MukaSurat

Wednesday, November 28, 2012

JOM MAKAN EMAS!!!!!



ineral berharga dijadikan hiasan makanan kesihatan cara orang kaya tonjol kemewahan

LAZIMNYA, kita mende­­ngar emas mineral pa­­ling berharga di muka bumi ini hanya digunakan dalam pembuatan barang kemas dan dijadikan pengu­­kur untuk penentuan mata wang.

Namun, penggunaan emas yang harganya kini mencecah RM215 satu gram sebenarnya lebih daripada itu. Malah bagi orang kaya, emas bukan saja digunakan sebagai barang perhiasan diri dan kediaman tetapi juga dijadikan bahan makanan. Percaya atau tidak, itulah hakikatnya jika seseorang itu mempunyai kekayaan dan suka bermegah dengan kekayaan yang dimiliki.

Sebenarnya, gaya hidup memakan emas ini sudah diamalkan beratus tahun dulu, malah masyarakat Mesir kuno di zaman kegemilangan Firaun menjadikan emas sebagai bahan makanan bagi menunjukkan kemewahan selain percaya tabiat memakan serbuk emas mampu mengekalkan kecantikan yang abadi.

Golongan bangsawan zaman Pertengahan di Eropah pula percaya pengambilan coklat dan gula-gula emas sebagai pembuka selera mampu ‘mengekalkan hati yang sihat’.
Mengikut fakta sains, emas boleh dimakan namun tidak menawarkan apa-apa khasiat pemakanan, malah mineral ini tidak mempunyai sebarang rasa atau dalam lain perkataan tawar.

Soalnya, bolehkah emas dimakan? Emas yang dimakan biasanya lebih lembut dan bukannya emas pe­­pejal yang digunakan dalam barang kemas bagi membuat cincin, anting-anting atau rantai leher, tetapi daun emas, kepingan emas, atau habuk emas yang ditambah untuk menjadi penghias makanan.
Daun emas tulen 24 karat adalah sangat lembut dan halus. Untuk dijadikan perhiasan biasanya dicampur de­­ngan aloi lain untuk mewujudkan tahap kekerasan yang berbeza selain melaraskan nada warna. Di pasaran, barang perhiasan boleh didapati dalam 14 karat, 18 karat atau 22 karat kerana ia dicampur dengan tembaga dan bahan mineral lain.

Emas 24 karat terlalu lembut untuk perhiasan bagi pemakaian seharian malah ia cepat lusuh. Daun emas mengambil prinsip yang sama yang mana kebanyakannya bercampur dengan tembaga dan tidak sesuai untuk dimakan. Namun, emas yang bercampur dengan perak masih boleh dimakan kerana dikatakan boleh dihadam.
Secara umum, emas dikategorikan sebagai unsur logam yang toksik untuk badan, emas tidak boleh pecah atau diserap badan kita.

Justeru, penggunaan emas yang boleh dimakan atau emas edibel ini sebenarnya hanya digunakan untuk menghias makanan dan minuman bagi menampakkan lebih mewah dan berharga. Mengikut kod pemakanan, emas dilabelkan dengan kod E175 sebagai pewarna makanan.

Di Abu Dhabi, Hotel Emirates Palace memperuntukkan lima kilogram emas yang boleh dimakan setiap tahun untuk dijadikan hiasan hidangan pencuci mulut.

Hotel itu mendapatkan bekalan kira-kira 5,000 botol serbuk emas daripada pengedar dan pengilang dari Jerman yang dianggarkan membabitkan kos RM15.8 juta (ASS$500,000) setahun.

Selain itu, serbuk emas menjadi bahan tambahan dihidangkan dalam minuman kopi ‘cappuccino’ dan penghias pencuci mulut coklat.

Di Russia, penggemar makanan dengan campuran emas biasanya akan mengambil serbuk emas untuk dimakan bersama kaviar dan tiram.

Beberapa restoran mewah di Amerika Syarikat turut menyediakan sajian emas bagi penggemar aksesori mewah itu dengan menjanjikan ‘gemerlapan di dalam’ seperti ‘bagel’ seumpama donat dengan krim keju putih dihiasi beri goji dan daun emas berharga RM3,176 (AS$1,000) setiap satu.

Pembuat gula-gula Los Angeles pula menjual Holiday Nougat, yang dibuat dengan kepingan daun emas 23 karat dan pemilik kedai aiskrim Serendipity yang terkenal di New York, Stephen Bruce, menjual ‘chocolate sundae Haute’ beku bersalut emas 23 karat berharga RM79,404 (AS$25,000).

Selain menjadi bahan makanan, emas juga digunakan dalam bidang perubatan bagi merawat beberapa jenis kanser, malah ia dikatakan mampu menjadi sebagai penyurih dalam tubuh manusia.

Satu sebatian mengandu­­ngi emas yang dikenali sebagai ‘disodium aurothiomalate’, digunakan dalam suntikan untuk rawatan penyakit artritis. Satu molekul organik yang kompleks dikenali auranofin, pula digunakan dalam rawatan beberapa kes artritis reumatoid.

Masyarakat zaman perte­­nga­­han di Eropah pada kurun ke-15 juga dicatatkan pernah menggunakan serbuk emas untuk memulihkan orang mabuk.

Kesimpulannya, jika anda mempunyai wang yang banyak dan memang suka bermegah maka tidak salah rasanya mencuba resipi 24 karat ini. Namun, tidak semua orang kaya ‘gila’ dan menjadikan hidangan emas untuk dijadikan sebagai makanan. Tepuk dada tanya selera. Adakah anda juga berselera emas?

Ayam Panggang Emas
Restoran Steakhouse Blackstone Long Island di Amerika Syarikat menyajikan ayam panggang disalur daun emas 24 karat dihidangkan bersama kentang lenyek dan lobak. Harga tidak dinyatakan.

Sushi bersalut Daun Emas
Sushi Roku di Caesars Palace Las Vegas digulung bersama daun emas 24 karat berintikan daging lembu Kobe, udang karang dan cendawan hitam.

White truffle Bagel
Restoran di Westin New York menyajikan sandwic dan bagel berinti krim keju putih ditabur serbuk emas serta beri goji dan Riesling berharga RM3,176 (AS$1,000) setiap satu

Aiskrim Sundae
Restoran New York Serendipity menjual aiskrim coklat Sundae Emas, diliputi 23 karat daun emas daun disertakan sudu khas emas 18 karat juga berharga RM3,176 (AS$1,000).

Kek Coklat Emas dan Berlian
Usahawan Angelito Araneta Jr menjual kek coklat yang mengandungi daun emas 24 karat dan berlian kecil berharga kira-kira RM7940.42 (AS$2,500) seke­­ping. Kek itu dibuat khusus untuk lelaki yang berhasrat melamar teman wanita mereka.

Kek Perkahwinan Emas
Kek perkahwinan bersalut daun emas banyak dijual di beberapa kedai kek di Britain namun harganya murah iaitu pada kadar RM24.50 bagi sekeping daun emas.

Capuccino Emas
Hotel Emirates Palace menjual cappuccino dengan campuran serbuk emas 24 karat dengan kulit kayu manis berharga RM79.40 9 (AS$25) secawan.

Kaviar
Kaviar atau telur ikan yang menjadi sajian mewah Russia ini ditabur serbuk emas dan dibalut dengan daun emas 24 karat berharga RM155,000 (AS$49,000).



~sumber : INTERNET~




irzary 013-3808031

Tuesday, November 13, 2012

GOLD BAR 999 GSR (1G, 5G & 10G) dan DINAR EMAS SYIFA 917


1 GRAM GOLD BAR GSR

Harga (Hubungi Utk Update Harga)
PM (FB:azriemasperak) SMS/CALL: 013-3808031
Kos Pengangkutan: (Semenanjung: RM10); (Sabah & Sarawak: RM20)
(Melalui RANGKAIAN EMASPERAK2U, TIADA KOS PENGANGKUTAN DIKENAKAN)


:- Bar Emas GSR dengan Ketulenan 999 direka untuk mereka yang mempunyai matlamat simpanan.
:- TIADA KOS BUATAN.
:- Setiap Produk bar GSR melalui ujian pihak ketiga (Assayer) untuk memastikan kualiti dan ketulenan dijamin.
:- Setiap produk bar didatangi dengan SIJIL KETULENAN yang dilengkapi dengan PELEKAT HOLOGRAM KESELAMATAN.



5 GRAM GOLD BAR GSR

Harga (Hubungi Utk Update Harga)
PM (FB:azriemasperak) SMS/CALL: 013-3808031
Kos Pengangkutan: (Semenanjung: RM10); (Sabah & Sarawak: RM20)
(Melalui RANGKAIAN EMASPERAK2U, TIADA KOS PENGANGKUTAN DIKENAKAN)


:- Bar Emas GSR dengan Ketulenan 999 direka untuk mereka yang mempunyai matlamat simpanan.
:- TIADA KOS BUATAN.
:- Setiap Produk bar GSR melalui ujian pihak ketiga (Assayer) untuk memastikan kualiti dan ketulenan dijamin.
:- Setiap produk bar didatangi dengan SIJIL KETULENAN yang dilengkapi dengan PELEKAT HOLOGRAM KESELAMATAN.



10 GRAM GOLD BAR GSR

Harga (Hubungi Utk Update Harga)
PM (FB:azriemasperak) SMS/CALL: 013-3808031
Kos Pengangkutan: (Semenanjung: RM10); (Sabah & Sarawak: RM20)
(Melalui RANGKAIAN EMASPERAK2U, TIADA KOS PENGANGKUTAN DIKENAKAN)


:- Bar Emas GSR dengan Ketulenan 999 direka untuk mereka yang mempunyai matlamat simpanan.
:- TIADA KOS BUATAN.
:- Setiap Produk bar GSR melalui ujian pihak ketiga (Assayer) untuk memastikan kualiti dan ketulenan dijamin.
:- Setiap produk bar didatangi dengan SIJIL KETULENAN yang dilengkapi dengan PELEKAT HOLOGRAM KESELAMATAN.


DINAR SYIFA GSR

Harga (Hubungi Utk Update Harga)
PM (FB:azriemasperak) SMS/CALL: 013-3808031
Kos Pengangkutan: (Semenanjung: RM10); (Sabah & Sarawak: RM20)
(Melalui RANGKAIAN EMASPERAK2U, TIADA KOS PENGANGKUTAN DIKENAKAN)


:- Dinar Emas SYIFA GSR dengan Ketulenan 917 direka khas untuk merkea yang mempunyai matlamat simpanan.
:- TIADA KOS BUATAN
:- Setiap produk GSR melalui ujian pihak ketiga (Assayer) untuk memastikan kualiti ketulenan terjamin.
:- Setiap produk bar didatangi dengan sijil ketulenan yang dilengkapi dengan hologram keselamatan.

HUBUNGI RANGKAIAN EMASPERAK2U
013-3808031
WWW.GS2U.MY
www.gsr2u.com.my/irzary

Warisan Sistem Bretton Woods


Sistem Bretton Woods adalah sistem urus tadbir matawang antarabangsa yang menetapkan peraturan-peraturan hal ehwal kewangan dan komersil di antara negara-negara industri utama dunia pada pertengahan abad ke-20. Dengan sistem ini setiap negara perlu mempunyai dasar monetari bagi sistem pertukaran nilai mata wang yang ditetapkan yang ditambat dengan nilai emas. Sistem ini adalah contoh pertama rundingan aturan dan seliaan matawang yang bertujuan untuk mentadbir hal-ehwal kewangan di antara negara-negara merdeka.

 Di bawah Sistem Bretton Woods, setiap negara hendaklah mewujudkan dasar kewangan yang mengekalkan kadar pertukaran mata wang dalam nilai yang tetap-dengan kelonggaran unjuran tidak melebihi 1 peratus negatif (-1%) atau positif (+1%)- yang ditambat dengan nilai emas dan kemampuan IMF sebagai penyelesaian sementara ketidakseimbangan bayaran. Dalam menghadapi peningkatan kekangan kewangan, sistem ini runtuh pada tahun 1971, selepas Amerika Syarikat secara bersendirian menamatkan kebolehtukaran dolar kepada emas. Tindakan Amerika ini mewujudkan keadaan di mana dolar Amerika Syarikat menjadi satu-satunya mata wang jaminan dan mata wang sandaran untuk negara-negara ahli.

Rekabentuk sistem Bretton Woods memaksa negara-negara di dunia hanya boleh melaksanakan penukaran emas kepada "matawang utama" iaitu dolar AS. Negara-negara dunia boleh untuk tidak menukar dolar kepada emas, dan sebaliknya hanya menyimpan dollar.Secara amalinya, bagaimanapun, oleh kerana "matawang rizab" utama ialah dolar AS, ini bermakna matawang negara-negara lain ditambat kepada dolar AS, dan akan membeli atau menjual dolar AS bagi memastikan pasaran tukaran matawang tidak melebihi perbezaan satu peratus dari kadar yang ditetapkan.

Demikian itu, dolar AS mengambilalih peranan yang dimainkan emas di bawah standard emas dalam sistem kewangan antarabangsa. Dengan terciptanya Bretton Woods, dengan Amerika Syarikat menghasilkan separuh dari barangan perusahaan dan separuh dari simpanan emas dan matawang, AS memainkan peranan sebagai pemacu utama ekonomi dunia.Sepanjang 1950an, Washington mengekalkan defisit pembayaran dalam usaha untuk membiayai pinjaman, bantuan dan askar untuk rejim-rejim sekutu. Bagaimanapun, akibat penglibatan Amerika dalam Perang Vietnam, negara itu mengeluarkan jumlah wang kertas melebihi simpanan emasnya. Oleh itu, pada 15 Ogos 1971, Amerika menceraikan tambatan dolar kepada emas.

Tindakan menceraikan tambatan dolar kepada emas diambil oleh Presiden AS ketika itu, Richard Nixon bagi mengelakkan negara-negara yang menandatangani Perjanjian Bretton Woods daripada menuntut jumlah emas yang setara dengan dolar Amerika Syarikat yang berada dalam rizab mereka kerana jika itu berlaku, Amerika Syarikat tidak akan dapat menunaikan janjinya dan berkemungkinan jatuh muflis.

Akibat daripada tindakan ini, dolar Amerika Syarikat menjadi satu-satunya matawang sandaran dan juga matawang rizab kepada negara-negara yang terlibat dalam perjanjian tersebut.

Monday, November 12, 2012

ASAL USUL PERKATAAN "KARAT"





>>"KARAT diambil dari perkataan Latin iaitu kerátion atau dari perkataan Arab dan juga dari perkataan Itali carato, yang bermaksud Biji Kacang Carob, Pada waktu dulu sebelum timbangan gram, oz atau mana2 berat standard digunakan, orang-orang tua kita menggunakan biji kacang carob (dikhabarkan setiap bijinya adalah sama walau dimana ia 
tumbuh) sebagai timbangan berat. Mengikut persamaan , 1 karat adalah bersamaan dengan 24 (berat emas)/(berat keseluruhan)

>>Jika mengikut pengiraan standard, emas 24K adalah emas paling tulen dengan peratus ketulenan emas 99.99%, iaitu logam emas tanpa campuran logam lain. Oleh kerana sifat emas yang lembut dan mudah ditempa, ia biasanya dicampurkan dengan logam lain biasanya Silver (perak) untuk menjadikan ia lebih keras dan dapat dibuat bentuk seperti cincin, rantai dan gelang dengan corak yang menarik.

Tahukah anda, 1gms emas dapat ditempa menghasilkan sekeping logam dengan panjang dan sisi 1 meter persegi.

Selain emas 24karat, kualiti emas lain yang biasa digunakan adalah 22K, 18K dan 14K, berikut adalah jadual kualiti emas mengikut ketulenannya.

*24 carat (99.9% ketulenan atau lebih tinggi) juga dikenali sebagai emas sepuluh
*23 carat (950, 95%) juga dikenali sebagai emas kelantan @ emas 9 1/2
*22 carat (emas 916, 91.6%) dikenali sebagai emas singapore
21 carat (87.5%)
20 carat (83.3%)
*18 carat ( 75.0% emas) emas yang mempunyai batu. (cincin tunang, cincin perkahwinan)
*14 carat ( 58.5%) emas campur , biasa digunakan orang-orang tua kita dulu kala
*10 carat ( 41.7%)
*9 carat (37.5%) emas suasa, biasanya dijadikan cincin lelaki.

Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.

Setiap kualiti emas mempunyai sedikit perbezaan kaler, kekerasan dan sifat fizikalnya, emas campur nampak lebih merah berbanding warna emas biasa dan begitulah untuk kualiti-kualiti emas yang lain bergantung kepada logam kedua yang dicampurkan bersama emas untuk menghasilkan barang perhiasan tersebut.

Tahukah anda, warna emas bukannya kuning semata-mata, ia boleh juga dihasilkan menjadi merah, kuning, hijau bergantung kepada logam kedua yang ditambah (Argentum, Manganese, Copper etc)

EMASPERAK2U
013-3808031

Hadis dan kata2 hebat berkaitan Dirham dan Dinar

Bismillahirrahmanirrahim...



RASULULLAH (SAW) BERSABDA: PADA AKHIR ZAMAN,MANUSIA DI MASA ITU SEMESTINYA MEMILIKI DIRHAM - DIRHAM DAN DINAR-DINAR UNTUK MENEGAKKAN URUSAN AGAMANYA DAN DUNIANYA.

(Hadith riwayat Imam Al-Tabrani(sebagai yang terdapat di dalam Jami'u As-Saghir bagi Imam As-Sayuti)



TELAH BERKATA WAHAB BIN MUNABBIH
DINAR DAN DIRHAM ADALAH COP-MOHOR ALLAH DI BUMI,SESIAPA YANG BERURUSAN DENGAN COP-MOHOR ALLAH AKAN DISEMPURNAKAN HAJATNYA

(Diriwayatkan oleh: Imam Al-Haithami dan Imam Az-Zahabi daripada Imam Al-Tabrani di dalam kitab Al-Ausat dan oelh Imam Ibnu Abi Ad-Dunya)


IMAM MUHAMMAD BIN SIRIN BERKATA:
"WANG DIRHAM MENGHILANGKAN PERMASAALAHAN"

(Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Abi Ad-Dunya di dalam kitab "Islahu Al-Mal")


MENTERI BESAR KELANTAN
TUAN GURU DATO' HJ.NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
" SISTEM MATA WANG KERTAS YANG TIDAK LAGI BERLANDASKAN EMAS SEBAGAI SANDARAN SEPENUHNYA NENJADIKAN NEGARA BESAR DAN KAYA TERUS BERMAHARAJALELA MENINDAS NEGARA-NEGARA KECIL SUPAYA TUNDUK KEPADA PENGARUH DAN KUASANYA BAIK DI BIDANG EKONOMI MAHUPUN KETENTERAAN''

Irzary
013-3808031

Kewajipan Ber Zakat

Bismillahirrahmanirrahum

Rukun Islam Ke-empat

Zakat Emas dan Perak

1. Syarat wajib zakat emas dan perak ialah:
(a) milik orang Islam;
(b) dimiliki oleh orang yang merdeka;
(c) hak milik sepenuhnya;
(d) cukup nisab;
(e) genap setahun.


Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: Dan orang-orang yang men yimpan emas dan perak (tidak dikeluarkan zakat) dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih.
(Surah At-Taubah: Ayat 34)

2. Nisab zakat emas ialah 20 dinar (mitsqal) bersamaan 85g.
Kadar zakatnya ialah 2.5%. (0.5 Dinar)
Jika seseorang memiliki 85 gram emas atau lebih dan genap setahun dimilikinya, wajiblah dia mengeluarkan zakatnya dengan kadar 2.5%.


3. Nisab zakat perak ialah 200 dirham bersamaan dengan 595 gram.
Kadarnya ialah 2.5% setelah dimiliki genap setahun. 


Irzary
013-3808031
emasperak2u

Thursday, November 08, 2012

PERKARA YANG SERING DIABAIKAN DALAM SIMPANAN / PELABURAN EMAS


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, simpanan/pelaburan emas telah menjadi satu topik perbualan hangat di kalangan orang ramai. Simpanan/pelaburan emas dikatakan sebagai satu pelaburan alternatif yang terbaik untuk melindungi kekayaan individu berikutan munculnya isu berkaitan wang kertas yang mungkin akan kehilangan nilainya. Disebabkan itulah emas dikatakan, satu “alat kewangan” yang kalis inflasi dan dikenali sebagai “alat penyimpan kekayaan” yang pasti tidak dapat dinafikan, emas menjadi pilihan untuk pelburan logam bernilai.

Oleh itu, jangan bermula sesuatu itu dengan hanya “dengar-dengar” cakap orang sahaja kerana kebiasaan kebanyakkan orang hanya suka menceritakan benda-benda yang menarik sahaja Walaupun begitu masih wujud risikonya pelaburan Emas di Malaysia tetap ada, malah kalau tidak merancang strategi dan masa yang tepat akan ‘exit’ dengan kerugian. Terutamanya wujud turun naik harga emas. Jadi mari kita analisa kesilapan-kesilapan di bawah dalam menyusun strategi pelaburan:

·    Mengabaikan risiko kerugian - Macam yang saya tulis diatas, apabila sebut berkenaan simpanan/pelaburan, ia pasti akan ada “Untung” dan “Rugi”, jadi perlu bersedia menghadapi kedua-dua situasi tersebut, dan bukannya hanya melihat pada satu sisi sahaja. Perlu juga fikirkan tentang kerugian yang mungkin akan dialami.

·    Melabur ikut-ikut tanpa ilmu. Perkara yang perlu ditekankan, tidak kiralah sama ada kita ingin mula menyimpan, melabur atau mula berniaga. Perkara pertama yang perlu kita ada adalah ilmu. Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana simpanan/pelaburan.

·    Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama. Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu sekurang-kurangnya 1 dinar, dan selepas itu barulah pantau harga. Untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah, jadi jangan cuba-cuba menjadi Pak Nujum.

·    Membeli barang kemas di kedai emas. Barang kemas bukanlah emas pelaburan. Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan upah buat boleh dimanipulasi oleh kedai emas. Susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%. Tetapi di GSR ada menjual barang kemas yang tiada upah buat dan susut nilai hanya 10% jika masih ingin menggunakan barang kemas sebagai simpanan/pelaburan tetapi untuk jangka panjang

·    Membeli syiling emas dan jongkong emas di kedai emas. Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain, dan banyak syarat yang cerewet seperti seal tidak boleh dibuka, calar dsb. Akan menyebabkan tambahan susut nilai sehingga 25-40%.

·    Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat. Secara umumnya, emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang antara 6 bulan hingga setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas susut nilai (spread) antara 5% - 17%. Apatah lagi kalau harga emas jatuh Tetapi masih ada ruang bagi pelaburan jangka pendek, saya telah merasa pulangannya yang lumayan, dicadangkan hanya kepada pelabur tegar yang berani mengambil risiko, boleh hubungi Admin untuk personal coaching berkenaan perkara ini.

·         Pinjam duit untuk beli emas. Secara umum, pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tidak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Menyimpan & melaburlah apabila anda sudah mempunyai wang lebihan. Wang lebihan yang Admin maksudkan disini, ialah, wang yang sudah anda “tidak berapa perlukan”… diulangi.. “tidak berapa perlukan” bukannya “tidak gunakan”. Juga jangan lupa membuat "financial balance" untuk mengetahui tahap kewangan diri dan keluarga iaitu aset vs liabiliti. Jika masih ingin membuat pinjaman boleh dilakukan melalui pinjaman sihat yang akan menukar liabiliti kepada aset kelak tetapi memerlukan fokus yang tinggi.

·         Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain. Emas paling murah, jual balik pun murah. Kena ambil kira juga kadar spreadnya, permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Kenalpasti platform/Senang beli, dan platform/senang jual balik dengan tambahan wujudnya cawangan berdekatan dengan anda.

·         Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul. Teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak hanya sesuai pada situasi pada harga emas rendah untuk tambah modal bagi tambahan asset emas dan juga sandaran bagi semua matawang tunai perbelanjaan diri dan modal berniaga. Jadi perlu kepada pengurusan simpanan emas yang tepat

·         Membeli emas fizikal di bank. Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet. Mereka tidak terima balik kalau buka plastiknya dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik. Dan kalau bank tidak terima, kita akan rugi 25-40% kalau jual sebagai 'used gold' di kedai emas.

·         Menjual emas ditempat yang salah. Tempat terbaik jual emas anda ialah di mana anda membelinya. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (diskaun) yang dikenakan daripada harga semasa.

·         Membeli Emas Maya (Akaun Emas/Saham Emas/ Emas Reit). Membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas di bank-bank tempatan, kelihatan seperti satu tindakan yang bijak tetapi tidak patuh shariah, jadi perlu semak dengan Fatwa Kebangsaan bagi kesahihannya.

Credit to: EmasHebat

IRZARY
013-3808031

DINAR & DIRHAM DALAM MUAMALAT ISLAM (Nota sempena pelancaran Dinar Emas Syifa' GSR 2012)


Dinar dan Dirham dalam muamalat Islam

Penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang shariah adalah untuk mengembalikan fungsinya khusus di dalam :
  1. Jual beli kerana sahnya jua lbeli tertakluk kepada syarat – syarat yang tertentu khususnya jua lbeli yang tidak melibatkan riba, judi dan tipu daya – gharar.
  2. Muamalat Islam – Bab Qirad (mudharabah) dimana hanya nuqud (emas dan perak) sahaja boleh dijadikan modal dan bukannya fulus (a’in selain emas dan perak) juga bab memberi hutang (Al qard).
  3. Zakat – Dibayar dengan a’in (mata benda yang wajib zakat) bukan day’n (resit atau kertas hutang).
Surah Hud : Maksud ayat 85
“ Wahai kaumku, Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan Jangan kamu kurangkan manusia akan benda – benda yang menjadi haknya dan Jangan kamu merebakkan bencana kerosakan diatas mukabumi “

Surah An nisa’ : Maksud ayat 29
“ Wahai orang-orang yang beriman jangan kamu makan harta –harta sesama kamu dengan jalan yang bathil (tipu,judi,riba dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan dengan secara suka sama suka. “


Sejarah penciptaan wang fiat melalui tiga fasa :

Permulaannya emas dan perak digunakan alat pertukaran dalam jual beli.
Berfungsi sebagai resit simpanan emas dan perak. ( da’yn)

Tiada lagi sandaran emas dan perak sejak 1971. Menjadi wang fiat sepenuhnya yakni diberi nilai dengan bukan nilai sebenar padahal nilainya yang sebenar hanyalah sekeping kertas.(wang kertas), sedangkan wang hasil dari penciptaan atas angin dari rezab berkanun (fractional reserve banking) secara elektronik tidak wujud dalam bentuk kertas sekalipun. 4% wang wujud dalam bentuk kertas sedangkan yang lain dalam bentuk akaun, cek dan sebagainya.

Dalam sejarah Islam : Logam yang digunakan sebagai alat perantaraan dalam jual beli (medium of exchange) terbahagi kepada dua kategori:

Naqdain – Emas dan Perak. 1 dinar = 4.25 gram emas 916 dan 1 dirham = 2.975 gram perak 999
Fulus – Tembaga atau logam – logam yang lain tetapi nilainya tidak melebih nilai dirham terendah, diguna pakai untuk transaksi jual beli rencehan (kecil –kecilan)

Kata Imam Ghazali tiada jadi riba itu melainkan dalam dua pekara :
1) Makanan : spt. gandum, sya'ir, kurma , anggur, garam, beras, jagung , ful dan lain –lain. ( yang mengenyangkan dan bersedap – sedap dengan ada tempoh simpanan )2) Nuqud : Emas dan Perak : Walaupun dalam bentuk bahan seperti perhiasan emas dan perak.

Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w :
" Janganlah kamu menjual emas dengan emas, perak dengan perak, sya'ir dengan sya'ir, kurma dengan kurma, garam dengan garam kecuali sama besar(sawaan bi sawain) , barang dengan barang (ai’nan bi ai’nin), tangan dengan tangan (kesegeraan). Apabila pertukaran melibatkan jenis yang berlainan, lakukanlah ,asalkan serah terima tangan ke tangan (qabadh - kesegeraan)."

Abu Sa’id Al-Khudri berkata bahawa Bilal membawa kepada Rasulullah sedikit buah tamar Barni dan bila ditanya dari mana dia memperolehinya, dia menjawab: “Saya mempunyai sedikit buah tamar yang rendah mutunya, jadi saya tukarkan dua Sa’s darinya dengan satu Sa’ (yang ini).” Rasulullah menjawab: “Ah! Inilah sebenarnya intipati Riba, sebenarnya intipati Riba! Jangan berbuat demikian, tetapi bila engkau membeli, jual buah tamar engkau itu dalam urusan jual beli yang berasingan, dan dari pendapatannya belilah apa yang engkau kehendaki.” (Bukhari, Muslim)

Dari hadith tersebut, dapat kita pelajari bahawa Nabi Muhammad s.a.w melarang pertukaran yang tidak sama banyak antara ‘tamar’ dengan ‘tamar’. Baginda s.a.w mengisytiharkan bahawa pertukaran sebegitu merupakan intipati sebenar Riba. Bagaimanapun terdapat bukti yang pertukaran tidak sama antara ‘unta’ dengan ‘unta’ diizinkan.

Yahya menyampaikan kepada kami dari Malik dari Naf’I bahawa Abdullah Ibn Umar membeli (iaitu bertukar) seekor unta betina tunggangan dengan 4 ekor unta dan dia jamin memberinya secukupnya kepada pembeli di Ar-Rabadha. (Muwatta, Imam Malik)
Di sini persoalan pasti timbul: kenapa terdapat larangan pertukaran tidak sama bagi buah tamar, tetapi tiada larangan bagi pertukaran tidak sama bagi ternakan unta?

Hadith Rasulullah s.a.w yang disebutkan di atas dengan jelas meletakkan asas :
Bahawa ‘wang’ dalam Islam adalah, samada logam bernilai seperti emas dan perak, atau komoditi seperti gandum, barli, buah tamar dan garam yang merupakan komoditi yang biasa dimakan tetapi mempunyai tempoh simpanan. Yang demikian, bila terdapat kekurangan wang emas dan perak di pasar Madinah, komoditi seperti buah tamar, yang terdapat dengan banyaknya di pasaran, dan juga mempunyai tempoh simpanan, telah digunakan sebagai wang. Berikutnya kita boleh memberi jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan di atas tadi.

Pertukaran yang berbeza membabitkan unta dengan unta dibenarkan kerana binatang ternakan tidak pernah digunakan sebagai wang. Pertukaran tidak sama banyak bagi buah tamar dengan tamar perlu dilarang kerana tamar digunakan sebagai wang, dan sekiranya dibenarkan akan memberi peluang kepada peminjam wang untuk memberi pinjaman dengan mengenakan faedah.

Riba itu pada lughoh maknanya bertambah, dan pada syarak maknanya: berakad menukar satu barang dengan barang lain yang tidak sama banyak dalam pandangan syarak atau ditangguhkan terimaan kedua-dua atau salah satu daripada kedua barang itu.
Yang dimaksudkan dengan barang dalam bab riba ini ialah emas, perak, dan makanan, yang lain daripadanya seperti tembaga, kain, timah, getah dan lain-lain tidak termasuk dalam kumpulan barang riba. Barang riba itu dalam bahasa Arab disebut “ribawi”.

Riba berlaku pada asasnya atas dua sebab :

Pertama: Jual beli mahu sama banyak atau sama berat barang yang dijual dengan barang yang jadi harganya. Maka jika tidak sama banyak dinamakan riba al-fadli (berlebihan). Termasuk dalam riba ini: memberi hutang dengan ada faedah untuk piutang. Juga disebut sebagai riba al qard.

Kedua : Jual beli mesti tunai yakni tidak boleh tangguh, mesti memberi dan menerima pada majlis aqad ( taqabudh fil majlis ) . Maka jika berlaku penangguhan maka jadi riba an nasi’ah (tangguh). Juga disebut riba al yad.

Kesimpulannya : Perkataan ‘ilah itu maknanya sebab. Disini sebab itu dua, pertama emas dan perak, kedua makanan seperti gandum, kurma dan lain-lain.
Emas dan Perak : Berlainan jenis tapi satu ‘ilah

Makanan : Beras dan gandum berlainan jenis tetapi satu ‘ilah .

Maka emas dengan emas, perak dan perak, dan gandum dengan gandum tidak boleh dijualbelikan kecuali sama banyak dan tunai.
Emas dan perak boleh dijual beli tanpa sama banyak tetapi mesti tunai.
Perak dan gandum boleh dijualbeli tanpa sama banyak dan boleh tangguh.

Resit emas , perak atau makanan (da’yn) tidak boleh digunakan sebagai wang.

Barang atau benda yang diakadkan itu dimiliki oleh yang berakad dengan milik yang sempurna. Dari itu tidak sah jual sesuatu barang yang belum diqabad (yang belum diterima atau belum ada dalam tangannya) kerana belum sempurna milik.

Kitab al Muwatta’ :
Yahya meriwayatkan kepada saya dari Malik dari ‘Abdullah ibn Dinar dari ‘Abdullah ibn ‘Umar bahawa ‘Umar ibn al-Khattab telah berkata
“ Janganlah kamu menjual emas dengan emas kecuali dengan seimbang , janganlah kamu menambah sebahagian atas sebahagian yang lain, janganlah kamu menjual perak dengan perak kecuali dengan seimbang dan, janganlah kamu menambah sebahagian atas sebahagian yang lain dan janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak ada dengan suatu yang ada (a’in). Jika seseorang meminta kamu menunggu untuk membuat pembayaran sehingga dia kembali ke rumahnya , janganlah kamu tinggalkannya, aku bimbang rama’ atas kamu. Rama’ ialah riba.

Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahwa ia mendengar tanda terima/resit(sukukun) dibagikan pada penduduk pada masa Marwan ibn al-Hakam untuk barang di pasar al-Jar. Penduduk membeli dan menjual resit diantara mereka sebelum mereka mengambil barangnya. Zayd ibn Tsabit bersama seorang Sahabat Rasulullah, sallallahu alayhi wa sallam, pergi menghadap Marwan ibn al-Hakam dan berkata, “Marwan! Apakah engkau menghalalkan Riba?” Ia menjawab, “Naudzubillah! Apakah itu?” Ia berkata, “Resit-resit ini yang dipergunakan penduduk untuk berjual-beli sebelum menerima barangnya.” Marwan kemudian mengirim penjaga untuk mengikuti mereka dan mengambilnya dari penduduk kemudian mengembalikannya pada pemilik asalnya.

Zayd ibn Thabit khususnya menyebut riba , resit (dayn) ‘dimana penduduk berjual beli sebelum menerima barang’. Emas ,perak atau makanan boleh digunakan sebagai bayaran,tetapi kamu tidak boleh menggunakan nota janji pembayaran. Didalamnya ada penangguhan sebagai tambahan yang tidak dibenarkan. Sekiranya kamu memiliki dayn, kamu haruslah mengambil barang tersebut (‘ayn) dan barulah kamu boleh bertransaksi. Dayn tidak boleh digunakan sebagai matawang dalam jualbeli.

Dalam Bab Hutang ( Al qard ) :
Iqradl/ menghutangi – memberikan milik sesuatu kepada orang lain dengan pengembalian yang sama- adalah Sunnah, kerana mengandungi unsur menolong menghilangkan kesulitan; ini termasuk sunnah-sunnah yang muakkad berdasarkan beberapa hadis yang telah di kenal.

Seperti misalnya hadis riwayat Muslim “Barangsiapa membantu melonggarkan satu di antara beberapa kesulitan duniawi temannya, maka Allah akan melonggarkan satu dari beberapa kesulitannya di hari kiamat, dan Allah adalah menolong hamba-Nya selagi hamba itu mahu menolong temannya.”
Hadis sahih menyebutkan : barangsiapa memberi hutang dua kali kerana Allah, maka mendapat pahala sebesar menshadaqahkan salah satunya.
Bersedekah lebih afdal daripada memberi hutang; lain halnya menurut pendapat sebahagian para Ulama.

Wajib mengembalikan barang yang sepadan yang dihutangi berupa nuqud emas dan perak sekalipun nuqud itu ditarik balik dari peredaran oleh pemerintah kerana mengembalikan nuqud itu lebih menepati hak pemberi hutang. Kitab Fathul Muin .

Imam Abu Hanifah, Mazhab Maliki, Mazhab Syafie dan Hanbali : Wajib ke atas pemiutang memulangkan hutangnya berdasarkan jumlah yang sama ketika aqad hutang dibuat, tanpa sebarang tambah atau kurang.

Sebagai contoh apa yang disebutkan oleh Imam Al-Kasani :
Ertinya : ” Dan sekiranya kerana tidak laku (sesuatu matawang itu), tetapi hanya nilainya yang menurun atau menaik, jual beli (yang telah termeterai) tidaklah terbatal secara Ijma’, dan pembeli perlulah membayar harga ‘mithl’ yang sama kuantitinya, dan tidak terpakai nilaian (baru) di sini” ( Badai As-Sonai’e, , 7/3245)
Imam As-Sayuti pula berkata :

Ertinya : Telah tetap bahawa sebarang hutang yang sohih, mestilah dipulangkan jumlah yang sama secara mutlaq, sebagai contoh apabila dipinjam satu jumlah fulus, maka wajib memulangkan jumlah fulus yang sama jenis, tanpa mengira nilainya menaik atau menurun” (Qat’u al-Mujadalah ‘Inda Taghyir Al-Mu’amalah, As-Suyuti, 1/97)
وذلك أنَّ الربَا منه يكونُ في النقدِ بالزيادةِ في الكيلِ والوزنِ
Kata Imam Shafie dalam Kitab Al Umm : Dan demikian sesungguhnya riba darinya pada nuqud (emas dan perak) adalah dengan tambahan pada ukuran dan timbangan.

Persoalannya : Zaman sekarang kita hutang dengan apa ? Apakah wang sekarang sesuatu yang boleh ditimbang dan diukur. Atau kita hanya berhutang dari mula dengan nilai ?


Shukran.

IRZARY
013-3808031

Emas untuk Pembelajaran Anak-Anak


Emas untuk Pembelajaran Anak-Anak

Perbincangan kali ini berkaitan pulangan terbaik dalam menyimpan emas untuk pembelajaran anak-anak. Berdasarkan sejarah menunjukkan banyak peristiwa ibubapa yang manfaatkan emas tersimpan untuk pembelajaran anak-anak walaupun pada awalnya hanya kebanyakkanya hanya menyimpan sebagai emas perhiasan tetapi masih boleh dimanfaatkan kerana asbab harga emas menaik dengan senyap dari tahun ke tahun yang akhirnya dengan senyap sebagai perantara modal pelaburan bagi pembelajaran anak-anak.

Ambil contoh pembelajaran selama 4 tahun dengan anggaran RM30,000. Buat masa ini ramai yang menggunakan PTPTN sebagai sandaran pinjaman pelajaran bagi pembayaran yuran dan separa keperluan pengajian masing-masing.

Perbandingan:
Tahun 2000 harga emas sekitar RM40/g
Tahun 2012 harga emas sekitar RM190/g

Peningkatan hampir RM150/g dengan peratusan kenaikan hampir 375% bagi 12 tahun
Secara purata melebihi 30% kenaikan setahun.

Begitu juga dengan menyimpan dinar kenaikan dinar hingga menjadi RM750 bagi 1 dinar kini.
Jadual di bawah menunjukkan jika kita telah mendapat kesedaran dengan hanya menyimpan 10 gram emas setiap tahun (tidak sampai 1g setiap bulan) dari tahun 2000 hingga 2012, emas terkumpul sebanyak 130g dan nilainya mencapai sekitar RM25,000 dan jika menyimpan 3 keping 1dinar setahun  dari 2000-2012 akan terkumpul sebanyak 39 keping 1dinar dan bernilai sekitar RM29,000.

Jadi di sini jelas dengan hanya menyimpan hanya sedikit amaun emas tetapi berterusan akan membantu dalam pembelajaran anak-anak tanpa perlu membuat pinjaman untuk pembelajaran. Tidak hairan ia akan menjadi sandaran medium simpanan/pelaburan sihat dan terbaik untuk masa depan anak-anak. Jika anak yang dilahirkan pada tahun 2000 pula dan simpanan dimulakan menjelang anak menjejak kaki ke pengajian tinggi pada umur 20 tahun nilai emas tersimpan InshaAllah mencecah RM90,000 begitu juga nilai dinar pada ketika itu mencecah RM93,000

Untuk mengetahui lebih lanjut hubugi Admin Emashebat 012-706 0310/012-385 3011 dalam profilan simpanan/pelaburan emas dan perak anda.
IRZARY
013-3808031
RANGKAIAN EMASPERAK2U

Kepentingan FB, PAGE & BLOG


Assalam,

Obama menang lagi! Paling penting saya lihat beliau menggunakan FB untuk kempen. Sangat berkesan. Potensi FB sangat besar!

Bukan sahaja untuk perniagaan, tetapi juga untuk apa-apa kempen penjenamaan!
Ya, kini mata pemilik bisnes atau syarikat sudah mula terbuka dengan kepentingan FB ini.

Semua org ada FB dan semua org juga kena ada Page bg Perniagaan masing2.. penting utk hebahan dan update makluat perniagaan anda...

So yg ada FB.. jgn la sekadar update status kosong... jadikan FB sebagai medium anda berniaga... Dan buat page dan blog juga!

Penting ketiga2nya dan berguru la...


irzary
013-3808031
rangkaian emasperak2u
www.gs2u.my

Sunday, October 28, 2012

Fakta SILVER (anda perlu tahu)


Tahukah anda bahawa...

1) Kos Pelaburan Silver Adalah Rendah -
Harga silver jauh lebih rendah daripada emas. Tak perlu keluarkan sehingga berbelas ribu ringgit untuk membeli sejongkong silver 1kg.

2) Marjin Keuntung Pelaburan Silver Tinggi -
Pergerakan Turun Naik Harga Silver adalah amat pantas. Namun begitu, silver sekarang berada di dalam trend menaik yang biasanya boleh berjalan hingga 5 - 10 tahun lagi. Target konservatif untuk harga silver adalah USD200/oz! 6x kali ganda dari harga sekarang!

3) Permintaan Keatas Silver Amat Tinggi -
Satu sumber sahih mengatakan, tiada stok simpanan untuk silver berbanding 1980 sebanyak 3.5 billion oz.
Namun begitu keperluan silver dalam sektor pembuatan sentiasa mendapat sambutan. Sekiranya hal ini berlaku, ini bermaksud permintaan dalam bentuk pelaburan DAN industri ke atas silver akan memuncak.
Sekaligus harga silver akan naik berkali-kali ganda.

Wah... wah... ini baru saya buka sebahagian kecil sahaja potensi SILVER... namun begitu anda tentu sudah nampak POTENSI nya kan. Sudah terasa nak buat pelaburan silver sekarang...???

irzary
013-3808031

Friday, October 19, 2012

UPDATE/ REFRESH: APA ITU EMAS?


Assalamualaikum WBTH

Kita kembali pada basis... Tak salah berkongsi ILMU dan INFI walaupun basic semula...

Jom SANTAI2 BACA TENTANG EMAS, SISTEM KARAT, CARA UJIAN DAN TIPS KENALI EMAS PALSU... TQ Emas Sayang... :)


Apa Itu Emas

emasEmas adalah satu unsur logam dengan nombor atom 79 dan simbol Au. Manakala emas nama datang daripada satu Bahasa Inggeris Lama erti warna kuning , simbol itu datang daripada Huruf Latin aurum, yang bermaksud “subuh berkilat."
Pada jadual berkala unsur-unsur, emas didapati di Group 11, bersama dengan perak, tembaga, dan roentgenium, dan di Period 6 antara platinum dan raksa. Ia adalah dirujuk sebagai satu “logam peralihan." Emas mudah dibentuk,dan dikenai sebagai logam anjal. Disifatkan sebagai warna kuning, emas adalah satu daripada supaya dipanggil logam berharga, bersama dengan emas dan perak.
Diketahui dari zaman purba, bersama dengan raksa, sulfur, tembaga, perak, dan timah telah digunakan seawal 6000 BC. Barangan emas yang keemasan, sebagai contoh gelang-gelang dan cincin, serta perhiasan. Tamadun-tamadun yang menguna emas termasuk Orang-orang Mesir, Rakyat Greece, Mesopotamians, dan Orang-orang Rom.
Walaupun ramai orang mengenali emas untuk penggunaanya dalam barangan emas, hanya 65 peratus yang digunakan untuk barangan emas. Dan 25 peratus emas adalah diguna dalam aplikasi-aplikasi perindustrian Seramik, elektrik, dan aplikasi-aplikasi elektronik.
Satu penggunaan khusus serbuk timah keemasan ungu atau ungu Cassius yang diguna untuk penampakan enamel dan pembuatan satu jenis utama kaca dipanggil kaca delima. Kaca delima diguna pada tetingkap bangunan-bangunan pejabat, serta pada cermin-cermin di angkasa lepas.

Sistem Karat Untuk Barangan Emas

Barangan emas selalunya digambarkan dalam soal karat, ia adalah satu petunjuk bagi kandungan emasnya, sebagai contoh 18 karat atau 18K. Secara alternatif, kandungan emas boleh diterangkan dalam syarat-syarat 'kehalusan', yang adalah kandungan emas itu menyatakan di bahagian-bahagian setiap ribu, sebagai contoh 750 (yang adalah 18 karat atau 75.0% emas).
Sejak harga dibayar oleh pembeli untuk barang kemas adalah diasaskan banyaknya emas dalamnya, ia adalah penting untuk pengguna untuk mengetahui berapakah karat (DI AMERIKA SYARIKAT   karat) emas di sana berada dalam kepingan. Barangan emas kebanyakan di seluruh dunia ditandai dengan karat atau kehalusan.
Emas tulen adalah 24 karat dan 24 karat adalah dari segi teori 100% emas. Di China, ia adalah turut dikenali sebagai “Chuk Kam", makna 'emas tulen' dan adalah ditakrifkan seperti 99.0% emas minimum. Oleh itu, terdapat satu 1.0% toleransi negatif dibenarkan.

