MukaSurat

Thursday, May 10, 2012

KENAPA EMAS ADA TURUN DAN NAIK?

Assalam semua!!!

Kadang-kadang ramai orang tertanya-tanya,"Kenapa emas akan turun @ naik?"
Kalau tanya saya, saya akan jawap "harga emas memang akan naik dan turun, biasanya bergantung pada keadaan ekonomi, samalah macam matawang RM, USD, Euro.. semua ada turun naik!

Bagi para investor emas macam saya, tak kisahlah sama ada naik atau turun, bila ada duit lebih, beli emas terus. Saya ada satu prinsip dan saya percaya anda semua akan BERSETUJU dengan saya iaitu: BILA FIAT DAN BERTUKAR DENGAN EMAS, KITA DAH MERASA MALAS UNTUK TUKARKANNYA SEMULA KEPADA FIAT/ MATAWANG! Ini secara tak langsung dapat memelihara kewangan kita untuk masa depan. Sejak saya berjinak-jinak dengan emas sejak 4 bulan lepas, kiranya dapatlah SAYA 'PAKSA DIRI SAYA' untuk menyimpan ASET DALAM FIZIKAL berbanding tahun lepas. Dan saya amat bersyukur kerana kini saya tahu 'DI MANAKAH ASET DAN DUIT SAYA'

Berbalik pada tajuk di atas... kenapa Emas ada turun dan naik? Terlebih dahulu saya nak bertanya pada anda? Sudahkah anda memiliki Emas? Sudah!! Alhamdulillah.. Belum?? Kenapa??  Harga tengah murah sekarang ni! (10.5.2012...) Oooo… Sebab Harga emas sekarang jatuh sekarang? So takut tidak selamat dengan pelaburan emas? Anda silap!

Bagi saya, tidak kira lah Emas turun @ naik pada masa sekarang kerana yg penting kena ada ilmu kenapa perlu memiliki emas. Sejarah sebelum 2001 dah membuktikan adanya turun naik Emas ini. Kita lihat FAKTA.. Ekonomi sikit ye?

Kita sememangnya sedia maklum bahawa kekuatan dan kelemahan US Dollar memberi kesan langsung kepada harga emas DUNIA. Kerana semua transaksi perdagangan adalah bersandarkan US Dollar.US Dollar NAIK = Harga Emas TURUN.. US Dollar TURUN = Harga Emas NAIK

Harga emas dunia dikira di dalam US Dollar. Jadi pergerakan harga emas di dalam RM boleh dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:
1. Harga emas di dalam USD
2. Kadar pertukaran di antara USD kepada Ringgit Malaysia.

Perkara ini dapat kita lihat pada tahun 2010, iaitu berlaku kenaikan RM berbanding USD bermula dari 1USD = RM3.80, hinggalah pada akhir bulan Ogos 2011, USD = RM 3.05. Situasi ini telah menyebabkan kenaikan harga emas dalam RM pada tahun 2010 adalah rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Di dalam tahun 2010 harga emas semakin meningkat di dalam USD. Namun sepanjang tahun 2010, USD adalah semakin lemah berbanding Ringgit Malaysia. Inilah penyebab kenapa harga emas naik tak begitu banyak di dalam RM. Adakah situasi ini boleh dikatakan sebagai RM sekarang sedang mengukuh?

Satu cara yang paling mudah untuk mengetahui kedudukan RM ialah dengan membandingkan nilai tukaran RM terhadap nilai matawang jiran kita SGD (Singapore Dollar). Ternyata sebenarnya, RM tidaklah mengukuh dengan banyak tetapi USD yang telah tersungkur. Jadi, berhati-hati dalam menilai sesuatu perkara, RM mungkin mengukuh secara relatif kepada USD tetapi bagaimana pula dengan SGD.

Pada akhir bulan September 2011 ini harga emas jatuh dengan teruknya so ramai pelabur dah mula panik dengan harga emas yang mereka beli sebelum ini mahal. Dah tentu yang kata, “RUGINYA AKU!!!!!!”… “NYESALNYE AKU!!!!… “BAIK LABUR DALAM ASB!!!!… Senang je nak jawab.. Orang yang xde ilmu memang akan ckp macamtu sebab mereka tak membaca untuk cari ilmu & taknak cari punca kenapa perkara ini berlaku.

Nak tau kenapa? Baru2 ini, Kerajaan US Pimpinan ‘Barrack Obama’ telah menyuntik USD477billion utk mengukuhkan ekonomi US dan menjanjikan pekerjaan kepada penganggur2nya. Sebenarnye US nak berhutang lagi. So, berlakulah cetakan wang kertas (FIAT MONEY) dgn banyaknya. Bile wang US dah banyak, kuasa membeli mereka pun bertambah so tu yang RM jatuh dan EMAS juga jatuh kerana kertas US Dollar banyak. Secara tak langsung harga barang pun akan naik dan seterusnya wang US Dollar kembali susut kerana berlakunya Inflasi. Mase ni, nilai EMAS akan naik dengan cepat ke paras yang tinggi. Pakar ekonomi dunia meramalkan akan berlaku sesuatu pada tahun 2012 yang boleh mengancam kestabilan ekonomi dunia khususnya US. US akan down disebabkan hutang mereka yg bertrillion-trillion + USD477billion tadi..

Pakar ekonomi meramalkan akan muncul satu kuasa matawang baru iaitu ‘YUAN CHINA’ kerana matawang ‘YUAN’ ini bersandarkan dengan EMAS. (Berita Utusan, BHarian bulan September 2011) Berkaitkah dengan dengan apa yg dikatakan oleh Rasulullah “TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE NEGERI CHINA”.. Pernah kita terpikir kenapa Rasulullah pilih CHINA? Seperti sabda Rasullulah tentang perlunya kita menyimpan EMAS dan PERAK. So, tak nak ke follow Rasulullah SAW? Beruntunglah kita yang ada kesedaran dan hobi baru ini dalam pelaburan...

Secara mudahnya, cuba bayangkan seandainya, kadar tukaran USD ke RM kembali ke nilai asal, nilai emas akan meningkat sebanyak 23% secara automatik. Faktor ini jugalah yang menyebabkan saya terus membeli emas, meskipun ramai yang berkata ianya mahal atau terlalu murah. Tambahan lagi, emas tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Manakala, duit kertas senang dimanipulasi, nilainya sentiasa berubah, kejap naik, kejap turun, turun tidak naik2 pun ada, kadang-kadang tiada nilai contoh duit Zimbabwe. Ini terbukti dari zaman dahulu lagi, emas sentiasa diminati, diguna pakai, penentu kekayaan dan lain-lain lagi. Oleh itu, kalau kita ada duit lebih tu, mari kita tukarkan kepada emas.

INTIPATI DARI N3 DI ATAS...

HARGA EMAS TAHUN 2001 – 1 GRAM = SEKITAR RM46
HARGA EMAS TAHUN 2011 – 1 GRAM = SEKITAR RM190
SETELAH 2 KALI GELOMBANG KERANA KEGAWATAN & KEMELESETAN EKONOMI DUNIA BERLAKU (1998 & 2008)
TAPI HARGA EMAS TETAP MELONJAK……….

Akhir kata dari saya:
“SIMPANLAH EMAS DAN PERAK UNTUK MASA HADAPAN”

Rebut peluang keemasan ketika harga emas/perak dunia jatuh gaung sekarang

Irzary
013-3808031



No comments: