INFO berguna... Jom Sharing!
India, pengguna emas terbesar dunia,
kini giat menyimpan perak untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi
daripada kenaikan harga berbanding emas.
Permintaan bagi perak yang kini
diniagakan pada kira-kira 58,500 rupee sekilogram (RM4,034), melonjak di
seluruh India apabila jualan mencecah 600 tan metrik hingga April,
sedangkan jumlah penggunaan tahun lepas hanya 2,800 tan metrik.
Di bandar-bandar utama India, emas diniagakan pada kira-kira 22,820 rupee (RM1,574) bagi setiap 10 gram.
Harga emas terlalu tinggi, jadi orang lebih banyak membeli perak kerana ia lebih murah dan kadar peningkatannya lebih tinggi. Mereka beralih kepada perak bagi tujuan pelaburan.
Jika monsun baik, permintaan bagi perak tahun ini dengan mudah boleh mencecah 3,500 hingga 4,000 tan metrik,”kata Presiden Persatuan Jongkong Bombay, Prithviraj Saremal Kothari kepada Bernama.
India mengimport hampir 800 tan
metrik emas setahun dan 3,000 tan metrik perak bagi menampung
penggunaan tempatan. Tetapi, emas, yang dianggap sebagai barangan yang
membawa tuah di kalangan isi rumah India, masih menikmati permintaan
tinggi.
Selepas musim panas yang sangat terik,
petani-petani India menunggu musim monsun tiba, yang boleh menghasilkan
tuaian yang lebih baik sekali gus menghasilkan lebih banyak wang bagi
mereka.
Yang menariknya, sebahagian besar penduduk pedalaman India merupakan pembeli perak terbesar.
Sebanyak 75 peratus penduduk pedalaman India membeli perak, jadi, permintaan bagi masa akan datang bergantung kepada monsun,”kata Kothari.
Seperti pada masa-masa lalu, permintaan
dijangka muncul dari kawasan pedalaman India, yang merupakan tempat
tinggal 65 peratus daripada penduduk India dan kebanyakan mereka melabur
dalam barang kemas.
Pendapatan di kawasan pedalaman India telah meningkat disebabkan hasil daripada musim monsun yang baik, pengeluaran lebih tinggi dan disebabkan oleh skim-skim guna tenaga kerajaan. Monsun kali ini dijangka lebih baik,”kata Anjani Sinha, Ketua Pegawai Eksekutif National Spot Exchange Ltd. yang berpangkalan di Mumbai.
Golongan pertengahan India yang semakin
ramai memasuki pasaran perak dan pelancaran e-perak yang memperkenal
penjualan dan pembelian dalam talian, terus mencetuskan permintaan bagi
logam itu.
Oleh itu, TIDAK HAIRAN JIKA HARGA SILVER TERUS MELONJAK DAN MELONJAK PADA THAUN AKAN DATANG...
No comments:
Post a Comment