[SHARED ARTICLE]
Sebelum saya mula eloklah saya terangkan dahulu, bahawa nukilan di bawah ini bukanlah suatu fakta yang anda boleh percaya 100%, tetapi nukilan ini terhasil dari pengalaman pengalaman berbual bual dengan saudara mara, rakan sekerja, rakan sekolah, orang tak dikenali sama ada secara bersemuka, private message, telefon dan sms.
Kenapa saya letak perkataan melayu di atas?
Sebabnya saya belum pernah lagi berbual dengan orang bukan Melayu tentang emas.Antara perkara yang biasa saya dengar bila bercakap pasal simpanan emas fizikal ialah:
1) Fobia kena Zakat.
Yup, ini duduk “ranking” no. 1. Kebanyakan dari mereka seperti “mengeluh” kena bayar zakat kalau simpan emas. Alhamdulillah, dari satu segi, ini menunjukkan, betapa orang Melayu Islam di sini rata ratanya mengambil berat tentang zakat, dan ini suatu perkara yang harus dipuji.
Tetapi dari satu sudut yang lain, janganlah jadikan zakat sebagai penghalang untuk membuat perlaburan atau simpanan emas, bukankah zakat itu suatu ibadah? Ibadah yang menyuburkan harta. Rata2 yang ditanya masih tak faham beza antara zakat emas yang dipakai dan emas perlaburan, uruf2 menurut negeri2 di malaysia dan cara mengira zakat emas yang perlu di bayar. Refer www.gs2u.my utk lanjut
2) Fobia di rompak, tak tahu nak simpan macam mana, kat mana...
Ini pun selalu saya dapat feedback. Tak dinafikan, risiko untuk berlaku kecurian, rompakan. kebakaran dan seangkatan dengannya memang ada. Tetapi cuba anda fikirkan semula, barang apa yang tak dicuri orang kalau tak dijaga?
Setiap risiko pasti ada cara mengatasinya atau paling tidak meminimumkan potensi risiko risiko tersebut dari terjadi . Dalam hal menyimpan emas, jika sedikit2 bolehlah diusahakan simpan di suatu tempat rahsia di dalam rumah. Tapi kalau simpanan emas tuh dah sampai berkilo kilo, takkan orang sekaya anda tak mampu nak cari safe deposit, berlambak bank sediakan safe deposit dengan kadar yang wajar kat luar sana tuh. Yang swasta pun ada... Lagi bagus sebab boleh access ke situ 24/7 dan 365 hari! Barang anda, menjadi tanggungjawab anda menjaganya dengan baik.Dan jangan lupa berdoa dan bertawakal pada Allah dalam segala hal yang kita usahakan.
3) Fobia rugi yakni rasa mahal masa nak beli, rasa rugi bila jual semula
Ini selalu dibimbangi bagi mereka yang terbiasa dengan skim cepat kaya, dapat dividen bulan2, atau memang tak tahu langsung pasal investment. Golongan ini tak berapa faham konsep tempoh minimum untuk dapat keuntungan dan bila masa terbaik untuk beli dan jual.
Saya tak salahkan mereka, sebab saya sendiri pun berfikiran macam ini, sebelum saya dicelikkan dengan izin Allah melalui pembacaan, tontonan video dan perbincangan forum mengenai realiti wang yang sebenar.Bila kita tahu penipuan wang kertas yang sudah lama bertapak dan sudah makin hampir ke penghujung hayatnya, anda akan tahu, betapa bernilainya emas.
Apa yang saya dapati, kebanyakan dari mereka ini juga hanya tahu, emas hanya sebagai perhiasan wanita dan hanya boleh di beli di kedai kedai emas sahaja.Dan bila hanya tahu kedai emas sahaja boleh emas, bila nak jual semula pun di kedai emas sahaja, di mana, harga emas terpakai adalah 15 hingga 25% lebih rendah dari harga pasaran semasa. Begitu juga harga jualan di kedai emas yang rata rata lebih tinggi premium dan kos upahnya. Sebab itu ilmu penting sebelum memulakan sesuatu perlaburan, dan salah satu nak dapatkan ilmu kenalah membaca, bertanya dan berbincang dengan orang yang anda rasa boleh dipercayai.
4) Fobia kena tipu emas palsu atau kurang ketulenannya.
Ada jugak yang risau ditipu. Nasihat saya, belilah dari orang yang anda percaya, dan jangan terburu buru mencari harga yang murah dikhuatiri ada penipuan boleh berlaku. Anda boleh rujuk senarai pengedar pengedar yang sah sebelum anda berurusan dengan seseorang. Lebih baik anda memiliki dan memilih produk yg ada PENGESAHAN JAMINAN KETULENAN dgn Assayer, No. Siri, dan hologram bagi keyakinan anda sendiri seperti produk yang di tawarkan oleh GSR - GOLD SILVER RESOURCES
5) Fobia bila emergency, susah nak “cairkan” pada wang kertas.
Jangan bimbang, selagi emas di tangan anda, anda sebenarnya memliki “ibu duit”. Dengan kemudahan pajakan “Arrahnu”, di bank rakyat, agro bank, pejabat POS, bank Muamalat, koperasi koperasi dan institusi yang menjalankan operasinya secara sah, anda boleh dapatkan wang dengan segera dan berpeluang menebus kembali emas anda dalam tempoh masa yang ditetapkan.
