MukaSurat

Wednesday, March 07, 2012

Mengapa KENA SIMPAN EMAS???

Dah nak tido... Tengah layan2 entry dalam satu blog ni, aku tertarik nak pinjam artikel ni masuk ke artikel aku... So sharing is caring right? Aku cedok dr sini: http://farizkamis.ws/emas/5-sebab-mengapa-kita-perlu-menyimpan-emas untuk tatapan rakan2 facebook dan blog aku.... Selamat membaca! Kita yakin dengan apa yang kita buat! jangan fikir apa yang orang lain... Itu nukilan bakal ex-majikan aku... Emas Perak.. lambang keberkatan Ekonomi Keluarga



1. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan! Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 25% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung? Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 satu gram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM160 satu gram!!

2. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang.

Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup.. Tetapi dengan emas, jika pada tahun 2000 nilai seekor kambing ialah 1 dinar, maka pada hari ini, dengan 1 dinar, anda boleh membeli seekor kambing yang sama jenisnya.

3. Aset yang mudah untuk dicairkan.

Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain jika berlakunya peperangan? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

4. Ia tidak boleh dimanipulasikan.

Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.
Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

5. Emas ialah kekayaan yang sebenar.

Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan
kekayaan yang terunggul.

Sebagai kesimpulan, emas adalah logam yang sangat istimewa. Ianya bukan sekadar sifat fizikal, tetapi peranan dan pengaruhnya kepada manusia adalah sangat besar kerana ianya adalah

Emas adalah lambang kekayaan
Emas adalah lambang kecantikan
Emas adalah lambang kekuasaan

Hubungi aku untuk FAKTA LEBIH MEYAKINKAN! 013-3708031 IRZARY

Sunday, March 04, 2012

Labur emas mengikut syariah

Sebelum tidur hari ni, saya terfikir nak cari satu sumber berkaitan Simapanan dan pelaburan Emas Perak di dalam akhbar. Alhamdulillah saya jumpa dan saya baca... menarik dan terkini. Sumber dr: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm. Dari Utusan. Semoga dapat dijadikan panduan berguna...

---------------------------------


EMAS pada sepanjang zaman dianggap sebagai simbol kekayaan, kemasyhuran dan kecantikan. Dalam sejarah ekonomi Islam, emas merupakan mata wang dan aset simpanan yang baik.

Teks al-Quran dan hadis banyak menjelaskan kepentingan emas dalam kehidupan manusia. Emas dirujuk sebagai mata wang dinar dalam firman-Nya: Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya. (ali-'Imran: 75)

Selain digambarkan sebagai harta kekayaan dalam surah ali-'Imran: 14 dan 91, al-Nisa': 20, al-Taubah: 34, al-Zukhruf:33-35, al-Quran juga mendedahkan emas akan kekal sebagai barang berharga sehingga hari akhirat seperti dalam surah al-Israk: 93, al-Kahfi: 31, al-Hajj: 23, al-Faathir:33, al-Zukhruf: 53, al-Zukhruf: 71 dan al-Insan: 21.

Selain dijadikan barang kemas, emas juga menyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak hilang nilainya. Malah, nilainya sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Ini dibuktikan dengan kenaikan harga emas daripada RM1,740.65/per aun kepada RM5,890.93/per aun, iaitu kenaikan sebanyak 238 peratus harga emas dalam tempoh lima tahun (2006 hingga 2011) atau secara purata kenaikan setahun adalah 48 peratus.

Kebenaran emas sebagai penyimpan nilai yang stabil boleh disaksikan melalui nilainya yang hampir sama sejak zaman Rasulullah SAW hingga sekarang.

Dalam sebuah hadis daripada Syahib bin Garqadah berkata: Saya mendengar penduduk bercerita tentang 'Urwah, bahawa Nabi SAW memberikan wang satu dinar kepadanya agar dibeli seekor kambing untuk beliau, lalu dengan wang satu dinar tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga satu dinar. Ia pulang membawa satu dinar dan satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya 'Urwah membeli tanah pun, ia pasti beruntung. (riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menjelaskan harga seekor kambing pada zaman Rasulullah SAW lebih kurang satu dinar. Agak menarik, kestabilan harga emas terbukti dengan harga seekor kambing pada zaman kini juga lebih kurang RM750 atau satu dinar (bersamaan nilaian 4.25 gram emas).

