MukaSurat

Tuesday, May 15, 2012

Kumpulan EMAS Simpanan Pekerja (KESP) ???





Menarik bukan tajuk di atas?? Lebih menarik lagi jika ia berjaya direalisasikan menjadi kenyataan.





"Kajian menunjukkan bahawa simpanan WANG dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikumpul bertahun-tahun hanya mampu bertahan tiga tahun sahaja."


Sedarkah anda bahawa simpanan KWSP untuk anda ketika bersara nanti hanya mampu untuk menampung hidup selama 2 atau 3 tahun sahaja. Beberapa tahun yang lalu heboh diperkatakan di dada2 akhbar bahawa wang simpanan KWSP sebanyak RM 1 juta dapat menjamin pesara untuk bersara dengan selamat dan selesa. Persoalannya mampukah simpanan KWSP RM 1 juta dalam bentuk fiat money mencapai nilai yang selamat sedangkan INFLASI makin rakus meratah nilai wang kita hari demi hari...


Oleh itu perancangan kewangan amat penting. Pakar kewangan menyatakan, untuk hidup selesa selepas pencen, anda memerlukan simpanan sekurang-kurangnya sebanyak RM 5 juta Cuba conggak wang simpanan anda, adakah anda telah menyimpan separuh daripada jumlah ini? Harus diingat INFLASI merupakan musuh utama kepada semua pelabur. Kadar INFLASI di Malaysia ketika ini adalah sekitar 8% atau mungkin juga lebih. Jika kita menconggak mengikut peraturan 72 oleh pakar-pakar ekonomi, jika dibahagikan jumlah ini, ia bermakna untuk 9 tahun akan datang, nilai RM 5 juta ini akan mempunyai kuasa belian hanya sebanyak RM250,000.00 sahaja! Ini bermakna kita sebagai penyimpan dan pelabur perlu mengandakan lagi jumlah wang simpanan kita!
Justeru apakah aset bernilai yang selamat untuk dijadikan simpanan bagi menangkis serangan INFLASI??? Ya jawapannya ialah simpanan dalam bentuk EMAS. Sekiranya simpanan emas ini dilakukan sudah pasti masalah miskin selepas pencen tidak akan berlaku. Anda boleh bersara dengan perasaan yang tenang, selamat dan selesa dengan adanya simpanan emas. Ini kerana harga emas semakin meningkat dan berkembang dengan sendirinya tanpa dimamah INFLASI. Nilainya akan beranak pinak (compounding) dengan sendirinya tanpa perlu anda bersusah payah untuk menambah simpanan seperti wang kertas.

Dahulu saya pernah terdengar ada ura-ura dan cadangan menyarankan bahawa KWSP perlu melakukan simpanan dalam bentuk emas kepada pekerja-pekerja yang mencarum dengannya. Saya beranggapan langkah tersebut dilihat amat wajar untuk dipraktikkan kerana di Negara China sendiri, kerajaannya telah menggalakkan rakyatnya untuk menyimpan 5 % dari simpanan mereka dalam bentuk emas.
       
Manakala di Jepun pula, mereka mempunyai satu sistem dimana para pelabur di Negara matahari terbit itu boleh menyimpan dan mengumpul emas secara bersistematik dari masa ke semasa. Sistem yang dimaksudkan ialah“Gold Accumulation Plan” atau singkatannya GAP. Menarik bukan?? Anda bayangkan alangkah bertuahnya kita sekiranya KWSP melakukan dan meniru sistem yang serupa seperti di Jepun.

Bukankah dahulu kita sering dicanang dengan Dasar Pandang ke Timur?? Jika kita boleh mempelajari teknologi Jepun mengapa tidak kita juga mempelajari dan mengimplementasikan sistem GAP tersebut di Malaysia.

Untuk mengharapkan sistem tersebut menjadi kenyataan di Malaysia mungkin akan mengambil masa yang lama. Jadi apa kata jika kita mula menyimpan duit hasil penat lelah dan titik peluh kita dalam bentuk emas. Ini kerana emas bukan suatu barang atau produk yang susut nilai, sebaliknya nilainya sering meningkat dari masa ke semasa. 

Anda bayangkan sendiri, jika anda mempunyai RM sejuta dalam bentuk simpanan wang kertas sekarang, 10 tahun kemudian nilainya tidak mungkin sama dengan sekarang. Tetapi sekiranya anda menyimpan RM sejuta dalam bentuk EMAS sekarang, 10 tahun kemudian nilainya pasti akan berganda-ganda melebihi nilai RM sejuta yang anda ada sekarang.
        
Jadi tunggu apa lagi?? Bertindaklah sekarang. Tindakan anda hari ini menentukan masa depan anda semua. Simpanlah dalam bentuk emas kerana...

SIMPANAN EMAS MENJAMIN MASA DEPAN HIDUP ANDA

Wang Kertas: Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia




Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.

“Apa itu wang kertas?” wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.

Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.

Duit emas yang digunakan 560 sebelum masihi di Turki

Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.

Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffindalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll, Amerika Syarikat pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat. Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.

The Creature From Jekyll Island

Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atauFractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.

Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dinia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.

Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.

Krisis yang sengaja dicipta untuk memberikan kekayaan kepada bank

Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.

Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.

Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas.

Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan olehSpecial Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.

Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :

الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ
فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً

“Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.” 
[surah an-Nisa’, ayat 76]

Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).

Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata. Itu sahaja. Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.








Zimbabwe menjadi bukti kerapuhan wang fiat

Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan, mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.

Duit dibakar di Jerman kerana sudah tidak bernilai

Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.

Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.

Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.

Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.

Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.

Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Sumber : Milenia Muslim

Sunday, May 13, 2012

BELILAH EMAS PERHIASAN

Tentu tuan2 dan puan2 dah tahu pasal Emas, Perak dan Perbezaan keduanya melalui N3-N3 saya sebelum ini. Ada yg call saya direct, bertanya lebih lanjut, ada yg email, ada yg PM malah ada yg add friend dan terus join Dealer... hebatnya penangan Emas ni.. Bukan saya yer.. Emas... Koi Orang Kampung jer...

Ok.. Kita kembali pada Emas... Sekarang ni mari kita kenal secara lebih langsung, Emas Perhiasan atau Barang Kemas dan di akhir N3 secara perbandingan dengan Emas Pelaburan seperti Emas Jongkong, Bentuk Bar, Bentuk Coin dan sebagainya...

Mari kita semak, kekuatan, kelebihan, kekurangan dan mungkin masa depan Emas Perhiasan...

Emas Perhiasan dikatakan adalah lebih baik dan menjadi pilihan sebagai simpanan dan aset nilai masa hadapan yang digemari oleh kita. Emas perhiasan ini bagus untuk dijadikan medium menyimpan lebihan aliran tunai (wang kertas) kepada bentuk emas perhiasan. Tapi ingat, bukan bermakna semua tunai ditukarkan kepada emas perhiasan tapi hanya 1/2, 1/3 atau 1/4 sahaja daripadanya. Selebihnya masih disimpan dalam bentuk tunai kerana segala urusan jual beli di Malaysia masih menggunakan wang fiat.

Kalau beli hari ini emas perhiasan dan esok dah nak jual memanglah harga akan susut banyak antara 20%-30%. Kita beli emas perhiasan bukannya nak jual terus, tapi kita beli untuk pakai dan simpan jangka masa yang panjang dan mungkin akan dijual atau gadai bila masa ia amat diperlukan sahaja. Contohnya long term, insyaAllah nak beli rumah bila berkemampuan dalam masa 10 tahun lagi. Mungkin segala emas perhiasan yang simpan sikit demi sedikit ini akan berguna masa akan datang untuk bayar deposit beli rumah. Insya Allah..

Bukan semua barang kemas pakai sekaligus, pakai bergilir-gilir dan cincin pakai hari raya je. Jika bimbang akan keselamatan emas perhiasan, kita boleh simpan di peti simpanan bank. Golongan wanita diluar sana bolehlah menyimpan duit sikit demi sedikit untuk membeli emas perhiasan bagi menjamin masa depan kita juga.

Kita jangan hadkan minda kita dengan “Eh minat ke pakai barang kemas ni? “Bahayalah pakai barang kemas ni nanti kena rompak“. Jangan jadikan minda stereotaip konon barang kemas ini bahaya nanti dicuri atau sebab tidak minat tidak mahu simpan... Fikir apa simpanan yang kita perlu ada untuk masa depan diri dan juga keluarga kita. Mungkin sekarang kita masih OK tapi 5 tahun akan datang boleh ke kita jangkakan apa yang terjadi?? Kalau takde apa-apa yang berlaku emas perhiasan tue boleh dijadikan harta warisan kepada anak cucu dan seterusnya. 

Emas perhiasan mudah dipajak dimana-mana berbanding jongkong emas yang hanya boleh digadai di pajak gadai yang terpilih sahaja. Zakat untuk emas jongkong/ dinar emas akan dikenakan jika melebihi 85 gram manakala emas perhiasan yang dipakai dikenakan jika melebihi 850 gram (untuk maklumat lanjut mengenai zakatHukum Zakat Emas dari Perspektif Islam). So, lagi better emas perhiasan untuk simpanan masa depan.

Antara kelebihan emas perhiasan ialah boleh dipakai sendiri bagi perempuan, bagi lelaki boleh bagi kat isteri atau anak pakai. Permintaan yang tinggi juga memudahkan emas perhiasan dijual di pasaran mahupun kepada perseorangan. Emas perhiasan mudah untuk dipajak gadai di sistem pajak gadai Islam Ar-Rahnu tanpa memerlukan sebarang sijil pengesahan ketulenan berbanding dengan jongkong emas.

Kalau beli jongkong emas hanya kita akan simpan tanpa dapat memakai atau buat apa-apa. Zakat perlu dibayar dan biasanya bila harga emas naik sedikit sahaja terus excited nak jual. So, keuntungan yang diperolehi tidaklah seberapa. Berbanding dengan emas perhiasan yang dipakai, selagi takde sebarang keperluan akan terus dipakai tanpa perlu dijual. Contoh, gelang tangan emas yang dibeli beberapa tahun yang lepas dengan harga RM 500 termasuk upah, sekarang nilainya dianggarkan bernilai RM 2,000 selepas harga susut nilai 30%.

Harga emas yang sudah dipakai akan susut nilainya bergantung kepada mutu emas, kuantiti dan bentuk fizikal emas perhiasan tersebut. Lebih baik beli emas 999 kerana peratus susut nilai emas 916 lebih tinggi iaitu 20%-30% daripada nilaian harga terkini berbanding emas 999. Tapi emas 999 sangat tulen dan lembut so tak banyak pilihan bentuk emas perhiasan yang dapat ditempa/ bentuk. 

Pelaburan Emas melalui Emas Perhiasan?
Pelaburan emas melalui barang kemas. “Adakah barang kemas pelaburan emas yang menguntungkan?” “Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas sebagai untuk tujuan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding membeli jongkong emas, syiling emas dan juga dinar emas”. Sebab utamanya ialah susut nilai barang kemas adalah tinggi (dalam 15-30%). Maksudnya boleh je nak melabur dengan emas perhiasan atau barang kemas kalau pandai dan kena caranya tapi jangka masa lebih panjang untuk untung berbanding jongkong emas. Oleh sebab itu, Emas Perhiasan ini lebih sesuai untuk jadi simpanan jangka masa panjang berbanding sebagai pelaburan emas.

N3 ini saya lebihkan kepada KENAPA EMAS PERHIASAN... nanti saya akn kupas pula KENAPA EMAS PELABURAN seperti yang dinyatakan sebelum ini. Sebelum saya close N3 ni jom sebagai perbandingan kita lihat perbezaan Emas Perhiasan dan Emas Pelaburan. ianya sebagai perbandingan sahaja dan seperti yang saya tekankan sebelum ini.. SAMA ADA EMAS PERHIASAN ATAU EMAS PELABURAN, IA TETAP EMAS DAN EMAS SEMEMANGNYA SATU SIMPANAN BIJAK DAN PENJAGA ASET KITA MASA HADAPAN...
Perbandingan Emas Perhiasan Dan Emas Pelaburan


Emas Perhiasan
Emas Pelaburan
Kepelbagaian rekabentuk yang menarik.
Rekabentuk yang terhad iaitu bentuk duit syiling atau jongkong.
Cantik dan mudah dibawa ke mana-mana. Sesuai digayakan sebagai perhiasan. Kita lebih cenderung untuk menyimpan sesuatu yang kita gunakan, berbanding sesuatu yang tidak digunakan.
Hanya sesuai untuk pelaburan semata-mata.
Kadar upah dikenakan mengikut rekabentuk. Lagi canggih/ complicated rekabentuk lagi tinggi kadar upah.
Tiada upah dikenakan, hanya berdasarkan berat emas.
Mudah dijual semula dan dipajak di mana-mana pajak gadai atau bank Ar-Rahnu.
Mudah dipajak di pajak gadai konvensional. tapi hanya Ar Rahnu terpilih sahaja menerima pajakan emas jongkong.
Kepelbagaian kualiti dan harga, modal bergantung kepada kemampuan kewangan individu.
Terdapat kepelbagaian saiz, bergantung kepada kemampuan kewangan individu. Saiz paling kecil ialah dinar emas.

Ketulenan emas berbeza bergantung pada rekabentuk. Sekiranya jenis ‘kosong’ mutu emas biasanya tidak dapat dinilai dengan tepat.
Ketulenan emas jongkong dapat dinilai dengan tepat kerana berat yang tepat dan jitu.
Contoh di Terengganu, zakat emas perhiasan yang dipakai tidak perlu dibayar kecuali jika cukup haul, iaitu apabila melebihi 850g.
Contoh di Terengganu, zakat emas yang disimpan perlu dibayar apabila cukup haul, melebihi 85g.
Fikiran kebanyakan penyimpan emas perhiasan, biasanya emas perhiasan lebih dihargai dan disimpan lebih lama kerana mempunyai sentimental value. Secara tidak langsung emas tersebut menjadi pelindung kekayaan dan akhirnya mendapat pulangan yang berlipat kali ganda.
Fikiran kebanyakan pelabur emas, biasanya emas jongkong dijual semula apabila harga telah mencapai target keuntungan, sekaligus tidak memaksimumkan pulangan. Dalam masa yang sama setelah emas tersebut dijual,  harga belian semula sudah lebih tinggi. Ini adalah kerana anggapan yang bermain di fikiran bahawa sebagai “pelabur’ hanya menyimpan emas untuk mendapatkan keuntungan segera, bukannya sebagai medium simpanan kekayaan.


Irzary
013-3808031