai prospek hartanah lain mampu kita miliki kerana kuasa nilai Emad dn Perak kita miliki. Wallau alam

Wassalam

Azrie
013-3808031
SL0025
GOLD SILVER RESOURCES M SDN, BHD.

Sandarkan pada EMAS!

Assalamualaikum WBTH.

Artikel ini saya rujuk kepada blog: http://www.emaskarat.com/2011/05/sandarkan-pada-999-9/ Isinya agak berat dan hujahnya juga boleh menggetarkan jiwa kita bahawa TERUKNYA keadaan ekonomi kapitalis di dunia kita sekarang dan ia semakin teruk hari demi hari...

Saya cuba menjadikan ia santai dan niat saya adalah berkongsi ilmu dan situasi ekonomi semasa jika Emas bukan sandaran ekonomi lagi...

"MEMANG mereka bukan Tuhan. Tapi mereka punya fakta kukuh pengandal hujahan. Bukan saya kemukakan cadangan tanpa mengkaji kesahihan pendapat pakar-pakar ekonomi dunia yang meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yang bakal meranapkan tugu ekonomi kapitalis, selama ini mendominan.

Tegar benar dia mempersenda usul saya agar membayar separuh daripada gaji tenaga kerja syarikat dengan dinar dan dirham. Mengganda penyimpan nilai aset syarikat selain dalam saham hartanah kepada bentuk emas tulen logam terindah ciptaan Allah.

 Melihat dia masih lagi sangsi, saya tampilkan pentaukid bukti dengan mengutip bicara bapa ekonomi Islam. Ibn Khaldun menegaskan, jika tidak guna emas sebagai mata wang, ia mengundang krisis kewangan. Amaran itu sudah ternyata sahih apabila dunia menyaksikan tercetusnya krisis kewangan 14 tahun lalu secara berepisod. Malah kali ini dijangka lebih teruk.

Masakan dia tak faham, apabila ekonomi kapitalis menjunam, semua orang tidak lagi boleh membuat sebarang transaksi apatah lagi mengambil wang dalam mana-mana institusi perbankan? Hairan yang bukan kepalang melontar asak tanya saya ke kantung e-melnya.

Bukankah pernah kita berbincang selepas pulang dari menghadiri ceramah Matthias Chiang?
Kau terpegun apabila bekas penasihat politik Tun M itu jujur dalam wacananya biarpun kedengaran sangat gerun. Buku Future Fastfoward tulisan penganut Kristian Katolik yang anti Zionis itu sama-sama kita kupas sambil menikmati sepiring sukun.

Tidak cukupkah lagi bukti-bukti himpunan Chiang berupa kenyataan oleh penasihat-penasihat Bush, profesor di Havard dan Oxford, tulang belakang IMF, Bank Dunia dan para sifu Zionis yang mahir memanipulasi segala sumber kekayaan yang menyatakan sistem ekonomi kapitalis akan berantakan?

Bukankah kau sedia maklum tentang keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930-an? Lupakah juga kau bahawa dunia ini sekadar pinjam-pinjaman dan segalanya berkemungkinan? Sayang sekali hal sedemikian tidak dibahaskan dalam perhimpunan parti tahunan meski ia kian hampir menjadi kenyataan. Lima tahun bukanlah tempoh yang panjang, kawan!

Persoalan demi persoalan yang tidak dapat saya ajukan secara berhadapan, semuanya saya hantar ke mel elektroniknya. Sementara jiwa saya bertambah yakin apabila kakak yang pernah mewawancara Prof. Umar Vadillo ketika dia datang bertemu Tun M di Hotel Prince, teguh menyokong usaha saya ini.

Kakak berkongsi ilmu hasil menemubual pengkaji sistem kapitalis terkenal itu yang menerangkan secara rinci tentang sistem ini memang di ambang kehancuran. Sebab itulah ramai bijak pandai sekarang mulai beli duit emas keluaran syarikatnya yang beribu pejabat di Dubai dan bercawangan di Labuan.
 
Kemusnahan

Ujarnya tanpa sembunyi, warga Malaysia paling banyak simpan duit emas dalam akaun syarikatnya ialah dua orang Tun. Maknanya kedua-dua Tun ini sememangnya sudah lama bersedia untuk menghadapi kemusnahan sistem ciptaan Yahudi ini.

Bagaimana lagi harus dia, saya yakinkan? Sesekali datang perasaan mahu sahaja membiarkan lelaki lewat 30-an yang memang sinonim dengan kedegilan itu meniru aksi Luncai yang terjun dengan labu-labunya. Tidak tergamak pula rasanya untuk membiarkan kawan baik sendiri hanyut tanpa pertolongan.

Mungkinkah kerana perkenalan dengan rakan laman sosialnya yang dikatakan sanggup terbang dari Manhattan dan menawarkan diri untuk bekerjasama dengan anak syarikat Wangsajati itu punca utama rakan kongsi saya tiba-tiba bertingkah fikrah, memacu hala tuju sendiri?

Usai mesyuarat tadi, tidak saya sangka sama-sekali dia bangun dengan suara keras lalu menyanggah berapi-api cadangan saya agar membeli dan menyimpan aset emas dalam bentuk jongkong dan dinar buat bekalan menghadapi wabak krisis ekonomi yang bakal menular.

Barangkali, perancang strategi pelaburan syarikat Wangsajati itu perlu membaca sebuah lagi buku karangan Profesor Kamil Shufaad Bakri dari Fakulti Ekonomi di Taman Ilmu dan Budi. Zarah-zarah intelektual saya mula berdiskusi, mengusulkan cadangan berisi.

Susunan harta intelektual bangsa yang saya atur rapi menghiasi almari kamar bacaan, satu demi satu diamati. Akhirnya saya temui sejilid catatan sendiri ketika mendengar kuliah Prof. Shufaad Norani. Sayang sekali judul bukunya dirosakkan oleh tumpahan air pada dakwat basah atas kertas itu. Indera, minda dan jiwa pantas membaca ringkasan saya tulis baris demi baris.

Wang kertas atau dipanggil juga wang elektronik dalam bentuk angka itu sebenarnya tidak wujud pun dalam bank. Duit kertas yang disimpan di bawah bantal atau dalam tabung di rumah pula, saban tahun akan menyusut dan mengecut nilainya dengan teruk. RM1,000 hari ini tidak boleh membeli barang yang sama pada masa depan.

Peluh dingin mulai merenik dan perlahan-lahan berkumpul menuruni alur dahi terutama apakala saya tekun membaca penerangan ilmuan itu seputar kreasi wang (money creation) oleh pihak bank. Masalahnya, cerita fasal ini tidak disiarkan dalam akhbar arus perdana negara.

Kebenaran

Betapa kesal saya memikirkan akhbar utama hanya memetik bulat-bulat laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang jauh menyimpang dari kebenaran. Apa salahnya jika sesekali kutiplah juga isi-isi dari dalam akhbar sekutu Zionis seperti Herald, Weekly Commentator atau Jerusalem Post. Bukan payah pun untuk akses versi maya. Inilah akhbar yang menemani sarapan pagi sifu-sifu Zionis.

Saya bertekad mahu mempertahankan pendirian saya di hadapan semua pemegang saham utama syarikat. Gigih saya menyelidik melalui Internet tentang kecairan wang. Kemudian saya kaji dengan mendalam hakikat kekayaan sebenar dalam Islam.

Jantung saya bagaikan disambar petir apakala minda mentafsir informasi menzahir. Ia sama seperti sejak dari alam kuliah lagi sudah pun saya fikir. Tanah. Moleknya berlokasi di tepi sungai atau yang berhampiran dengan sumber air mengalir. Emas dan perak. Sekali lagi dengupan jantung mengeraskan rentak.

Az-zahab wal fiddah inilah yang sedang dikumpul oleh juak-juak Zionis. AS dan Eropah dijadikan lokasi penyimpan rezab emas terbesar. Berkehendakkan emas, mereka tukar kepada negara lain dengan duit kertas. Puak-puak Zionis inilah juga pemilik bank-bank utama dunia yang rancak mengatur dan memanipulasi kewangan dunia tanpa puas.

Mustahil Mukallaf lupa akan sejarah dan asal-usul institusi perbankan? Amat tidak logik kalau dia tidak tahu yang kita semua satu dunia, simpan duit kertas yang menurut pakar ekonomi tidak akan bernilai di kemudian hari. Bukankah berlambak-lambak dalam laman sesawang bercerita tentang “kematian wang”?

Tidakkah sarjana ekonomi itu baca apa yang saya baca, sedangkan selama ini pemikiran kami serupa? 

Tercemar 

Tanah, emas, minyak dan air bersih. Saya pahat empat khazanah Allah yang bernilai ini dalam benak. Sebak dada saya membayangkan air akan tercemar dengan teruk di masa depan. Sekarang pun sumber utama air iaitu sungai banyak yang tercemar. Kita sewenang-wenangnya mengabaikan kebersihan walhal ia warisan yang kita pinjam daripada generasi akan datang.

Saya masih belum berpuas hati dengan segala bahan yang saya kumpulkan sebagai isi presentasi esok. Saya teruskan pembacaan di talian maya.

BBC melaporkan pada tahun 2001, air Sea of Galilee (sebenarnya ia sebuah tasik) di Palestin sedang surut dan belum menampakkan petanda akan pasang semula. Saintis membuat perkiraan dalam tempoh 50 tahun lagi tasik itu akan kontang, tiada setitis pun bersisa. Timur Tengah dan Zionis akan bercakaran kerana air pula.

Menurut pendapat penganalisis kemelut dunia, era dahaga menjarah separuh kedua abad ini lantaran tiada air dan alam maya bakal bergelap-gelita kerana tiada minyak untuk menjana kuasa elektrik setelah habis sumbernya.

Serta-merta saya teringat pada seminar nuklear yang saya hadiri setahun yang sudah. Seorang pakar dari Jepun mengatakan minyak dalam bumi hanya bertahan selama 30 tahun sahaja hayatnya.

Saya bertanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, “Apa tindakan kita sebab negara tak ada polisi tenaga nuklear?”

Selamba jawabnya, “Tiada komen. Awak tanya sendiri kepada menteri.”
Saya hubungi pejabat menteri berkenaan tapi rezeki tidak menyebelahi, dia keluar negara atas urusan peribadi menguruskan pendidikan anak. Ketika itu saya sedang menulis artikel mengenai polisi tenaga nuklear negara sebagai persediaan menghadapi kepupusan minyak.
Kakak juga memaklumkan dia pernah wawancara seorang jutawan emas, Datuk Syukor Hashim yang mengakui dia tidak menyimpan wang kertas (fiat money) dalam bank, tapi simpan duit emas.

Ujar Datuk Syukor, “fiat, perkataan Latin bermaksud ‘just to it.’ Kublai Khan diisytihar oleh pengkaji matawang sebagai pencipta wang fiat pertama dunia. Ia pupus sedangkan dinar dan dirham musuh wang kertas. Syiling emas seberat 4.25 gram pada zaman Rasulullah dapat membeli seekor kambing dan sekarang dengan nilai 1 dinar bersamaan RM654 pada 1 Mac 2011 juga boleh membayar seekor kambing. Kini setelah 1400 tahun berlalu, harga seekor ayam sekitar 1 dirham (wang perak seberat 2.975 gram) bersamaan RM20.00.”

Minda saya teringatkan sesuatu. Tentang tiga buah buku yang berkaitan wang kertas dan hubungkaitnya dengan riba (faedah bank) yang dihadiahkan oleh Datuk berkenaan. Oleh kerana hobi menulis memujuk saya menjadi ulat buku, sengaja kakak minta saya simpan buku-bukunya itu.

Helaian demi helaian buku koleksi pakar penganalisis kewangan itu terus saya hadam tanpa toleh kiri kanan meskipun perut mulai memberi isyarat meminta hak. Saya kira mashlahah ummah dan negara lebih mustahak.

Kalbu saya tak lekang berdoa agar Mukallaf dan para pemegang saham utama syarikat Wangsajati perasan akan peranan riba, duit kertas dan duit elektronik sendirilah punca penyebab kepada kehancuran sistem ekonomi kapitalis yang bakal menjelma sedikit masa nanti.

Sengaja saya memilih judul senjata makan tuan ini untuk digarisbawahkan. Ia bukti jelas krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros pada zaman saya dan Mukallaf selesai mencapai status graduan.

“Ish, masakan semua kandungan bahan bacaan yang aku pinjamkan, telah Mukallaf luputkan dari ingatan?” Komen saya sendirian. Secalit kecewa memalit rasa memikirkan Zedrin Mukallaf sengaja memalapkan obor jiwa sufi fikrah haraki yang bertahun-tahun saya nyalakan dalam kalbu dan mindanya. Mengapa tidak gen ayahnya yang lahir di bumi yang sama dengan Yusuf al-Qaradawi mendominasi peribadi, mengalahkan asuhan ibunya yang taksub dengan gaya keluarga korporat berlatarkan pendidikan sekular negara kiwi?

Rakan kongsi berdarah kacukan Arab-Melayu itu acapkali saya mesrakan dengan kitab-kitab ulama silam. Kekaguman saya kian membara apabila dia mula menyukai fikrah Syed Qutub dan Hassan Al-Banna.

Nama pemberian bonda, kata Mukallaf, sangat sinonim dengan personaliti saya yang baginya memancarkan semangat, sumber tenaga dan sinar cahaya pencerahan jiwa.
Ucapan bombastik itu saya terima daripada Mukallaf sewaktu meraikan kejayaan saya memperolehi tender menyiapkan medan simulasi di Kementerian Pertahanan bagi mempersiapkan perwira negara ke medan peperangan dunia.

Setelah jeda seketika dibuai kenangan silam, selepas hak badan usai saya tunaikan, kewajipan kepada Pencipta pun sudah saya langsaikan. Senaskah al-Quran berkulit keras warna kemilau emas dan bercetak perak mengembalikan ingatan saya kepada tugas untuk memahamkan kawan seperjuangan apa sebenarnya hakikat kekayaan yang agama sarankan.
Maha Suci Allah menyerlahkan kebenaran nyata. Tatkala membaca Surah Yusuf, terkesima saya seketika. Tentera-tentera sebak, sayu dan hiba mula menguasai kota jiwa. Genangan di tubir mata gagal diseka, mula berkompromi dengan rasa.

Wahai Nabi Allah Yusuf a.s, betapa bersyukur dan berterima kasih daku atas kebijaksanaan dan kasih sayangmu sejak berabad lama dahulu. Segala peringatan dan pesananmu akan daku hebahkan.

Bersaksilah bahawa akan aku gegerkan betapa AS sekarang, selain emas dan minyak, sedang giat menyimpan sebanyak-banyaknya stok makanan.

Duit kertas dan duit elektronik dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berlegar- legar di luar AS. Menanti saat kejatuhan.

Begitu saya berkasam pada diri sendiri selepas menghayati intipati Surah Yusuf dan merujuk banyak rencana mengenai krisis dolar Amerika. Saya menterjemah kenyataan Warren Buffet, pelabur terulung dan manusia kedua terkaya di dunia.

“Kenaikan harga emas ini disebabkan ia tidak memiliki nilai nyata kecuali harga pasaran.”
Dan kenyataan Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, dipetik sebagai berkata, we have a 75% chance of a crisis within 5 years.

Semoga ada yang berasa seperti terkena getah nangka dengan kesengajaan saya mengekalkan bahasa ibunda Volker sebagai penempelak kepada ahli lembaga pengarah yang gemar meminjam lidah penjajah ketika bersidang di meja bulat syarikat yang sepenuhnya berstatus bumiputera.

Berpuas hati dengan segala dalil hujahan, sepenuh keyakinan saya khatamkan akhir perenggan kesimpulan dengan sepotong hadis daripada Abu Bakar Ibn Abi Maryam yang meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Suatu masa akan sampai kepada manusia di mana tidak ada apa lagi yang tinggal berguna kecuali dinar dan dirham.” (Musnad Imam Ahmad bin Hanbal)
. Sebuah tanda tangan saya turunkan pada halaman akhir kertas pembentangan jelas boleh dibaca. Kirana.
Melalui sistem khidmat pesanan ringkas, saya kirimkan sebuah gubahan aksara kepada Mukallaf dengan iringan doa agar Allah sudi membaiki kompas imannya yang terbabas.
Setia mengajar saya, jika mahu jadi pencinta budiman sandarkan pada kenangan dan bijaksana mengajar saya, jika mahu jadi hartawan dermawan sandarkan pada emas 999.9

Nukilan dengan sedar:
Azrie 0133808031 

Jadilah INSAN sekaya ABDURRAHMAN BIN AUF!


Selain dari diri Rasulullah yang terdapat contoh yang sempurna, kita juga boleh belajar dari sahabat-sahabat Baginda dalam mengembalikan kemakmuran Islam yang kita cita-citakan ini. Salah satu sahabat Baginda yang patut kita contoh adalah Abdurrahman bin Auf yang kejayaannya dalam berniaga menjadi teladan bagi seluruh pengusaha Muslim saat ini, dalam hal urusan akhirat pun banyak yang dapat dicontohi dari Abdurrahman bin Auf ini kerana beliau termasuk dalam senarai sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga. Berikut adalah karektor2 Abdurrahman bin Auf & sedikit mengenai latar belakang beliau..Ayuh sama-sama kita bandingkan sifat-sifat beliau dengan diri kita sendiri..mana yang sama & mana pula yang tidak serupa. Yang sama Alhamdulillah..semoga Allah kekalkan & mana yang tidak serupa itu, semoga kita berusaha untuk mencapai kesamaan tersebut..lillahi Taala. Inshaallah..
  
1.    Abdurrahman bin Auf termasuk sahabat yang masuk Islam sangat awal, tercatat beliau orang yang ke-8 yang bersyahadah 2 hari setelah Abu Bakar. Beliau juga termasuk salah satu dari sepuluh (10) sahabat yang dijamin masuk syurga.  

2.    Beliau termasuk salah satu dari enam (6) orang yang ditunjuk oleh Umar bin al-Khathab untuk memilih khalifah sesudahnya..  

3.    Beliau seorang mufti yang dipercayai oleh Rasulullah SAW untuk berfatwa di Madinah padahal Rasulullah SAW masih hidup. 

4.    Beliau terlibat dalam Perang Badar bersama Rasulullah SAW & menewaskan musuh-musuh Allah. Beliau juga terlibat dalam Perang Uhud & bahkan termasuk dalam golongan yang bertahan disisi Rasulullah SAW ketika tentera kaum Muslimin banyak meninggalkan medan peperangan. Dari peperangan ini ada 9 luka parah ditubuhnya & 20 luka kecil yang diantaranya ada yang sedalam anak jari. Dua perang ini juga menyebabkan luka dikakinya sehingga Abdurrahman bin Auf harus berjalan dengan pincang, dan juga mematahkan sebahagian giginya sehingga beliau berbicara dengan sedikit pelat. 

5.    Suatu saat ketika Rasulullah SAW berpidato menyuntik semangat kaum Muslimin untuk berinfaq di jalan Allah, Abdurrahman bin Auf menyumbang separuh hartanya yang senilai 2,000 Dinar atau sekitar hampir RM 1.4 juta pada saat ini (bayangkan pada zaman itu seseorang yang mempunyai harta sebanyak itu sudah boleh dianggap sangat kaya, walhal ketika beliau menyumbangkan sejumlah tersebut, beliau masih 'belum betul-betul kaya' dan hartanya baru berjumlah 4,000 Dinar). Atas sedekah ini beliau didoakan khusus oleh Rasulullah SAW yang berbunyi, "Semoga Allah melimpahkan berkatNya kepadamu, terhadap harta yang kamu berikan. Dan semoga Allah memberkati juga harta yang kamu tinggalkan untuk keluarga kamu." Doa ini benar-benar terbukti dengan kejayaan demi kejayaan Abdurrahman bin Auf berikutnya. Al-maklum sahajalah, bila kekasihNya memohon doa, tentu sahaja Allah memberi perkenanNya. 

6.    Ketika Rasulullah memerlukan dana untuk Perang Tabuk yang mahal & sulit kerana medannya jauh, ditambah situasi Madinah yang lagi dilanda musim panas, Abdurrahman bin Auf mempeloporinya dengan menyumbang 200 uqiyah emas sampai-sampai Umar bin al-Khatthab berbisik kepada Rasulullah SAW, "Apakah Abdurrahman berdosa kepada keluarganya kerana tidak meninggalkan wang belanja sedikitpun untuk keluarganya?" Mendengar ini, Rasulullah SAW bertanya kepada Abdurrahman bin Auf, "Apakah kamu meninggalkan wang belanja untuk isterimu?" "Ya!", jawab Abdurrahman. "Mereka saya tinggalkan lebih banyak & lebih baik dari yang saya sumbangkan." "Berapa?", tanya Rasulullah. "Sebanyak rezeki, kebaikan, dan pahala yang dijanjikan Allah.",jawabnya. 

7.    Setelah Rasulullah wafat, Abdurrahman bin Auf bertugas menjaga kesejahteraan & keselamatan Ummahatul Mu'minin (para isteri Rasulullah SAW). 

8.    Abdurrahman bin Auf pernah menyumbangkan seluruh barang yang dibawa oleh kafilah perdagangannya kepada penduduk Madinah padahal seluruh kafilah ini membawa barang dagangan yang diangkut oleh 700 unta yang memenuhi jalan-jalan kota Madinah. Selain itu juga tercatat Abdurrahman bin Auf telah menyumbangkan dengan sembunyi-sembunyi atau terang-terangan antara lain 40,000 Dirham (sekitar +/- RM 1.08 juta wang sekarang), 40,000 Dinar (senilai +/- RM 27.2 juta wang sekarang..wowww!!!), 200 uqiyah emas, 500 ekor kuda & 1,500 ekor unta. (berkat Allah bersamanya..) 

9.    Beliau juga membiayai para veteran perang Badar yang masih hidup waktu itu dengan biaya sebesar 400 Dinar ( sekitar +/- RM 272,000) setiap orang untuk veteran yang jumlahnya tidak kurang dari 100 orang! 

10.  Dengan begitu banyak yang diinfaqkan di jalan Allah, beliau ketika meninggal pada usia 72 tahun masih juga meninggalkan harta yang sangat banyak iaitu terdiri daripada 1,000 ekor unta, 100 ekor kuda, 3,000 ekor kambing & masing-masing isteri mendapatkan warisan 80,000 Dinar. Padahal warisan isteri-isteri ini masing-masing hanyalah 1/4 dari 1/8 (isteri mendapat 1/8 daripada harta & kerana ada 4 isteri, harus pula jumlah itu dibahagi 4). Ertinya, kekayaan yang ditinggalkan Abdurrahman bin Auf saat itu berjumlah 2,560,000 Dinar atau sebesar RM 1,740,800,000 (RM 1.7408 Billion!!!!!)

Bagaimana Abdurrahman bin Auf sangat berjaya dalam perniagaannya & dijamin pula masuk syurga? Sedangkan pada zaman sekarang, ramai yang berniaga, ramai juga yang kaya-raya..tetapi syurga kah matlamatnya??? Berikut adalah amalan/prinsip beliau yang boleh kita tiru..inshaallah..
  
  • 1.    Seluruh usahanya hanya ditujukan untuk mencari redha Allah semata.
  • 2.    Bermodal & berniaga barang yang halal dan menjauhkan diri dari barang yang haram bahkan yang syubhah sekalipun.
  • 3.    Keuntungan hasil usaha bukan untuk dinikmati sendiri melainkan hak Allah, sanak keluarga & untuk perjuangan di jalan Allah.
  • 4.    Abdurrahman bin Auf seorang pemimpin yang mengendalikan hartanya, bukan harta yang mengendalikannya.
  • 5.    Sedeqah telah menyuburkan harta Abdurrahman bin Auf, sampaikan ada penduduk Madinah yang berkata, "Seluruh penduduk Madinah terikat dengan Abdurrahman bin Auf pada hartanya. Sepertiga dipinjamkannya pada mereka, sepertiga untuk membayari hutang-hutang mereka, dan sepertiga lagi sisanya dibahagi-bahagikan kepada mereka."
  • 6.    Kesekuruhan harta Abdurrahman bin Auf adalah harta yang halal, sehingga Uthman bin Affan RA, yang termasuk kaya pun bersedia menerima wasiat Abdurrahman ketika membahagikan 400 Dinar bagi setiap veteran Perang Badar. Atas pembahagian ini Uthman bin Affan berkata, "Harta Abdurrahman bin Auf halal lagi bersih, dan memakan harta itu membawa selamat & berkat."

RENUNGKANLAH BERSAMA......

AZRIE ALI
SL0025
013-3808031

Friday, March 02, 2012

Ciri-Ciri dan Faktor-Faktor kelebihan emas

Assalamualaikum & salam sejahtera semua

Antara ciri2 dan faktor2 kelebihan emas secara seringkas munkin.Ini kerana akhir2 kita dgr acapkan orang bercakap,berbincang,berdebat,berhujah dan pelbagai lg bentuk komunikasi untuk menyatakan pendapat masing2 tentang kelebihan emas ini….Di sini munkin hanya diantara seribu sebab atau ciri2 yg ada ttg kelebihan emas ini.

a) Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur

b) Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa.

c) Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa

d) Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam.

e) Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.

f) Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.

g) Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi

h) Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa  yang berpatutan.

i) Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga

j) Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan.

k) Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar.

l) Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.mr) Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam.

m) Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.

n) Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka.

o) Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual.

w) Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup

p) Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal 
menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas.

q) Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..

r) Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya

s) Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.

t) Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.

u) Hantaran Kahwin

Thursday, March 01, 2012

Perak simpanan pelaburan Ideal sekarang!

Kita lihat video ini...



Dan artikel/rajah ini...


Mengapa Perak Logam paling Sesuai untuk PELABURAN DAN SIMPANAN PADA MASA SEKARANG?

Kebetulan saya banyak masa untuk mencari dan meneliti bahan bacaan baru mengenai Perak. Saya berpendapat, logam Perak ini bakal menggantikan Emas dalam pelaburan dan simpanan utama terutamanya bagi isirumah yang hidup sederhana.

Berasaskan KEMPEN SAYA: JOM SIMPAN EMAS DAN PERAK: 1 BULAN 1 oz Perak, saya kira artikal ini penting dan patut dibaca bagi semua yang baru nak mengenali Logam Perak ini ...


Mengapa Perak sebagai komoditi pelaburan?

Perak lebih menguntungkan berbanding emas.  Sejarah telah membuktikan :tidak semua orang mampu membeli emas kecuali orang yang kaya dan bank-bank pusat. Perak masih jauh lebih murah berbanding emas, ini bermakna pemilikan koin perak lebih menguntungkan.

Perak mempunyai faedah sebagai pelindung nilai inflasi dengan pertimbangan berikut:

a. Pasaran perak masih jauh lebih kecil, dan tidak memerlukan wang yang banyak untuk dipindahkan ke perak sebagai pelaburan untuk dipasarkan.

b. Beberapa tahun perak telah mengalahkan emas secara dramatic, bermula dengan $ 3 ons kini berada lebih dari $ 44 per ounce.

c. Perak juga merupakan industri logam yang sangat penting dengan lebih daripada 3,000 industri terkini menggunakan perak.

d. Kerajaan tidak pernah memandang perak, walaupun mereka telah merampas emas. Usah khuatir, anda akan merasa lebih selamat dengan perak daripada emas.

e. Tambahan kerajaan sebenarnya tidak bersedia untuk melombong perak. Perak banyak berada di atas muka bumi akibat daripada perkembangan industri berasaskan perak

f. Berdekad lamanya perak lebih banyak digunakan sebagai wang berbanding emas. Syiling perak menjadi common denominator wang di kebanyakan tempat dan masa berbanding emas.

g. Perak dijangka akan menewaskan atas keuntungan emas sekitar nisbah 00:57. Marilah kita menyisihkan sedikit wang fiat untuk disimpan dalam nilai perak.

Apakah jenis perak harus anda beli?

Oleh kerana mahukan pasaran antarabangsa, kita bolehlah memandang kepada perak helang Amerika dan syiling perak asing yang boleh dibeli dari penjual syiling, kerana ia juga mudah dijual semula. Harga berfluktuasi dan boleh dijual setiap jam dan mudah mendapatkan pelanggan.

Anda juga boleh mendapatkan Perak yang boleh dibeli dengan Public Gold Marketing Sdn. Bhd. Terdapat 3 jenis Perak yang dijual, iaitu 250g, 500g dan 1kg.

Sampai bila kita mahu memandang perak?

Harga perak masih berada dalam bullmarket. Selagi ada kenaikan selagi itu ada harapan bergantung kepada dasar kerajaan selagi kerajaan masih mengagung-agungkan wang fiat selagi itulah kita mendapat faedah menyimpan perak. Membeli Perak dengan Public Gold adalah sangat selamat, ini kerana anda akan mendapatkan sijil ketulenanan Perak tersebut. Disamping itu, anda boleh menjual kembali Perak tersebut kepada agen Public Gold seperti saya dan juga Public Gold sendiri. Untuk maklumat anda, Public Gold mempunyai lebih 3000 orang agen.

Di mana mahu simpan perak?

Simpanlah dari tempat yang selamat dan jauh dari perhatian pencuri. Jangan simpan dalam kotak simpanan keselamatan di bank-bank kerana ia tidak akan selamat jika kerajaan akan memutuskan menggantikan perak sebagai pengganti wang fiat. Dewasa ini perak hanya dianggap komoditi lain.