6) Fobia susah nak bahagi2 pada anak2 bila kita dah mati nanti
Ini mungkin jarang anda dengar tapi memang ada berlaku di kalangan orang yang saya kenali. Ibunya telah meninggal dunia dan meninggalkan ± 40 gram barang kemas dan menjadi kesulitan untuk dua orang anak lelakinya membahagikan harta tersebut secara adil.
Saya bagi 3 solusi pada mereka:
1) Jual pada peraih emas, dapat duit bahagi sama rata ATAU
2) Salah seorang beli emas tersebut pada harga emas terpakai dengan kiraan berat separuh dari jumlah gram keseluruhannya (tapi cadangan ini sukar nak dibuat sebab ketulinan barang kemas berbeza dalam kes ini) ATAU
3) Salah seorang Pajak di Arrahnu, ambil duit tersebut dan bayar duit pada seorang lagi dengan harga nilaiaan separuh dari nilai marhun emas yang dipajak tersebut kemudiaan tebus semula emas dalam jangkamasa yang ditetapkan.
7) Fobia bini nak pakai emas tersebut walhal kita beli untuk buat investment je
Ok, saya pun tak tahu bagaimana nak bagi nasihat. Pada saya, kalau saya di tempat suami tersebut, saya akan bagi penerangan awal2,dengan buat2 muka comel dan suara manja2 gitu.. Boleh? Hehehe
Jom jadikan sebagai simpanan alternatif anda, 1 bulan 1 gram Insya Allah
Azrie Irzary
013-3808031
Founder rangkaian EmasPerak2u
ASAL DARI MINAT DAN MENJADI COLLECTOR. KINI MASIH MEMBELI DAN MENJADI KONSULTAN BAGI PEMBELIAN EMAS... BELI EMAS TAK RUGI.. BELI SILVER SEBAGAI PENYELAMAT MATA WANG!
Saturday, August 11, 2012
Zakat Emas
Assalamualaikum WBTH
Bulan Ramadhan ini ada baiknya saya memasukkan artikel ZAKAT EMAS kepada rakan-rakan yang mempunyai simpanan dan pemakaian emas. Mungkin artikel ni telah berkali-kali di ketengahkan dalam pelbagai blog di luar sana.. Tp saya rasa ini masanya kita REFRESH berkaitan Zakat ini...
Bulan Ramadhan ini ada baiknya saya memasukkan artikel ZAKAT EMAS kepada rakan-rakan yang mempunyai simpanan dan pemakaian emas. Mungkin artikel ni telah berkali-kali di ketengahkan dalam pelbagai blog di luar sana.. Tp saya rasa ini masanya kita REFRESH berkaitan Zakat ini...
Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab
- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.
Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)
Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000
= RM400
2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00
Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
- Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
- Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
- Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
- Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
- Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
- Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
- Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
- Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
- Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
- Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
- Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
- Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
- Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
- Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:
1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik
2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?
Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.
3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.
4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.
5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.
6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.
Pengiraan zakat perak.
Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.
Haul ialah tempoh masa setahun
Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)
Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%
Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999
Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500
Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500
= RM112.50
Kesimpulan.
Saya berharap agar topik ini membantu anda memahami persoalan zakat emas dan perak. Ini kerana zakat merupakan kewajipan terhadap orang Islam yang cukup syarat. Sebagai pelabur sudah tentu kita inginkan kekayaan dunia dan kekayaan di akhirat . Keberkatan di dunia dan keberkatan di akhirat.
Ok then, selamat membuat pelaburan emas dan perak
Azrie Irzary
013-3808031
Emas: Aset 0% Risiko?
Assalamualaikum...
Ini baru sekadar simpan emas. Ini pun sudah nampak keuntungannya dan faedahnya dari menyimpan duit kertas kan? Kita perlu faham yang menyimpan emas adalah untuk melindungi kekayaan kita dari ditelan inflasi. Bukan untuk menjadi lebih kaya.
Hubungi saya utk maklumat lanjut...
Azrie Irzary
013-3808031
Founder rangkaian emasperak2u
"18 Jun 2012, Perbadanan Insurans Deposit Persekutuan ( Federal Deposit Insurance Corporation/FDIC) Amerika Syarikat, telah membuat cadangan bagi mengkategorikan emas sebagai aset yang tiada risiko, Aset Tahap 1."
Ini baru sekadar simpan emas. Ini pun sudah nampak keuntungannya dan faedahnya dari menyimpan duit kertas kan? Kita perlu faham yang menyimpan emas adalah untuk melindungi kekayaan kita dari ditelan inflasi. Bukan untuk menjadi lebih kaya.
Hubungi saya utk maklumat lanjut...
Azrie Irzary
013-3808031
Founder rangkaian emasperak2u
Yang FAMILIAR PUN DITIRU! TUNGSTEN PENUH! 310G TU!
Yang femes pun ada yg palsu. Berhati2 ketika membeli produk yg lebih murah. Yg penting produk yg ada jaminan Sijil Assayer, Sticker Hologram & ada jaminan belian balik...Peace of Mind..
Thursday, August 09, 2012
BENAR KE JEWELLERY 916 LEBIH SUSUT NILAI DRP 999?
Betul ke emas 916 lebih susut nilai dr 999 untuk LONG TERM INVESTMENT? Sapa
ada pencerahan?
Top of Form
·
MdDanial Abdul
Rahim ntah laaa.. aku jual balik emas lama okie ajer :)
tapi simpanan emas tuh da lebih daripada 5thn le :)
Hipokalistra
Malikustik susut macam ner tu ea tn Muhd Azrie Mohd Ali??
Muhd Azrie Mohd
Ali Ada dakwaan camtu bg nak invest lama... ada jawapan
ilmiah?
Hipokalistra
Malikustik ya lah..dakwaan itu terlalu umum...mungkin haya
rumus..leh juga sy katakan emas 999 lebih worst dari emas 916 utk long term
investment..dan blh gak den katakan simpan duit lbh baik dari simpan emas...so
mcm ner dgn dakwaan susut nilai tu :D
Khirwanz Mohd ader
yg kater emas lama mahal tp lau emas baru yg susut byk ....org kata lah
Hipokalistra
Malikustik hehe...sbb tu den slalu kata...nk beli emas
ikotpd 4 faktor utama...worst jika memilih DESIGN...
MdDanial Abdul
Rahim :) ada emas untuk dipakai sesuke suki dan emas untuk
tujuan simpanan dan kearah pelaburan dok gitu ?
Hipokalistra
Malikustik tjuk post nih "LONG TERM INVESTMENT"
....for sure diskusi tentang tujuan simpanan kearah jangka masa yg
panjang....dan utk melabur...laburlah ke bidang ilmu... :D
Hipokalistra
Malikustik faktor utama:
1. Padu dan bukan hollow
2. Tiad/kurg rongga kosong
3. Tiada Crome
4. Tiada batu
klo crik berdesign, sure ada byk rongga kosong...
1. Padu dan bukan hollow
2. Tiad/kurg rongga kosong
3. Tiada Crome
4. Tiada batu
klo crik berdesign, sure ada byk rongga kosong...
Nizam Ax 999
la bgs..smpn emas lbh bgs dr simpan duit utk long term
Hipokalistra
Malikustik Sama bagus 999 or 916, yg penting penekanan pd
4faktor yg sy sharekan tu..
Muhd Azrie Mohd
Ali btl tu sy amat setuju... kurang rongga, xde batu,
kurang chrome dan padu... tq Hipokalistra Malikustik
Hipokalistra
Malikustik Sbb tu den kata, baik beli zhulian/emas celop
jika utk memilihj design...murah plak tu..hilang, jth, sedekah pon xberat rasa
hati...
Selepas penekanan 4 faktor ini, lihat pula spread harga buy dgn sell..jika kecil, means harga emas tu adalah murah..then dibantu dgn kecekapan urusan spt postage free n so on....
Papepon, ni pandangan den dri pengalaman n pengajaran...maaf mencelah
Selepas penekanan 4 faktor ini, lihat pula spread harga buy dgn sell..jika kecil, means harga emas tu adalah murah..then dibantu dgn kecekapan urusan spt postage free n so on....
Papepon, ni pandangan den dri pengalaman n pengajaran...maaf mencelah
Hipokalistra
Malikustik Hehe..den xmention kurg crome, p den mention
tiada crome..yg perkataan "kurg" nih hyn pd faktor rongga... :D
Muhd Azrie Mohd
Ali crome tu xde la nampak sangat... tp depend la.. cuma
kalau batu, berongga, x padu memang sy highlight la...
Hipokalistra
Malikustik Crome tu boleh dihilangkan or akan pudar/hilang
bile penggunaan melebihi 2-3thun...p klo ada crome walau siket, sure ketumpatan
akan berubah.. :D
Ahmad Shukri
Mohamed Satu chrome mmg x disyorkan. Tp ada lagi satu hanya
lapisan cat shj
Nmpk mcm chrome. X jejaskan bacaan bila test guna densimeter atau spectrometer
Muhd Azrie Mohd
Ali itu maksud sy td... salisan sahaja... kalau chrome
semua mmg x syorkan...
Hipokalistra
Malikustik Hehe...complicated bukan? Hehehe...
Muhd Azrie Mohd
Ali itu yg ganggu harga emas 916 bayk turun harga tu
Muhd Azrie Mohd
Ali org tak tahu, yg batu2, chrome, rongga dan nipios tu yg
susutkan nilai produkt tu.. bukan emas 916 tu
Hipokalistra
Malikustik Hehe...semua emas jika tidak follow 4 faktor td
akan mengganggu tn..make it clear n simple...jika 999,950,916 n smua gread emas
ada terganggu dgn 4 faktor td, maka iyanya akan terganggu...
Hipokalistra
Malikustik Iyanya tidak hyn pd emas 916...
Ahmad Shukri
Mohamed Point Tn. Hipokalistra tu mmg tepat. Ramai yg x tau
actually. Emas 999 biasanya padu dan tiada batu2 atau berlian krn sifatnya yg
ductile. Utk investment go for 999. Utk biz go for 916. Sb tu emas terpakai 916
kedai sgt suka. Belian blk lebih rendah walhal masa jual lebih tinggi dgn
batu2...dan rongga2 (kos upah pun lebih sb design, padahal lebih ringan)
Ahmad Shukri
Mohamed Brg kemas 950 dh makin krg d pasaran. Byk 916 &
999
Hipokalistra
Malikustik Padu dan hollow bukan diukur pd gread
emas...hehe...gread emas diukur pada ketumpatan..jika hollow, tetap 916 ttpi
akan terganggu bile dibuat ujian ketumpatan..tumpat n berat berbeza..jdik mudah,
bandingkan 999 hollow n padu (sgbai cth) yg sama berat 10g..anda akan trasa
beza berat even hyn ditangan...
Hipokalistra
Malikustik Jgn jump kesimpulan "Utk investment go for
999. Utk biz go for 916. Sb tu emas terpakai 916 kedai sgt suka."
Kne bgi btl2 penerangan dan faktor2 utk tujuan simpanan...nk labur, labur la ke ILMU...hehehe
Kne bgi btl2 penerangan dan faktor2 utk tujuan simpanan...nk labur, labur la ke ILMU...hehehe
Muhd Azrie Mohd
Ali tepat dan bernas...
Norlina Abbas bila
taiko sudah berbicara pasal emas..yang baru study just mamppu membaca n
memahami...tq2..ilmu ini
Muhd Azrie Mohd
Ali Memang ramai nak tanya dan nak tahu....
Ahmad Shukri
Mohamed Terbaik Tn. Hipokalistra
Ahmad Shukri
Mohamed ELMU is the best investment of all...dunia &
akhirat :)
Ahmad Shukri
Mohamed Tp kena diamalkan la plak nt.
Muhd Azrie Mohd
Ali Tajuk ni kalau buka seminar 1 hari ni.... Tp ari ni
kita bincang dan share percuma jer ILMU dan ELMU...
Ahmad Shukri
Mohamed Personally saya suka goldbar 999 sb spread lbh
rendah. Tp demand tu utk pelabur shj kebiasaannya.
Ahmad Shukri
Mohamed Tp bar yg lebih besar. Lebih kecik lbh besar
spread.
Muhammad Firdaus
Rosli wooo..tq2...ilmu ni sgt bergune dan amat menarik
minat pembeli2 emas..bole trus promote produk GSR..semua dealers2 kene bace
ni..:) (y)...
Muhd Azrie Mohd
Ali nnt sy post dlm blog dan pages
Hipokalistra
Malikustik Byk ag syrikat yg menjualkan emas..perhatikan
betul2 dan TnC..jgn ikot2 org..nnt trsungkur..
Emas cara mainannye inovatif
Wang cara mainannye kreatif
Capital cara mainannya dinamik
Emas cara mainannye inovatif
Wang cara mainannye kreatif
Capital cara mainannya dinamik
Ahmad Shukri
Mohamed Terbaik
Bottom of Form
Wednesday, August 08, 2012
[SHARE] SESI TT - PERBUALAN PAGI NI 9 OGOS 2012, 8.00 PAGI
Muhd Azrie Mohd Ali
Jom start beli emas...
A
insyaallah kene kire budget dulu
Muhd Azrie Mohd Ali
bermula 1g 1 bulan...
A
ok tp la ni 1g harga brp
Muhd Azrie Mohd Ali
200. order hari ni... paling lewat selasa depan sampai... ada stok jumaat sampai
A
harga yg dijual gsr atau yg dipasaran.agk mahal ckit la
Muhd Azrie Mohd Ali
1gram gsr paling murah... actually nk murah jd dealer... sebab ada diskaun dealer...
A
klu jd dealer kita bleh dpt diskaun brp
Muhd Azrie Mohd Ali
11/g kalau goldbar
A
itu kena beli byk kan
Muhd Azrie Mohd Ali
xde la... 1 pun dapat
itu istimewanya gsr
tp jd dealer dl la...
dah la delivery percuma 1 malaysia
w.pun 1 g emas
A
itu 11 percent ke
Muhd Azrie Mohd Ali
RM
A
oo faham dh.kira diskaun utk tiap2 gram kan..
Muhd Azrie Mohd Ali
YER...
nak beli emas tgk bayak faktor
1. harga off course
2. spread (harga jual dan harga beli)
3. delivery (percuma? berbayar? hidden cost?)
4. guarantee tulin (penting)
5. marketing (jika dealer utk trade)
6. kepelbagaian produk (variasi)
harga ni mcm satu room dlm satu rumah... x memadai tgk harga sahaja...
A
register dealer **** kan.selain discount ape lg benefit pas register
Muhd Azrie Mohd Ali
SY SUKA BAGI 7 keistimewaan GSR
1 keistimewaan plan marketing dan network dan 6 keistimewaan profit keuntungan dealer
A
ader dpt tab ker
Muhd Azrie Mohd Ali
masih di buka sehingga berakhir 31 disember 2012
2013, keahlian yuran meningkat... sebab tu sy syor join tahun 2012 dan kejar tab utk marketing lebih baik tahun depan
A
ok nanti kita conform lain k.keje skrg ni
Muhd Azrie Mohd Ali
ok terbaik...
apa2 hal call sy... sms/pm 013-3808031
sy azrie.. wlaupun dah tau nama...
7 SEBAB MENGAPA EMAS TERUS MENINGKAT PADA MASA HADAPAN
EMAS…
Aset ini sering digembar-gemburkan sebagai agen pelaburan terbaik... tetapi ramai yang tidak tahu kenapa. Carta harga hanya memberitahu sebahagian kecil kisah sebenar mengenai emas.
Permintaan kepada emas meningkat setiap tahun... Dan ianya tidak akan berhenti.
Kegunaan emas kebanyakannya hanya diketahui dalam 4 dekad kebelakangan ini. Setiap kali kegunaan baru ditemui, permintaan emas akan meningkat, dan harga emas juga akan dinaikkan. Buktinya, setiap tahun, sejak 1988, permintaan emas lebih banyak daripada emas yang baru dilombong sejak 1988.
Emas digunakan bukan sahaja sebagai pelaburan tetapi untuk kegunaan penting lain!
Tahukah anda bahawa emas merupakan konduktor elektrik yang amat baik? Amat baik sehinggakan ianya menjadi pilihan pertama untuk syarikat untuk membawa tenaga elektrik kecil dan tidak berkarat (tembaga, walaupun baik, akan berkarat).
Sejumlah emas yang kecil digunakan dalam setiap alat elektronik yang sofistikated. Termasuklah telefon bimbit anda, kalkulator, Personal Digital Assistant (PDA), Global Positioning System (GPS), dan pelbagai alat elektrik yang kecil lain.
Dengan kata lain...
Lebih banyak teknologi ditemui, lebih banyak kegunaan emas!
Cuba lihat di sebelah kanan sekali. Perubahan permintaan berlaku antara tahun 2009 dan 2010 adalah sebanyak 43%.
Lebih banyak kegunaan emas, lagi banyak orang beli emas. Dan apa akan jadi? Harga emas akan naik gila-gila lagi. Dan ini HANYALAH salah satu sebab pertama mengapa anda perlu beli emas hari ini juga (sebelum harga secara tiba-tiba naik). Di bawah, anda akan melihat 7 lagi sebab mengapa anda perlu beli emas sekarang juga.
"Emas akan mencapai tahap baru dalam harganya, mencecah sehingga $1,600 setiap ounce. Perak akan melonjak daripada harganya sekarang iaitu bawah $30 setiap ounce kepada $35. Dan minyak akan melepasi tahap kekangan, mencapai $100 setiap tong sekali lagi" - Richard Band Editor, Profitable Investing
Harga emas telah meningkat sebanyak EMPAT KALI GANDA semenjak tahun 2000, tapi ini hanyalah permulaan kepada peningkatan MELAMPAU emas. 7 KUASA BESAR akan menolak emas sehingga mencapai harga $1,900
Kita biasa mendengar inflasi meningkatkan harga emas. Apabila inflasi meningkat, pelabur akan terburu-buru membeli emas. Tapi di negara kita inflasi berada pada kadar 2.0% sejak Oktober 2010. Tetapi emas tetap meningkat.
Kenapa?
Sejak berada pada tahap terendah pada 2001, harga emas telah meningkat hampir 300% dan dua kali mendekati harga $1000. Apabila kerajaan mengumumkan mini bajet pada tahun 2009, ramai berpusu-pusu membeli emas. Mereka percaya emas boleh membantu mereka apabila harga-harga barang melambung naik kerana emas secara umumnya stabil harga dan hampir pasti meningkat.
Tapi itu hanyalah salah satu sebab kenapa harga emas meningkat. Harga emas meningkat mendadak adalah atas sebab-sebab lain.
Dengan China mengawal 97% daripada pasaran besi bumi (rare earth metals), permintaan akan melepasi penawaran tidak lama lagi. Syarikat perlombongan berlumba-lumba membuka lombong besi bumi.
- Early to Rise Investor's Edition… 7 sebab mengapa emas akan terus meningkat di masa depan…
Sebab Emas #1: Pengeluaran Emas Tahunan Berkurang
Pengeluaran emas telah menurun sebanyak 9.1% sejak tahun 2001.Memikirkan harga emas telah meningkat empat ganda semenjak itu, kenapa emas tidak lebih banyak dihasilkan? Jawapannya mudah. Sumber semakin kurang dan kualiti semakin menurun.
Dan apabila penemuan emas berlaku, ianya mengambil 7-10 tahun untuk mendapatkan lesen untuk menggali - menyebabkan kesukaran untuk meningkatkan pengeluaran emas secepat mungkin.
Seperti yang anda lihat di atas, kemuncak pengeluaran emas berlaku pada tahun 2001, dan kemudiannya menurun sedikit demi sedikit...
China dikatakan akan kehabisan emas pada tahun 2014 dan apabila itu berlaku... harga emas akan panik dan naik mendadak!
Sebab Emas #2: Emas Makin Susah Dicari!
Semakin sedikit penemuan emas dibuat setiap tahun. Dan penemuan yang dibuat biasanya di kawasan pendalaman dan dengan keadaan geopolitik yang kurang menarik. Memikirkan risiko untuk membuka apa-apa lombong emas adalah besar, syarikat perlombongan kurang berminat untuk melombong di kawasan yang merbahaya dari segi geografi dan politik.
Penting: Kos untuk mencari emas ialah $243 setiap oz... ini menyebabkan syarikat-syarikat perlombongan terpaksa fikir 6 kali kalau mereka mahu mencari emas. Jika mereka gagal mencari gali emas, duit tersebut akan hilang begitu sahaja tanpa mereka mendapat apa-apa!
Apabila emas makin susah dicari... emas yang ada sekarang semakin bernilai... dan sesiapa yang memegangnya sekarang... boleh mendapat untung yang amat besar selepas ini...
Sebab Emas #3: Permintaan Pelaburan Untuk Emas
Institusi pelaburan besar, seperti dana pencen (seperti KWSP) dan lain-lain membuat peruntukan yang besar untuk emas dan saham emas. Pelabur persendirian juga membeli emas, dengan beberapa dana memegang melebihi 1,000 tan emas. Dana-dana ini membantu pemilikan emas kepada orang ramai.
Pada 6 bulan pertama 2009, permintaan pelaburan untuk emas meningkat sebanyak 150% berbanding 6 bulan pertama 2008, menurut World Gold Council.
Dalam ayat World Gold Council sendiri...
Global gold consumption for 2010 will be higher than 2009 as a result of increasing levels of demand in India and China, and sustained global demand for gold investment, together with growth in jewellery and industrial demand.
Dengan kegagalan wang kertas untuk mengatasi masalah ekonomi, dunia pelaburan mula membuka mata dan melihat emas sebagai alternatif terbaik. Mereka mahukan emas --- dan mahukannya cepat!
Apabila lebih banyak negara semakin baik keadaan ekonominya... semakin banyak negara ingin melabur ke dalam emas!
Sebab Emas #4: Bank Pusat Sibuk Membeli Emas!
Central Bank Gold Agreement yang ditandatangani pada tahun 2001 baru sahaja diperbaharui untuk 5 tahun lagi, mengehadkan jumlah emas yang boleh dibeli oleh bank pusat Eropah - termasuk IMF - sebanyak 400 tan sahaja.
Ini bermakna walaupun kerajaan mahu menjual emas mereka, mereka tidak boleh! Ini menyebabkan penawaran emas semakin sedikit dalam pasaran.
Amerika Syarikat, pemegang emas terbesar dunia, pun sedang memegang emas mereka.
Beberapa kerajaan melakukan tindakan lebih drastik: contohnya, menteri kewangan Venezuala sekarang memerlukan 70% daripada emas yang dihasilkan dijual dalam negeri sahaja. Pada masa yang sama, Rusia, Ecuador, Mexico, dan Filipina sibuk membeli emas (mereka tidak mahu perkara buruk seperti krisis kewangan Asia 1998 berlaku kepada mereka!).
Dan China baru sahaja meningkatkan simpanan emasnya sebanyak 76%.
Ini mungkin signal terbaik untuk membeli emas sekarang juga...
Sebab Emas #5: Gesaan Untuk Mata Wang Berasaskan Emas
Pelabur di seluruh dunia mula hilang kepercayaan kepada kerajaan mereka kerana kegagalan dalam menguruskan krisis ekonomi dan kewangan dan menyeru penggunaan mata wang berasaskan emas - macam U.S dollar ada sebelum tahun 1970.
Zimbabwe pun, setahun lalu mengalami hyperinflasi sebanyak 231 juta peratus setahun, juga sedang menimbangkan untuk memperkenalkan Zimbabwe dollar, tapi kali ini dilindungi aset, termasuk emas. Untuk menjadikan objektif mereka kenyataan, negara tersebut perlu membeli emas cukup banyk untuk menyokong mata wang mereka --- meletakkan tekanan yang ekstrim kepada penawaran emas.
Malaysia yang sedang sibuk mahu menggunakan dinar emas sebagai mata wang alternatif. Dinar emas mampu mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Ini membolehkan masalah seperti krisis kewangan Asia 1997 untuk tidak berlaku lagi.
Dengan kata lain - emas bakal menjadi "wang baru" untuk kebanyakan negara --- terutama sekali negara-negara Islam.
Sebab Emas #6: Permintaan Emas Hangat Di Asia
Dengan 2.5 bilion orang di Asia, apa yang Asia buat akan memberi kesan kepada dunia. Termasuk pelaburan. Dari dahulu, orang Asia gemar mengumpul emas sebagai cara mengumpul harta. Ianya juga salah satu sebab mengapa harga emas meningkat. India sendiri merupakan konsumer emas terbesar dunia. Manakala sejak 50 tahun lepas, sehingga 2009, kerajaan China telah mengharamkan rakyatnya daripada memiliki emas.
Tapi sekarang... China sedang menggalakkan rakyatnya membeli perak...secara automatik menarik perhatian rakyat mereka kepada emas. Sekarang, pelabur China mempunyai akses kepada akaun dengan aset emas. Kesannya, permintaan emas di Tanah Besar China dijangka meningkat tiga kali ganda dalam masa beberapa tahun lagi.
Apakah kesan permintaan meningkat tiga kali ganda kepada harga emas?
Harga emas akan meningkat lagi.
Sebab Emas #7: Emas Di DalamSecular Bull Market
Harga emas sentiasa meningkat sejak tahun 2001. Ini merupakan signal bahawa kita berada dalam secular bull market untuk emas. Keadaan ini biasanya berlanjutan selama 17 tahun dan ianya akan diakhiri dengan mania stage di mana pelabur akan membuang konsep permintaan dan penawaran dan membeli emas gila-gila. Saya dan rakan-rakan saya telah melihat corak yang sama berulang dalam beratus tahun sejarah pelaburan apabila kita melihat harga mendadak naik dalam harga emas.
Pasaran emas amat kecil berbanding pasaran wang, bon dan pasaran stok, jadi apabila pelabur mula mengumpul emas, anda akan harga memecut ke atas, membuatkan teknologi "bubble" (pada tahun 1998-2000) dan housing "bubble" (2007-2010) nampak kecil berbanding "bubble" emas yang akan berlaku.
Jadi jika harga emas masih lagi belum meningkat mendadak, apa yang anda boleh buat ialah mendapatkan emas sebanyak mana yang anda boleh sekarang kerana harga selalunya akan meningkat setiap minggu. Pada tahun lepas, 2010, harga emas telah meningkat 20.9%. Manakala ASB hanya meningkat 7.5% sahaja. Ini menunjukkan emas memberi pulangan sekurang-kurangnya 4 kali ganda berbanding Amanah Saham Berhad.
Bilakah Keadaan Ekonomi Akan Kembali Buruk? Satu Jawapan: Tiada Siapa Tahu.
Apabila anda bertanya kepada 10 pakar ekonomi. Anda mendapat 10 jawapan berbeza. Mereka akan berbalah, mengeluarkan teori pelbagai tentang keadaan ekonomi. Tapi ada satu perkara yang pasti: tiada siapa tahu bila keadaan ekonomi akan buruk.
Duit Malaysia yang dikatakan kukuh mungkin diserang penyangak mata wang dan menyebabkannya jatuh kembali... walaupun ianya menggunakan "managed float" (dikenali sebagai dirty float sebagai pelabur). Ianya mungkin menyebabkan ramai orang berhenti melabur di Malaysia dan ekonomi semakin buruk.
Apabila ekonomi menjadi buruk, nilai wang makin rendah dan harga barang makin tinggi, anda boleh menjual emas yang telah anda pegang sebagai sumber kewangan apabila sumber kewangan anda sekarang tidak memberi kuasa membeli sebanyak yang anda perlukan.
Harga makanan di Kelantan sebagai contoh, ada yang sudah naik. Ada yang menyatakan ketiadaan barang sebagai alasan menaikkan harga. Dan ianya mungkin akan menjadi lebih buruk.
Sejarah Membuktikan Berkali-kali Bahawa Emas Pelaburan Terbaik...
Contohnya pada awal tahun 1988, harga emas pada 1 Januari adalah lebih kurang 480 dollar US. Tapi pada 1999, harga emas pada akhir tahun hanyalah lebih kurang 288 dollar US. Tapi kalau kita pergi kepada awal 2011, harga emas sudah mencecah 1375.90 untuk satu oz.
Harga emas pada 1 Januari hanyalah 480 dollar/oz. Jatuh kepada 425 dollar/oz pada 1 Disember.
Harga emas sehingga 1414.60 dollar/oz. Peningkatan 3 kali ganda berbanding harga 1988.
Emas akan turun dan naik tetapi ianya akan sentiasa bernilai untuk kegunaan manusia...
Ya... tiada pasaran yang bergerak dengan garis lurus. Tapi siapa yang fikir harga emas takkan melonjak lagi perlu minum kopi dahulu. Walaupun emas meningkat sebanyak 20.9% tahun lepas - itu hanyalah kecil berbanding peningkatan yang akan berlaku selepas ini. Dan ianya mungkin berlalu cepat sehingga semua yang ingat emas akan jatuh merudum - tertinggal di belakang (dan anda tersenyum hingga ke bank!).
2011 ialah masa terbaik untuk membeli emas. Percaya atau tidak, lebih banyak orang melepaskan emas sekarang, lebih baik anda beli sekarang kerana mereka ingat masa menyimpan emas sudah berakhir.
Tapi, seperti yang anda tahu... itu bukan masalahnya!
Beli Emas Sekarang, Sebelum Harga Terlalu Mahal Untuk Anda Dapatkannya...
Apabila saya melihat ramai orang mula menjual emas yang telah mereka beli, saya berasa gembira. Ini menunjukkan ramai orang ingat harga emas akan turun dan menjual emas yang mereka ada. Mereka tidak mengetahui 7 perkara yang telah saya sebutkan sebelum ini kepada anda.
Lebih ramai orang menjual, lebih rendahlah harganya... walaupun keperluan emas semakin meningkat setiap hari.Mereka tidak tahu apa yang anda tahu mengenai emas.
Jika anda membeli sekarang, anda akan melihat harga akan naik dan turun. Anda tidak perlu takut dengan peningkatan dan penurunan tersebut. Anda hanya perlu beli emas sedikit demi sedikit, semampu yang anda boleh. Jika anda perlukan wang kertas, anda boleh sahaja mengadai emas tersebut ketika harga rendah atau menjual emas tersebut ketika harga tinggi, semua bank dan kedai emas akan menerima emas anda tanpa banyak soal !! memang hebat produk bernama EMAS ni !! Simpan dapat untung, jual pun dapat untung !!
Dengan ini, anda boleh melindungi aset anda daripada semua benda yang menyebabkan wang ringgit jatuh. Seperti yang saya katakan, emas ialah anti-inflasi jadi nilai emas tidak akan turun.
Perhatikan CARTA HARGA EMAS DUNIA di atas,harganya sentiasa naik dan terus naik, Beli sekarang sebelum harganya terus mahal..dan semakin mahal.. PERCAYALAH, HARGA EMAS HARI INI LEBIH MURAH DARI HARGA EMAS TAHUN DEPAN..
Ingat: selamatkan harta anda daripada krisis-krisis ekonomi yang akan berlaku... kerana tidak ada sesiapa tahu bila ianya akan datang...
Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) [untuk digunakan]
(Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.)
Manfaat Anda Dapat Jika Beli Emas Fizikal
Petikan daripada: Mohamad Rosaidi Tarikh: Januari 22, 2012
Azrie Irzary
SL0025 GSR
Negara PALING KAYA DI DUNIA
Korang tahu tak negara mana paling kaya kat dunia ni? US? Arab? Meh baca senarai 10 negara paling kaya pada tahun 2011 ni. Negara kaya tak guna jugak kalau rakyat sendiri hidup susah merempat di tepi jalan dan takde pekerjaan. :) Agaknya la kan bila Malaysia akan masuk dalam senarai ni?
10. Austria
Austria adalah negara pada kedudukan kesepuluh dalam senarai negara terkaya, dengan KDNK per kapita mencapai US $ 39,711. Negara di mana gula-gula dengan tanda dagangan PEZ ini ditemui, mempunyai populasi sebanyak 8.41 juta, dengan sebahagian besar berbahasa Jerman. Antara industri utama Austria adalah pembinaan, makanan, dan logam.
9. Ireland
Ireland berada di kedudukan kesembilan, dengan KDNK per kapita mencapai US $ 39.999. Negara dengan jumlah penduduk sebanyak 4.58 juta orang ini menggantungkan ekonominya pada industri utama logam, makanan, dan tekstil.
8. Belanda
Dengan KDNK per kapita mencapai US $ 42.447, Belanda menduduki kedudukan kelapan, Runner up Piala Dunia 2010 ini dikenali untuk kadar pengangguran yang rendah, dengan populasi mencapai 16.68 juta. Antara industri utamanya merangkumi pertanian, logam, dan produk kejuruteraan.
7. Switzerland
Walaupun dunia mengenal Switzerland dari penemuan berupa pisau Swiss Army dan coklatnya lazat, Switzerland sebenarnya adalah negara yang bagus bagi pelabur.Mereka mendakwa KDNK per kapita mencapai US $ 46.424 dengan jumlah penduduk 7.86 juta orang. Ekonomi Switzerland berdasarkan industri pelancongan, mesin, dan bahan kimia.
6. Amerika Syarikat
Amerika Syarikat menduduki tangga keenam negara terkaya dengan KDNK per kapita US $ 47.084. Tanah kebebasan ini merupakan salah satu negara terpadat di dunia, dengan penduduk lebih dari 310 juta penduduk. Industri utamanya termasuk minyak bumi, baja, dan kenderaan bermotor.
5. Singapura
Satu-satunya negara di benua Asia Tenggara yang berjaya masuk senarai ini adalah Singapura, dengan KDNK per kapita mencapai US $ 56.797. Singapura adalah sebuah negara dengan 63 pulau dan rumah bagi 5,07 juta penduduk. Adapun industri utamanya merangkumi elektronik, kimia, dan perkhidmatan kewangan.
4. Norway
Sedangkan di kedudukan keempat negara terkaya adalah Norway, dengan KDNK per kapita mencapai US $ 56.920. Kerajaan Norway adalah salah satu daripada beberapa negara dunia yang masih diperintah seorang raja. Negara dengan populasi mencapai 4,97 juta orang ini wilayah strategik ekonomi ini, mempunyai minyak dan gas asli, dan pemprosesan yang bagus.
3. Emiriah Arab
Emiriah Arab dengan KDNK per kapita sebanyak US $ 57.774 menjadi negara terkaya ketiga dunia. Negara yang mempunyai Dubai Mall, pusat membeli-belah terbesar di dunia ini, terdiri dari tujuh amiriah dan dikawal oleh presiden. Emiriah Arab juga rumah bagi 8.260.000 orang dan mengkhususkan diri dalam minyak bumi, petrokimia, aluminium, dan semen.
2. Luxembourg
Di posisi kedua adalah Luxembourg, dengan KDNK per kapita US $ 89.562. Walaupun merupakan negara Eropah yang kecil, bahkan lebih kecil dari Rhode Island, Luxembourg mempunyai bahasa sendiri iaitu Luxembourgish. Selain menggunakan dua bahasa lain yakni Perancis dan Jerman. Penduduk di sini tidak banyak, hanya 0,51 juta orang. Sedangkan industri terbesar adalah perbankan, perkhidmatan kewangan, besi dan baja.
1.Qatar
Negara yang menduduki peringkat pertama terkaya berdasarkan GDP adalah Qatar, dengan KDNK mencapai US $ 91.379 per kapita. Negara penganjur Piala Dunia pada 2022 mendatang ini mempunyai populasi sebanyak 1,69 juta penduduk. Seperti banyak negara-negara Timur Tengah, pengeluaran minyak mentah dan penyulingan memainkan peranan besar bagi pendapatan negara ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)