MukaSurat

Tuesday, July 17, 2012

Trend 2012 sama dengan 2008? 2013 sama dengan 2009?


Ramai rakan-rakan bertanya mengenai kejatuhan harga emas tahun ini…. Dimana yang dikatan purata kenaikan harga emas minimum 20% setahun..  Jika dilihat kepada harga emas bermula awal tahun sehingga sekarang ini mungkin ramai yang panik jika mereka tidak megkaji graf sebelum ini. Ataupun dalam erti kata lain mengkaji trend kenaikan harga emas.
Sedikit maklumat yang perlu dihadam oleh pelabur emas atau trader emas.
1. Harga emas tahun ini bermula dengan mendaki tinggi dan menyusut sehingga paras harga di awal tahun. Trend ini juga sama  seperti tahun 2008.
2. Kenaikan harga emas mendaki lebih kurang 200usd/oz sebelum ia jatuh sama macam tahun 2008.
3. Harga emas menurun lebih kurang 2 bulan sebelum mendaki,kemudian trend menurun semula berdasarkan graf pada tahun 2008.
4. Kesimpulan sekarang. harga menurun pada harga terendah 2 hari lepas pada harga lebih kurang 1540 usd/oz dan naik semula.
5. Kebaikan kepada trader dan pelabur. pada 2 hari lepas adalah masa terbaik untuk menambahkan stok.
6. Melihat kepada trend menaik sekarang jangan gopoh untuk menjual, tunggu ketika trend menaik pada puncak. jika mahu menjual sekarang, jual harga lebih tinggi sedikir dari harga semasa untuk restock barang jika harga melambung lagi selepas kita menjual.
7. Jika mahu menjual sekarang jangan jual semua stok yang kita ada. buat kepada beberapa lot yang perlu dijual dan lot yang perlu disimpan. bagi mengurangkan risiko harga reverse trend.
8. Selepas menjual stok yang ada pada harga puncak trend. ready untuk kejatuhan harga yang lebih rendah dari harga tapak(support) sebelumnya..
9. Masa itu kita boleh jual perlahan2 stok kita sehingga harga sampai pada tapak.semasa harga tapak, restock barang kita. seperti biasa jangan restock semua duit yang kita ada. bagi langkah berjaga2.
10. Walaupun harga jatuh sehingga akhir tahun, tapi harga akan naik semula lebih tinggi berbanding harga awal tahun. jadi bagi penyimpan emas untuk tempoh yang lama masih lagi mendapat untung pada akhir tahun.
SABAR… jangan jual lagi emas anda kerana sikap panik kita (takut harga emas tidak naik)seperti purata minimum 20% setahun. kerana tahun ini adalah tahun untuk kita menambah simpanan emas kita dan yang MENARIKNYA, tahun hadapan adalah tahun TERBAIK untuk buat UNTUNG.

TQ for Sharing
Azrie
013-3808031

No comments: