- Jangan bagi pinjam duit.
- Tahu kehendak, tahu keperluan.
- Belajar simpan wang.
Rahsia #1 – Jangan Bagi Pinjam Duit
Rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu sudah terbiasa dengan aktiviti memberikan wang pinjaman tanpa kontrak kepada rakan-rakan atau saudara mara. Masalah yang biasanya dihadapi oleh mereka yang gemar memberikan pinjaman ini adalah, kesukaran untuk memperolehnya semula.
Namun begitu, ia tidak bermaksud kita menanamkan sifat kedekut dalam diri. Sekiranya kita ingin memberikan wang pinjaman, berikan dalam jumlah yang kita mampu sahaja.
Tuan dan cikpuan boleh rujuk contoh situasi ini:
Jawapan Ahmad terhadap rakannya akan berbunyi seperti berikut:“Ahmad, boleh aku pinjam RM10,000?”
“Saya minta maaf, saya tidak berikan pinjaman RM10,000 kepada awak. Tetapi saya boleh berikan RM100. Ini sahaja yang saya mampu.”
Contoh di atas menjelaskan, jangan sesekali memberikan wang untuk dipinjamkan jika jumlah itu di luar kemampuan kita. Dikhuatiri nanti kita yang akan hidup merana selepas memberikan pinjaman.
Berikan wang pinjaman yang kita mampu dan tidak risau jika ia tidak mampu dipulangkan semula dalam jangka masa terdekat. Ia lebih menenangkan hati.
Rahsia #2 – Tahu Kehendak, Tahu Keperluan
Kehendak dan keperluan adalah dua maksud yang berbeza. Lumrah manusia mempunyai kedua-duanya. Namun begitu, sebagai manusia biasa, kita mempunyai pilihan untuk mengawalnya.
Manusia yang mengalami masalah kebocoran wang adalah mereka yang gagal mengenal pasti keperluan dan kehendak dalam kehidupan seharian. Kebanyakan masa, kita anggap kehendak itu satu keperluan.
Kehendak adalah sesuatu yang kita rasa kita mahu dapatkan, tanpa mengambil kira tentang kesannya untuk jangka masa panjang. Contohnya, kita hendak membeli iPhone 4S kerana terpengaruh dengan rakan-rakan.
Tindakan membeli barang berlandaskan kehendak biasanya akan merugikan diri kita. Ini punca kebocoran wang yang paling ketara dan selalu berlaku.
Justeru itu, Dr. Azizan menasihatkan agar para peserta untuk sentiasa tanya soalan ini sebelum membeli sesuatu.
“Adakah aku betul-betul perlukan benda ini?”
Rahsia #3 – Belajar Simpan Wang
Semasa kecil, kita sering dinasihati oleh kedua orang tua untuk menyimpan dan belajar menabung. Menyimpan wang adalah aktiviti yang mendorong kepada kekayaan.“Sedikit-sedikit, lama-lama wang berbukit.”
Kesilapan orang yang miskin wang adalah mereka yang gagal menyimpan wang dengan baik. Biasanya wang simpanan itu akan digunakan sebagai ‘wang kecemasan’ dan sewaktunya.
Apa yang perlu kita lakukan adalah mewujudkan satu akaun khas untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan keseluruhan setiap bulan. Kemudian buang atau bakar semua maklumat mengenai amaun yang ada dalam akaun itu.
Anggap ia sebagai wang hangus. Dalam masa 10 hingga 15 tahun, wang itu akan berkembang menjadi ratusan ribu. Kemudian ia boleh digunakan untuk membeli barang impian kita atau memulakan pelaburan.
PERSOALAN LEBIH BAIK... TUKARKAN WANG ANDA ITU KEPADA SIMPANAN ASET YANG LEBIH KUKUH DAN TIDAK ADA SUSUT NILAI... EMAS DAN PERAK...
Hubungi saya: www.gsr2u.com.my/irzary..
Sumber: majalahniaga
No comments:
Post a Comment