Sistem Karat

Mana-mana nilai karat lebih rendah dari 24 adalah satu langkah berapakah emas di sana berada dalam aloi emas barangan emas. Oleh itu 18k adalah 18/24ths 100% emas = 75.0% emas. Dalam syarat-syarat kehalusan, ini disifatkan sebagai 750 kehalusan, i.e. 750 bahagian emas setiap ribu bahagian.Meja di bawah memberi pelbagai karat dan kandungan emas mereka yang setara dalam peratus atau dalam syarat-syarat kehalusan seperti mengiktiraf oleh piawaian antarabangsa. Ini merupakan tak selalu dengan tepat nilai matematik! Sebagai contoh, 22 karat adalah dalam matematik 22/24ths x 100 = 91.666% tetapi standard antarabangsa yang sudah diterima adalah 91.60%

Takrif karat dalam kandungan emas untuk mengiktiraf piawaian antarabangsa

Karat 
Emas
Kandungan Emas
24
999
99.9
24
990
99.0
22
916
91.6
21
875
87.5
(19.2)
800
80.0
18
750
75.0
14
585
58.5
10
417
41.7
9
375
37.5
8
333
33.3


Cara Menguji Emas

Di bawah adalah ujian-ujian yang boleh dilakukan ke atas barangan emas bagi menentukan ketulenannya : 

 1) Ujian Asid
Batu Menguji EmasAsid Menguji Emas





Apabila Asid Hidroklorik dan Asid Nitrik berserta dengan batu hitam digunakan ianya akan meninggalkan kesan yang berlainan kepada setiap kategori emas yang digesekkan di atas batu berkenaan. 

2) Ujian Kelembutan
Emas yang tinggi mutunya adalah lebih lembut dan boleh dibengkokkan jika di bandingkan dengan emas yang lain. 
 3) Ujian Warna
Emas yang tinggi mutunya adalah lebih lebih kuning. Untuk mendapatkan perhiasan yang kuat dan warna yang diinginkan, emas murni harus dicampur dengan logam lain. Logam-logam yang biasa digunakan untuk campuran perhiasan emas adalah Tembaga, Perak, Timah Putih, dan Nikel. Disamping menimbulkan kekuatan emas yang berbeza-beza maka campuran logam juga untuk mendapatkan warna yang diinginkan, sehingga dikenal beberapa macam warna perhiasan yang dibuat emas yaitu :
  • Emas Merah - Emas murni dicampur Tembaga. 
  • Emas Kuning - Emas murni dicampur Perak.  
  • Emas Putih - Emas dicampur dengan Timah dan Nikel.  

 4) Ujian Magnet
Magnet Menguji EmasEmas Tulen tidak akan
ada tarikan kuasa magnet. 




5) Gold Tester
Gold TesterAlat Ukuran in akan memberi
jenis emas dalam unit Karat.

  



Ujian atau kaedah yang dinyatakan di atas dijalankan bertujuan untuk mengelak dari berlakunya sebarang penipuan.

Bagaimana Mengenalpasti Emas Palsu?  
Terdapat pelbagai cara untuk membezakan emas palsu. Saya telah menggariskan beberapa cara untuk 
mengenalpasti emas palsu. 
Ujian Harga: Ujian emas sebenar adalah dengan melakukan kajian pasaran harga emas. Jika item 
emas yang anda telah jauh lebih murah, yang mungkin menjadi tanda untuk menyiasat lebih lanjut.

Ujian Visual: Ini boleh menjadi tidak benar tetapi tidak ada cara untuk mengiktiraf emas sebenar 

tanpa ujian visual. Persoalannya adalah "Bagaimana emas sebenar kelihatan?" Pertama sekali, cari 
beberapa tanda. Tiap-tiap emas tulen mempunyai tanda yang menunjukkan nilai karat. Ia biasanya 
terdiri daripada 14k, 18k, 22k dan 24k. Sistem karat digunakan untuk menyatakan peratusan emas 
tulen dalam ruang. Semakin tinggi nilai karat, lebih tinggi peratusan emas. Ini bermakna 24k itu adalah 
emas tulen, 18k ialah kira-kira 75% emas, 14k emas kira-kira 59% manakala 10k emas kira-kira 42%. 
Kadang-kala seseorang itu boleh melihat tanda GP atau EP di sebelah. Ini bermakna bahawa item 
bersalut dengan emas. Ia hanya ditutup dengan emas. Ini bukan emas sebenar kerana penyaduran 
emas hanya boleh menjadi satu lapisan yang sangat nipis.

Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa emas boleh datang dalam warna-warna yang berbeza 

apabila ia bercampur dengan sebatian yang berbeza. Sebagai contoh, emas putih yang dihasilkan 
apabila nikel bercampur dengan emas; Palladium yang digunakan untuk mencipta emas putih bagi 
orang-orang yang alah kepada nikel; emas hijau apabila perak dicampur dengan emas dan merah 
jambu untuk emas merah apabila kuantiti yang berbeza tembaga bercampur dengan emas. Emas 
Sebenar mempunyai peratusan kemilau tetapi tidak perlu sangat berkilat. Apabila barang kemas emas 
adalah sangat berkilat, ia bukan emas sebenar. 
Ujian Asid: reaksi item untuk asid nitrik atau asid hidroklorik akan membantu untuk menentukan sama 
ada ia benar-benar asli atau tidak. Emas sebenar tidak terjejas atau tidak membentuk tindak balas 
dengan asid nitrik atau asid hidroklorik. Kebanyakan logam yang biasanya digambarkan sebagai 
emas apabila diuji dalam bentuk asid hidroklorik reaksi manakala emas sebenar tidak, itulah 
sebabnya ini telah ditubuhkan sebagai ujian sebenar untuk emas.

Tukang emas bereputasi: Ia sentiasa dinasihatkan untuk membeli emas daripada tukang emas yang 

mempunyai reputasi baik kerana anda sentiasa boleh membuat ujian, periksa tanda-tanda dan 
mendapat beberapa nasihat yang baik tentang produk . 
Perubahan warna: Emas palsu, apabila dipakai sama ada boleh menyebabkan perubahan warna kulit 
atau perubahan warna perhiasan itu sendiri. Ramai orang menggunakan kaedah ini sebagai cara yang 
paling mudah untuk mengetahui emas sebenar. Dan bagi orang-orang yang mempunyai jaminan, mereka 
hanya kembali apabila mendapatinya ia palsu. 
Karat: Emas palsu dalam suhu lembab akan menjadi karat, dan juga dari masa ke masa manakala 
emas sebenar tidak. 
Gigit emas: Emas lembut dan apabila digigit meninggalkan tanda kecil. Emas palsu adalah sangat kuat 
dan apabila digigit tidak meninggalkan tanda. 
Berat: Emas mempunyai jumlah baik ketumpatan. Letakkan ia di dalam air dan lihat kuantiti air 
disesarkan. Ketumpatan yang lebih ia, maka ia adalah emas. 

HANYA SEKADAR PERKONGSIAN
IRZARY
013-3808031