ASAL DARI MINAT DAN MENJADI COLLECTOR. KINI MASIH MEMBELI DAN MENJADI KONSULTAN BAGI PEMBELIAN EMAS... BELI EMAS TAK RUGI.. BELI SILVER SEBAGAI PENYELAMAT MATA WANG!
Friday, January 04, 2013
MENINGKATKAN TABUNGAN DENGAN EMAS
TEKNIK GADAI EMAS (TABUNGAN EMAS)
Bismillahirahmanirahim.
Sebelum saya mulakan, saya nak ingatkan teknik ni bukan untuk memberi keuntugan jangka masa pendek. Teknik ni lebih kepada tabungan. Tabungan emas. Teknik ni mmg ade kelemahan. Jadi anda boleh perhalusi kelemahan & kelebihan teknik ni.
1) Mula-mula dapatkan barang kemas. Lebih baik emas terpakai. Harga lebih murah berbanding emas baru.
2) Dengan menggunakan 1 barang kemas tadi. Barang tersebut boleh digandakan. Bagaimana?
3) Ok, gadaikan barang tersebut di Ar-Rahnu. Anda akan peroleh 65% atau 70% dari nilai sebenar barang kemas tadi.
4) Dengan duit pinjaman tadi anda boleh beli 1 lagi barang kemas. Baik, ketika ini anda sudah memiliki 2 barang. Tapi masalah kat sini barang masih duduk dengan Ar-Rahnu.
5) Sebelum buat keputusan memilih Ar-Rahnu, anda perlulah meneliti upah simpan yang dikenakan oleh Ar-Rahnu dan tempoh pinjaman tersebut serta syarat2 lain.
6) Baik, cara tersebut mmg tidak memberi keuntugan. Tapi teknik ini untuk Tabungan Emas yang baik. Sedikit demi sedikit barang anda telah digandakkan dengan menggunakan satu barang kemas.
7) Ok, di bawah adalah contoh pengiraan upah simpan.
Contoh:
Nilai belian barang kemas : RM 150gm x 10 gram
= RM 1,500.00
Nilai Gadaian : RM 1,500 x 70%
RM 975.00
Kadar Upah : RM 975.00 x 1.7%
RM 16.50 Sebulan
Gunakan Kaedah Bayar Ansur
Pinjaman Ar-Rahnu : RM 975.00
Kadar Upah Sebulan : RM 16.50 Sebulan.
Tempoh Pinjaman : 6 bulan + 4 bulan (10 bulan)
Bulan Pertama
Bayar Pinjaman RM100.00
Bayar Upah Simpan RM 16.50
JUMLAH : RM116.50
Jadi, Pinjaman Baru Untuk Pinjaman Asal : RM975 – RM100 = RM875.00.
Kadar Upah pun akan turun: RM875.00 x 1.7% = RM14.80
Kadar upah dah turun dari RM14.80 dari RM16.50.
Dan Tempoh Pinjaman akan di perbaharui kepada 6 bulan + 4 bulan lagi.
Bulan Kedua
Bayar Pinjaman RM100.00
Bayar Upah Simpan RM14.80
JUMLAH : RM 114.80
Jadi, Pinjaman Baru Untuk Pinjaman Asal : RM875 – RM100 = RM775.00.
Kadar Upah pun akan turun: RM775.00 x 1.7% = RM13.10
Kadar upah dah turun dari RM13.10 dari RM14.80.
Dan Tempoh Pinjaman akan di perbaharui kepada 6 bulan + 4 bulan lagi.
p/s:- Dengan teknik ni la sahabat saya dapat mengumpul emas dari sedikit demi sedikit sehingga emas yang dimiliknya sudah hampir 1 kilo..Dia tebus ckit2. Keje makan gaji je tapi dah 4 tahun dia buat mcm ni, skrang dah boleh beli rumah dengan bayar cash.
Sekadar berkongsi..
IRZARY
www.gsr2u.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment