Antara Fakta dan Mitos:
Beli Bar Emas atau Barang Kemas ?
Beli aje asal Emas kata orang.
Ada betul Ada Kurang betul.
Beli Bar terasa diri seorang pelabur ! ( Terasa )
Beli Barang Kemas, tidak terasa sebagai pelabur.
Spread Bar yakni antara We Sell dan We Buy agak besar 20 - 25 %. ( Bar 1 gm )
Spread Bar 10 gm keatas antara We Sell dan We buy antara 5-10 %.
Beli Barang Kemas Spread 5 -15 % dlm GSR. Kalau Barang Kemas yg
berjenama seperti Poh Kong, Habib, Tomei, Wah Chan, Ci Laka dll Spread
25-30 %.
Beli Bar (1 gm) - Rata rata tak boleh pajak. Di tempat
yg boleh pula upah simpannya mahal . Rate Rm 1 setiap Rm 100 marhun
sebulan berbanding 60-75 sen setiap Rm 100 di arrahnu biasa.
Beli Barang Kemas - Mana mana boleh pajak.
Jika budget kecil katakan Rm 200 sebulan dan tiada disiplin, Den
cadangkan beli aje Bar. Simpan bila rege tinggi jual. Ingat Semakin
Ringan Bar semakin Tinggi Premiumnya.
Contoh Bar 1 gm - Rm 185 - 200 ( 24k )
Cincin 2 gm - Rm 350 ( 24 k ) ------ Rm 175/gm
Secara teorinya elok simpan Fiat untuk 2 bulan baru beli Bar atau
Barang Kemas, atau 3-4 bulan simpanan baru beli Barang Kemas atau Bar yg
lebih berat untuk mendapat premium yg rendah.
Namun adakah anda seorang
yg berdisiplin? Elok elok simpan, takut terbelanja. Adakah harga
Emas sama aje 2-3 bulan akan datang ?
Untuk budget kecik
janganle target nak jadi seller terus. Simpan dahulu sehingga cukup
mencapai target harga yg di kehendaki. Beli balik semasa Correction
berlaku !
Adakah anda selalu putus nafas di hujung bulan ? Maka belilah Barang Kemas agar dapat oksigen dari Arrahnu.
Menggunakan teknik arrahnu yg betul boleh menambahkan modal anda untuk membeli Barang Kemas yg baru.
Pilihan ditangan anda kerana Duit Anda.
Azrie 013-3808031
No comments:
Post a Comment