Ok.. Kita kembali pada Emas... Sekarang ni mari kita kenal secara lebih langsung, Emas Perhiasan atau Barang Kemas dan di akhir N3 secara perbandingan dengan Emas Pelaburan seperti Emas Jongkong, Bentuk Bar, Bentuk Coin dan sebagainya...
Mari kita semak, kekuatan, kelebihan, kekurangan dan mungkin masa depan Emas Perhiasan...
Emas Perhiasan dikatakan adalah lebih baik dan menjadi pilihan sebagai simpanan dan aset nilai masa hadapan yang digemari oleh kita. Emas perhiasan ini bagus untuk dijadikan medium menyimpan lebihan aliran tunai (wang kertas)
kepada bentuk emas perhiasan. Tapi ingat, bukan bermakna semua tunai ditukarkan
kepada emas perhiasan tapi hanya 1/2, 1/3 atau 1/4 sahaja daripadanya.
Selebihnya masih disimpan dalam bentuk tunai kerana
segala urusan jual beli di Malaysia masih menggunakan wang fiat.
Kalau beli hari ini emas perhiasan dan esok dah nak jual memanglah harga akan susut banyak antara 20%-30%. Kita beli emas perhiasan bukannya nak jual terus, tapi kita beli untuk pakai dan simpan jangka masa yang panjang dan mungkin akan dijual atau gadai bila masa ia amat diperlukan sahaja. Contohnya long term, insyaAllah nak beli rumah bila berkemampuan dalam masa 10 tahun lagi. Mungkin segala emas perhiasan yang simpan sikit demi sedikit ini akan berguna masa akan datang untuk bayar deposit beli rumah. Insya Allah..
Bukan semua barang kemas pakai sekaligus, pakai bergilir-gilir dan cincin pakai hari raya je. Jika bimbang akan keselamatan emas perhiasan, kita boleh simpan di peti simpanan bank. Golongan wanita diluar sana bolehlah menyimpan duit sikit demi sedikit untuk membeli emas perhiasan bagi menjamin masa depan kita juga.
Bukan semua barang kemas pakai sekaligus, pakai bergilir-gilir dan cincin pakai hari raya je. Jika bimbang akan keselamatan emas perhiasan, kita boleh simpan di peti simpanan bank. Golongan wanita diluar sana bolehlah menyimpan duit sikit demi sedikit untuk membeli emas perhiasan bagi menjamin masa depan kita juga.
Kita jangan hadkan minda kita dengan “Eh minat ke pakai barang kemas ni? “Bahayalah pakai barang kemas ni nanti kena rompak“. Jangan
jadikan minda stereotaip konon barang kemas ini bahaya nanti dicuri atau sebab tidak minat tidak mahu simpan... Fikir apa simpanan yang kita perlu ada untuk masa depan diri dan
juga keluarga kita. Mungkin sekarang kita masih OK tapi 5 tahun akan
datang boleh ke kita jangkakan apa yang terjadi?? Kalau takde apa-apa
yang berlaku emas perhiasan tue boleh dijadikan harta warisan kepada
anak cucu dan seterusnya.
Emas
perhiasan mudah dipajak dimana-mana berbanding jongkong emas yang hanya
boleh digadai di pajak gadai yang terpilih sahaja. Zakat untuk emas
jongkong/ dinar emas akan dikenakan jika melebihi 85 gram manakala emas
perhiasan yang dipakai dikenakan jika melebihi 850 gram (untuk maklumat lanjut mengenai zakat: Hukum Zakat Emas dari Perspektif Islam). So, lagi better emas perhiasan untuk simpanan masa depan.
Antara
kelebihan emas perhiasan ialah boleh dipakai sendiri bagi perempuan,
bagi lelaki boleh bagi kat isteri atau anak pakai. Permintaan yang
tinggi juga memudahkan emas perhiasan dijual di pasaran mahupun kepada
perseorangan. Emas perhiasan mudah untuk dipajak gadai di sistem pajak
gadai Islam Ar-Rahnu tanpa memerlukan sebarang sijil pengesahan
ketulenan berbanding dengan jongkong emas.
Kalau
beli jongkong emas hanya kita akan simpan tanpa dapat memakai atau buat
apa-apa. Zakat perlu dibayar dan biasanya bila harga emas naik sedikit
sahaja terus excited nak jual. So, keuntungan yang diperolehi tidaklah
seberapa. Berbanding dengan emas perhiasan yang dipakai, selagi takde
sebarang keperluan akan terus dipakai tanpa perlu dijual. Contoh, gelang
tangan emas yang dibeli beberapa tahun yang lepas dengan
harga RM 500 termasuk upah, sekarang nilainya dianggarkan bernilai RM 2,000
selepas harga susut nilai 30%.
Harga
emas yang sudah dipakai akan susut nilainya bergantung kepada mutu
emas, kuantiti dan bentuk fizikal emas perhiasan tersebut. Lebih baik
beli emas 999 kerana peratus susut nilai emas 916 lebih tinggi iaitu
20%-30% daripada nilaian harga terkini berbanding emas 999. Tapi emas
999 sangat tulen dan lembut so tak banyak pilihan bentuk emas perhiasan
yang dapat ditempa/ bentuk.
Pelaburan Emas melalui Emas Perhiasan?
Pelaburan emas melalui barang kemas. “Adakah barang kemas pelaburan emas yang menguntungkan?” “Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas sebagai untuk tujuan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding membeli jongkong emas, syiling emas dan juga dinar emas”. Sebab utamanya ialah susut nilai barang kemas adalah tinggi (dalam 15-30%). Maksudnya boleh je nak melabur dengan emas perhiasan atau barang kemas kalau pandai dan kena caranya tapi jangka masa lebih panjang untuk untung berbanding jongkong emas. Oleh sebab itu, Emas Perhiasan ini lebih sesuai untuk jadi simpanan jangka masa panjang berbanding sebagai pelaburan emas.
N3 ini saya lebihkan kepada KENAPA EMAS PERHIASAN... nanti saya akn kupas pula KENAPA EMAS PELABURAN seperti yang dinyatakan sebelum ini. Sebelum saya close N3 ni jom sebagai perbandingan kita lihat perbezaan Emas Perhiasan dan Emas Pelaburan. ianya sebagai perbandingan sahaja dan seperti yang saya tekankan sebelum ini.. SAMA ADA EMAS PERHIASAN ATAU EMAS PELABURAN, IA TETAP EMAS DAN EMAS SEMEMANGNYA SATU SIMPANAN BIJAK DAN PENJAGA ASET KITA MASA HADAPAN...
Perbandingan Emas Perhiasan Dan Emas Pelaburan
Emas Perhiasan
|
Emas Pelaburan
|
Kepelbagaian rekabentuk yang menarik.
|
Rekabentuk yang terhad iaitu bentuk duit syiling atau jongkong.
|
Cantik
dan mudah dibawa ke mana-mana. Sesuai digayakan sebagai perhiasan. Kita
lebih cenderung untuk menyimpan sesuatu yang kita gunakan, berbanding
sesuatu yang tidak digunakan.
|
Hanya sesuai untuk pelaburan semata-mata.
|
Kadar upah dikenakan mengikut rekabentuk. Lagi canggih/ complicated rekabentuk lagi tinggi kadar upah.
|
Tiada upah dikenakan, hanya berdasarkan berat emas.
|
Mudah dijual semula dan dipajak di mana-mana pajak gadai atau bank Ar-Rahnu.
|
Mudah dipajak di pajak gadai konvensional. tapi hanya Ar Rahnu terpilih sahaja menerima pajakan emas jongkong.
|
Kepelbagaian kualiti dan harga, modal bergantung kepada kemampuan kewangan individu.
|
Terdapat kepelbagaian saiz, bergantung kepada kemampuan kewangan individu. Saiz paling kecil ialah dinar emas.
|
Ketulenan emas berbeza bergantung pada rekabentuk. Sekiranya jenis ‘kosong’ mutu emas biasanya tidak dapat dinilai dengan tepat.
|
Ketulenan emas jongkong dapat dinilai dengan tepat kerana berat yang tepat dan jitu.
|
Contoh
di Terengganu, zakat emas perhiasan yang dipakai tidak perlu dibayar
kecuali jika cukup haul, iaitu apabila melebihi 850g.
|
Contoh di Terengganu, zakat emas yang disimpan perlu dibayar apabila cukup haul, melebihi 85g.
|
Fikiran kebanyakan penyimpan emas perhiasan, biasanya emas perhiasan lebih dihargai dan disimpan lebih lama kerana mempunyai sentimental value. Secara tidak langsung emas tersebut menjadi pelindung kekayaan dan akhirnya mendapat pulangan yang berlipat kali ganda.
|
Fikiran kebanyakan
pelabur emas, biasanya emas jongkong dijual semula apabila harga telah
mencapai target keuntungan, sekaligus tidak memaksimumkan pulangan.
Dalam masa yang sama setelah emas tersebut dijual, harga belian semula
sudah lebih tinggi. Ini adalah kerana anggapan yang bermain di fikiran
bahawa sebagai “pelabur’ hanya menyimpan emas untuk mendapatkan
keuntungan segera, bukannya sebagai medium simpanan kekayaan.
|
Irzary
013-3808031
No comments:
Post a Comment