Namun, akibat pelbagai hambatan ekonomi dunia fungsi dinar emas kini telah berubah kepada suatu komoditi yang diniagakan.

Perubahan landskap ekonomi dunia juga menimbulkan keghairahan di kalangan umat Islam di negara kita untuk melakukan urus niaga terhadap emas dalam bentuk pelaburan sama ada bentuk fizikal seperti siling, jongkong, barang kemas atau dalam bentuk akaun pelaburan emas.

Situasi ini menyebabkan kadang-kadang menyebabkan masyarakat yang lupa batas-batas syariah berkaitan urus niaga emas, terutama terjebak dengan amalan riba yang haram dan dikutuk dalam Islam, tidak memenuhi syarat kontrak dan sebagainya.

Mengikut muamalat Islam, urusniaga jual beli emas adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf, iaitu jual beli mata wang. Maksudnya, kita membeli atau menjual emas dengan menggunakan mata wang seperti ringgit atau dolar.

Secara umum, urus niaga emas hendaklah memenuhi syarat utama kontrak al-Sarf yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam riwayat oleh 'Ubadah bin al-Samit: Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika berlainan jenis, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad).

Hadis ini menjelaskan syarat transaksi emas dengan mata wang iaitu:
Serahan (qabd) barangan emas dan harga berlaku antara penjual dan pembeli (atau wakilnya) dalam majlis akad sebelum berpisah. Serahan emas oleh penjual boleh berlaku dalam bentuk hakiki (serahan fizikal emas) atau secara hukmi (penguasaan dan kemampuan mengendali/tasarruf ke atas emas oleh pembeli).

1. Serahan harga oleh pembeli pula boleh berlaku melalui pembayaran tunai, cek, kad debit atau kad kredit. Serahan ini mestilah berlaku dalam satu majlis akad antara penjual dan pembeli (atau wakil) sama ada melalui pertemuan fizikal, khidmat pesanan ringkas (SMS), telefon atau emel.

2. Serahan barangan emas dan harga hendaklah berlaku secara on the spot tanpa ada sebarang tempoh penangguhan masa. Justeru, pembelian emas secara bayaran ansuran atau hutang tidak dibenarkan syarak.
Walaupun begitu, kontrak jual beli emas yang melibatkan pembayaran cek atau pemindahan wang yang memerlukan tempoh matang seperti tiga hari bekerja dianggap masih belum berlaku akad tersebut hinggalah penjual mendapat bayarannya.

Apabila mendapat bayaran, kontrak akan berlaku dan penjual hendaklah menyerahkan emas kepada pembeli serta merta.

Suatu perkara yang penting dalam jual beli emas adalah berkaitan lock price (kunci harga), iaitu pembeli meletakkan perjanjian (wa'd) untuk membeli atau menjual pada harga tertentu.

Maksudnya, walaupun harga emas naik atau turun, pembeli dapat membelinya dengan harga yang telah dikunci tersebut.

Berhubung dengan perkara ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah memberikan panduan seperti berikut:

Wa'd boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa'd dari sebelah pihak dan bukannya muwa'adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa'd dalam konteks ini adalah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu.

Perjanjian pembelian ini dinamakan 'kunci harga'. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

Selain itu, terdapat beberapa syarat-syarat lain terutama tentang fizikal emas dan harga yang mesti diambil berat oleh pelabur-pelabur emas, antaranya :

a) Emas hendaklah wujud, dimiliki penuh oleh penjual dan boleh diserahkan kepada pembeli sekurang-kurangnya dalam tempoh uruf (kebiasaan);

b) Emas hendaklah diketahui sifat fizikal, timbangan berat dan ketulenannya sama ada melihat sendiri fizikalnya atau melalui contoh pesanan.

c) Nilai harga emas hendaklah diketahui dan dipersetujui oleh penjual dan pembeli.

d) Kontrak jual beli hendaklah dilakukan atas dasar persetujuan dan keredaan, tanpa wujudnya sebarang paksaan, tipu helah atau sebarang penyembunyian keaiban.

Akhirnya, perlu diingatkan bahawa umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan.

Jika terlibat dalam pelaburan emas yang menjanjikan bahagian sementara. Seharusnya kita tidak terjebak dengan amalan yang dilarang syarak seperti riba, perjudian, spekulasi, penipuan dan sebagainya.

Wallahualam.

Azrie
013-3708031
SL0025
www.gsr2u.com.my/irzary

EMAS vs RM vs USD – TURUN DAN NAIK

Artikel ni baru sekejap tadi saya membacanya. Ada suntikan ilmu, info dan mesej yang baik disampaikan oleh owner site; Sumber dr Saudara Pemborong Emas: http://pemborongemas.com/kaitan-kenaikan-emas-vs-rm-vs-usd-turun-dan-naik

Jadi saya copy dan paste ilmu dan info ini untuk rujukan dan menjadi bahan seminar... Ilmu emas xkan kurang... Ingat? 3 Negara telah sepakat nak pakai nilai matawang mereka dengan emas... Kalau jatuh duit US Dollar, goncang juga Ekonomi RM Malaysia...

Membahasakan dirinya cikgu, kita baca dan ambil ilmu yang beliau ada dr pengalamannya.

----------------------------

Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa kekuatan dan kelemahan US Dollar memberi kesan langsung kepada harga emas DUNIA. Kerana semua transaksi perdagangan adalah bersandarkan US Dollar.US Dollar NAIK = Harga Emas TURUN
US Dollar TURUN = Harga Emas NAIK

Harga emas dunia dikira di dalam US Dollar. Jadi pergerakan harga emas di dalam RM boleh dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:

1. Harga emas di dalam USD
2. Kadar pertukaran di antara USD kepada Ringgit Malaysia.

Perkara ini dapat kita lihat pada tahun 2010, iaitu berlaku kenaikan RM berbanding USD bermula dari 1USD = RM3.80, hinggalah pada akhir bulan Ogos 2011, USD = RM 3.05. Situasi ini telah menyebabkan kenaikan harga emas dalam RM pada tahun 2010 adalah rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Di dalam tahun 2010 harga emas semakin meningkat di dalam USD. Namun sepanjang tahun 2010, USD adalah semakin lemah berbanding Ringgit Malaysia. Inilah penyebab kenapa harga emas naik tak begitu banyak di dalam RM. Adakah situasi ini boleh dikatakan sebagai RM sekarang sedang mengukuh????

Bagaimana dapat kita pastikan perkara ini?

Satu cara yang paling mudah untuk mengetahui kedudukan RM ialah dengan membandingkan nilai tukaran RM terhadap nilai matawang jiran kita SGD (Singapore Dollar). Ternyata sebenarnya, RM tidaklah mengukuh dengan banyak tetapi USD yang telah tersungkur. Jadi, berhati-hati dalam menilai sesuatu perkara, RM mungkin mengukuh secara relatif kepada USD tetapi bagaimana pula dengan SGD.

Pada akhir bulan September 2011 ini harga emas jatuh dengan teruknya so ramai pelabur dah mula panik dengan harga emas yang mereka beli sebelum ini mahal. Dah tentu yang kata, “RUGINYA AKU!!!!!!”… “NYESALNYE AKU!!!!… “BAIK LABUR DALAM ASB!!!!… Senang je nak jawab.. Orang yang xde ilmu memang akan ckp macamtu sebab dieorang tak membaca untuk cari ilmu & taknak cari punca kenapa perkara ini berlaku..Relax la bang, belum cukup setahun bang.. InsyaAllah emas akan mengekalkan trend ROI 30%-45%.. tak caya?? tgk ni, graf dan analysis tak pernah tipu.. http://www.goldprice.org
Nak tau kenapa?? Baiklah dengar & fikir2kan…Baru2 ini, Kerajaan US Pimpinan ‘Barrack Obama’ telah menyuntik USD477billion utk mengukuhkan ekonomi US dan menjanjikan pekerjaan kepada penganggur2nya. Sebenarnye US nak berhutang lagi. So, berlakulah cetakan wang kertas (FIAT MONEY) dgn banyaknya. Xbagus ke wang kertas banyak?? Bab wang kertas pun cikgu dah cerita pada artikel yang lepas, so rajin2 le jenguk2 ye.. Wang kertas sekarang tidak bersandarkan apa2 hanya sekeping kertas yang diperakui nilainya oleh pemerintah. Tak seperti wang kertas dulu yang bersandarkan emas & perak.

Bile wang US dah banyak, kuasa membeli mereka pun bertambah so tu yang RM jatuh dan EMAS juga jatuh kerana kertas US Dollar banyak. Secara tak langsung harga barang pun akan naik dan seterusnya wang US Dollar kembali susut kerana berlakunya Inflasi. Mase ni, nilai EMAS akan naik dengan cepat ke paras yang tinggi sehinggalah………………..  tunggu jela, insyaAllah (seperti yg dijanjikan oleh Allah & RasulNya).. Pakar ekonomi dunia meramalkan akan berlaku sesuatu pada tahun 2012 yang boleh mengancam kestabilan ekonomi dunia khususnya US. US akan down disebabkan hutang mereka yg bertrillion-trillion + USD477billion tadi..

Mereka juga meramalkan akan muncul satu kuasa matawang baru iaitu ‘YUAN CHINA’ kerana matawang ‘YUAN’ ini bersandarkan dengan EMAS. (Berita Utusan, BHarian bulan September 2011) So, sedar tak sedar betullah ape yg dikatakan oleh Rasulullah “TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE NEGERI CHINA”.. Sesungguhnya kata-kata Rasulullah ini sangat2 benar. Pernah kita terpikir kenapa Rasulullah pilih CHINA dan tidak ARAB atau US. Seperti gak sabda Rasullulah tentang perlunya kita menyimpan EMAS dan PERAK. So, taknak ke follow Rasulullah SAW dan beruntunglah orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya.

Pernah tengok filem “2012″.. Cerita Hollywood yang meramalkan tahun 2012 akan berlakunya kiamat @ bencana yg sangat dahsyat. Sebenarnye mereka dah tahu bahawa bencana besar akan berlaku tapi bukannya kiamat atau musibah alam tetapi bencana ekonomi yang sangat dahsyat. Ini bukan cikgu yang kate ar, cikgu baca dari artikel PAKAR-PAKAR EKONOMI DUNIA. Anda semue pun reti bacakan. Taip je kat Google..

Sebagaimana kita mengatakan, ‘harga emas tak berubah, cuma nilai matawang yang jatuh’ mungkin itu juga yang berlaku kepada USD, ‘harga RM tak berubah, cuma nilai USD yang jatuh’.

Secara mudahnya, cuba bayangkan seandainya, kadar tukaran USD ke RM kembali ke nilai asal, nilai emas akan meningkat sebanyak 23% secara automatik. Faktor ini jugalah yang menyebabkan cikgu terus membeli emas, meskipun ramai yang berkata ianya mahal atau terlalu murah. Tambahan lagi, emas tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Manakala, duit kertas senang dimanipulasi, nilainya sentiasa berubah, kejap naik, kejap turun, turun tidak naik2 pun ada, kadang-kadang tiada nilai contoh duit Zimbabwe. Ini terbukti dari zaman dahulu lagi, emas sentiasa diminati, diguna pakai, penentu kekayaan dan lain-lain lagi. Oleh itu, kalau kita ada duit lebih tu, mari kita tukarkan kepada emas.

INFO

HARGA EMAS TAHUN 2001 – 1 GRAM = SEKITAR RM46
HARGA EMAS TAHUN 2011 – 1 GRAM = SEKITAR RM190
SETELAH 2 KALI GELOMBANG
KEGAWATAN & KEMELESETAN EKONOMI DUNIA BERLAKU
( 1998 & 2008 )
TAPI HARGA EMAS TETAP MELONJAK……….

Azrie 013-3708031
SL0025
www.gsr2u.com.my/irzary