Semua pihak termasuk kerajaan bebas menghasilkan dan menjual syiling perak. Tapi mereka tidak mempunyai stok, sehingga memaksa mereka membeli di pasaran bebas seperti yang kita lakukan.

Perak mampu dibeli oleh orang kebanyakan berbanding emas. Ini satu kelebihan untuk membangunkan industri perak standing dengan emas.

Perlukah kita menjual beli perak dalam masa terdekat?

Jangan hiraukan tentang kenaikan harga dan menjual tergesa-gesa kerana arah pasaran perak adalah bullmarket yang tidak akan ada kesudahannya melainkan kerajaan mewartakan perak sebagai wang.

Perak komoditi warisan keluarga?

Kepada teman-teman, saya mencadangkan supaya perak menjadi komoditi warisan keluarga kerana harga akan terus naik tanpa henti.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Perak (Silver) anda boleh mendapatkannya dengan saya harga terkin Silver. Hubungi saya di talian 013-3808031 (Azrie)

Kenapa Perlu Simpan Silver?



Untuk kawan-kawan yang belum ada buat simpanan silver, mesti tanya, "Kenapa perlu aku beli?"

Bila saya mula cerita tentang kepentingan menyimpan dalam silver ada sorang kawan kata:
"Tak cukup ke simpan duit dalam ASB atau unit trust? Simpanan jugak kan? Confirm ada dividen tiap-tiap tahun. Tak payah nak risau harga jatuh ke atau rumah kena rompak."

Ini adalah jawapan yang biasa saya terima. Saya pulak tak boleh nafikan yang duit ASB masih dikira simpanan, silver tak memberi dividen dan turun naik harga silver memang menakutkan (bagi yang tidak faham).

Sebab No. 1 kawan-kawan kena menyimpan dalam silver 
ialah kerana kadar hutang lapuk bertrillion dolars yang ditanggung oleh negara-negara barat yang kononnya dilabel negara maju. Dan 'champion' penghutang paling banyak adalah tidak lain dan tidak bukan: Amerika Syarikat.

Jom cek sini berapa hutang Amerika sekarang: google: US Debt Clock Terkejut tak bila tengok hutang negara 'KAYA' USD14 trillion?

"Lah, apa pulak kena mengena hutang diaorang dengan rakyat Malaysia? Apa kena mengena dengan kena simpan silver ?"

Kalau kita ada kawan yang suka berhutang, bila dia tak ada tunai dia akan mohon kad kredit. Jenis belanja sakan lepas tu bayar minimum tiap2 bulan. Lepas satu kredit kad dah max dia mintak kat bank lain. Belanja sakan lagi. Bayar minimum sahaja lagi.

Sampai satu hari, takde bank yang akan approve kad kredit. Pinjam pulak kat kawan-kawan. Masih tak sedar diri. Belanja sakan dan buat-buat lupa bayar bila kawan tanya. Lama-lama isytihar bankrap.

Beza Amerika dengan kawan kita yang boros di atas, Amerika BOLEH CETAK DUIT untuk konon-konon
tunjuk kaya. Amerika dah cetak 9 trillion dollars untuk berbelanja.

Sekarang lagi senang, mana pakai mesin cetak lagi, tinggal masukkan masukkan command: 'masukkan 1 trillion dalam bank' lepas tu tekan 'Enter'.

Lambakan duit inilah INFLASI SEBENAR. Bukannya kenaikkan harga. Kenaikkan harga barang hanyalah simptom untuk inflasi. Contohnya zaman Jepun dulu, duit daun pisang berlambak-lambak tapi takde nilai. Harga barang tinggi sebab duit dah semakin banyak.

Bila kepercayaan terdapat sistem matawang terhakis, manusia akan berpusu-pusu cari silver untuk
melindungi harta. Kejadian ni dah jadi berulang-ulang kali dalam sejarah. Contoh: Dinasti Yuan, Weimar Germany, Zimbabwe. Cuba kawan-kawan google 'hyperinflation'. Bila semua orang berpusu-pusu menukar wang kertas yang cepat sangat susut nilai kepada silver , harga sudah tentu akan melambung. Selagi kerajaan
dunia tak berenti mencetak lagi banyak duit, selagi tu la silver akan naik harga.

Bukan silver je yang naik harga, SEMUA barang akan terus naik harga. 
"Kalau kita beli insurans sebagai pelindung kereta, Kita KENA juga beli silver sebagai pelindung harta."