MukaSurat

Thursday, November 08, 2012

PERKARA YANG SERING DIABAIKAN DALAM SIMPANAN / PELABURAN EMAS


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, simpanan/pelaburan emas telah menjadi satu topik perbualan hangat di kalangan orang ramai. Simpanan/pelaburan emas dikatakan sebagai satu pelaburan alternatif yang terbaik untuk melindungi kekayaan individu berikutan munculnya isu berkaitan wang kertas yang mungkin akan kehilangan nilainya. Disebabkan itulah emas dikatakan, satu “alat kewangan” yang kalis inflasi dan dikenali sebagai “alat penyimpan kekayaan” yang pasti tidak dapat dinafikan, emas menjadi pilihan untuk pelburan logam bernilai.

Oleh itu, jangan bermula sesuatu itu dengan hanya “dengar-dengar” cakap orang sahaja kerana kebiasaan kebanyakkan orang hanya suka menceritakan benda-benda yang menarik sahaja Walaupun begitu masih wujud risikonya pelaburan Emas di Malaysia tetap ada, malah kalau tidak merancang strategi dan masa yang tepat akan ‘exit’ dengan kerugian. Terutamanya wujud turun naik harga emas. Jadi mari kita analisa kesilapan-kesilapan di bawah dalam menyusun strategi pelaburan:

·    Mengabaikan risiko kerugian - Macam yang saya tulis diatas, apabila sebut berkenaan simpanan/pelaburan, ia pasti akan ada “Untung” dan “Rugi”, jadi perlu bersedia menghadapi kedua-dua situasi tersebut, dan bukannya hanya melihat pada satu sisi sahaja. Perlu juga fikirkan tentang kerugian yang mungkin akan dialami.

·    Melabur ikut-ikut tanpa ilmu. Perkara yang perlu ditekankan, tidak kiralah sama ada kita ingin mula menyimpan, melabur atau mula berniaga. Perkara pertama yang perlu kita ada adalah ilmu. Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana simpanan/pelaburan.

·    Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama. Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu sekurang-kurangnya 1 dinar, dan selepas itu barulah pantau harga. Untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah, jadi jangan cuba-cuba menjadi Pak Nujum.

·    Membeli barang kemas di kedai emas. Barang kemas bukanlah emas pelaburan. Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan upah buat boleh dimanipulasi oleh kedai emas. Susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%. Tetapi di GSR ada menjual barang kemas yang tiada upah buat dan susut nilai hanya 10% jika masih ingin menggunakan barang kemas sebagai simpanan/pelaburan tetapi untuk jangka panjang

·    Membeli syiling emas dan jongkong emas di kedai emas. Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain, dan banyak syarat yang cerewet seperti seal tidak boleh dibuka, calar dsb. Akan menyebabkan tambahan susut nilai sehingga 25-40%.

·    Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat. Secara umumnya, emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang antara 6 bulan hingga setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas susut nilai (spread) antara 5% - 17%. Apatah lagi kalau harga emas jatuh Tetapi masih ada ruang bagi pelaburan jangka pendek, saya telah merasa pulangannya yang lumayan, dicadangkan hanya kepada pelabur tegar yang berani mengambil risiko, boleh hubungi Admin untuk personal coaching berkenaan perkara ini.

·         Pinjam duit untuk beli emas. Secara umum, pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tidak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Menyimpan & melaburlah apabila anda sudah mempunyai wang lebihan. Wang lebihan yang Admin maksudkan disini, ialah, wang yang sudah anda “tidak berapa perlukan”… diulangi.. “tidak berapa perlukan” bukannya “tidak gunakan”. Juga jangan lupa membuat "financial balance" untuk mengetahui tahap kewangan diri dan keluarga iaitu aset vs liabiliti. Jika masih ingin membuat pinjaman boleh dilakukan melalui pinjaman sihat yang akan menukar liabiliti kepada aset kelak tetapi memerlukan fokus yang tinggi.

·         Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain. Emas paling murah, jual balik pun murah. Kena ambil kira juga kadar spreadnya, permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Kenalpasti platform/Senang beli, dan platform/senang jual balik dengan tambahan wujudnya cawangan berdekatan dengan anda.

·         Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul. Teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak hanya sesuai pada situasi pada harga emas rendah untuk tambah modal bagi tambahan asset emas dan juga sandaran bagi semua matawang tunai perbelanjaan diri dan modal berniaga. Jadi perlu kepada pengurusan simpanan emas yang tepat

·         Membeli emas fizikal di bank. Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet. Mereka tidak terima balik kalau buka plastiknya dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik. Dan kalau bank tidak terima, kita akan rugi 25-40% kalau jual sebagai 'used gold' di kedai emas.

·         Menjual emas ditempat yang salah. Tempat terbaik jual emas anda ialah di mana anda membelinya. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (diskaun) yang dikenakan daripada harga semasa.

·         Membeli Emas Maya (Akaun Emas/Saham Emas/ Emas Reit). Membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas di bank-bank tempatan, kelihatan seperti satu tindakan yang bijak tetapi tidak patuh shariah, jadi perlu semak dengan Fatwa Kebangsaan bagi kesahihannya.

Credit to: EmasHebat

IRZARY
013-3808031

No comments: