MukaSurat

Tuesday, July 31, 2012

Perbualan ILMIAH pagi ini...


  • En A:
    • en. bolh tergkn perbezan compny en. dgn n***x n G**??
  • 14 minutes ago
    Muhd Azrie Mohd Ali
    • En. A di mana? KL atau Selangor?
  • 13 minutes ago
    En A:
    • hehe..
    • sy asl ***********..
    • tp penah beli emas di ********** ..
    • cmpny N***X
    • knpe??
  • 12 minutes ago
    Muhd Azrie Mohd Ali
    • OUH.. kalau dkt saya boleh jumpa... berbuka sama2 ke...
    • mcm ni la syahrul... kami di GSR tdk diajar cerita perbandingan... sebab apa yg kami tahu adalah kelebihan kami...
    • tp x bermakna kami x tau apa yg sebelah 'sana' offer... cuma etikanya, GSR members tidak digalakkan... kami hormat pesaing...
    • GSR hebat pd product plan, marketing, dan program pembangunan dealer... kita nak lahirkan seorang usahawan dan faham tntg kepentingan simpanan emas dan perak fizikal...
    • itu our main setting...
    • so, g** dan n***x sama seperti gsr... cuma mrk lebih dahulu dlm pasaran dan gsr masih baru..
    • off course sebagai anak bungsu, gsr masih meniti tangga utk capai kemuncak mcm mereka...
    • tp semua org semakin mengenali gsr dan w.pun kami baru 6 bulan di pasaran.. kami dh nak capai 800 dealer...
    • apa yg tuan nak tau lagi?
  • 8 minutes ago
    En A:
    • Boleh jugak..
    • ooww..
    • dari segi harga??
  • 6 minutes ago
    Muhd Azrie Mohd Ali
    • harga adalah salah satu persaingan dan strategi pasaran...
    • sebab itu sy sebutkan kita masih baby... br 6 bulan... bergantung pada pembelian bulanan dan bila GSR semakin besar, harga akan menjadi semakin murah dan murah...
      dalam sebuah rumah, harga mungkin kita anggap mcm bilik tidur.. itu paling selesa org nak bicarakan... tetapi jgn lupa, rumah ada bilik air, dapur, ruang tamu dan halaman...sebab itu nak join sesuatu platform, kena lihat semua aspek...sy akui harga kita antara tertinggi, tetapi jika tgk spread, kita offer antara yg terendah... dan diskaun serta komisyen juga yg tertinggi...means: harga agak tinggi, spread antara yg terendah dan komisyen/diskaun paling tinggi.kos penghantaran percuma.. yg ini kekuatan GSR... Dan paling platform lain xboleh buat... GSR power dalam pengurusan pemasaran dan support dealer program by CEO...
  • 3 minutes ago
    En A:
    • ooww....terima kasih ats ketergn..
  • Apakah anda rasa PROSPEK ini JOIN GSR? Kita TUNGGU!!!
    Saya tidak mempersoalkan produk PLATFORM LAIN.. DAN INI YG kita pelajari dari GSR!

    Hubungi saya: Azrie
    013-3808031

Wednesday, July 18, 2012

Lombong Emas Terbesar Di Dunia

Lombong Grasberg adalah lombong emas terbesar di dunia dan lombong tembaga ke-3 terbesar di dunia. Lombong ini terletak di provinsi Papua, Indonesia. 

Lombong ini diusahakan PT Freeport Indonesia. Syarikat ini merupakan anak syarikat dari Amerika Syarikat, Freeport-McMoRan (90.6 %) dan 9.4 % lagi dipunyai oleh kerajaan Indonesia. Kos membina lombong di atas puncak gunung ini menelan kos 3 bilion dolar Amerika. Pada 2004, rizab emas ialah 46 juta.





Sumber: Blog mana ntah!

Azrie
013-3808031

Tuesday, July 17, 2012

Trend 2012 sama dengan 2008? 2013 sama dengan 2009?


Ramai rakan-rakan bertanya mengenai kejatuhan harga emas tahun ini…. Dimana yang dikatan purata kenaikan harga emas minimum 20% setahun..  Jika dilihat kepada harga emas bermula awal tahun sehingga sekarang ini mungkin ramai yang panik jika mereka tidak megkaji graf sebelum ini. Ataupun dalam erti kata lain mengkaji trend kenaikan harga emas.
Sedikit maklumat yang perlu dihadam oleh pelabur emas atau trader emas.
1. Harga emas tahun ini bermula dengan mendaki tinggi dan menyusut sehingga paras harga di awal tahun. Trend ini juga sama  seperti tahun 2008.
2. Kenaikan harga emas mendaki lebih kurang 200usd/oz sebelum ia jatuh sama macam tahun 2008.
3. Harga emas menurun lebih kurang 2 bulan sebelum mendaki,kemudian trend menurun semula berdasarkan graf pada tahun 2008.
4. Kesimpulan sekarang. harga menurun pada harga terendah 2 hari lepas pada harga lebih kurang 1540 usd/oz dan naik semula.
5. Kebaikan kepada trader dan pelabur. pada 2 hari lepas adalah masa terbaik untuk menambahkan stok.
6. Melihat kepada trend menaik sekarang jangan gopoh untuk menjual, tunggu ketika trend menaik pada puncak. jika mahu menjual sekarang, jual harga lebih tinggi sedikir dari harga semasa untuk restock barang jika harga melambung lagi selepas kita menjual.
7. Jika mahu menjual sekarang jangan jual semua stok yang kita ada. buat kepada beberapa lot yang perlu dijual dan lot yang perlu disimpan. bagi mengurangkan risiko harga reverse trend.
8. Selepas menjual stok yang ada pada harga puncak trend. ready untuk kejatuhan harga yang lebih rendah dari harga tapak(support) sebelumnya..
9. Masa itu kita boleh jual perlahan2 stok kita sehingga harga sampai pada tapak.semasa harga tapak, restock barang kita. seperti biasa jangan restock semua duit yang kita ada. bagi langkah berjaga2.
10. Walaupun harga jatuh sehingga akhir tahun, tapi harga akan naik semula lebih tinggi berbanding harga awal tahun. jadi bagi penyimpan emas untuk tempoh yang lama masih lagi mendapat untung pada akhir tahun.
SABAR… jangan jual lagi emas anda kerana sikap panik kita (takut harga emas tidak naik)seperti purata minimum 20% setahun. kerana tahun ini adalah tahun untuk kita menambah simpanan emas kita dan yang MENARIKNYA, tahun hadapan adalah tahun TERBAIK untuk buat UNTUNG.

TQ for Sharing
Azrie
013-3808031

30 Kelebihan Melabur dan Menyimpan Emas

1) Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur


2) Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku di mana sahaja pada bila-bila masa.


3) Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa


4) Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut Islam.


5) Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.


6) Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.


7) Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi

8) Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.


9) Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga


10) Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.


11) Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu.


12) Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik


13) Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 1gram – 100gram


14) Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.


15) Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja ke arah perkara yang membazirkan.


16) Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar.


17) Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.


18) Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam.


19) Membeli emas di dalam negeri dapat membantu aliran matawang di dalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes.


20) Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.


21) Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka.


22) Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual.


23) Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup


24) Hutang amerika syarikat berjumlah BERtrilion2 dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas.


25) Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup. 


26) Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya


27) Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.


28) Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka. Begitu juga dengan negara Vietnam.


29) Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.


30) Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.


Azrie
013-3808031
Copyright from Portal

Sunday, July 15, 2012

50 Fakta Menarik Tentang Emas


Fakta-Fakta Menarik Tentang Emas:-


1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.

2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)

3. Nombor atom untuk emas adalah 79

4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulukala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial

6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.

7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi

8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.

9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun di dalam air

10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang. Ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.

11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.

12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161 juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.

13. Di dalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor di dalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.

14. Emas tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik.
  
15. Emas adalah logam peralihan.

16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindakbalas dengan unsur lain.

17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut di dalam Asid Nitrik. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindakbalas dengan Asid Nitrik.

18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
  
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas di dunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.

20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.

21. 1 Ounce (31.3grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~ (57m x 57m)

22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent.

23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain (perak, kuprum)

24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah: Kekerasan, Kekuatan, Sifat kelogaman (metallugical), Suhu lebur, Perubahan warna sesuatu kualiti emas.

25. Emas digunakan di dalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.

26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red

27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat

28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan: Hasilnya adalah logam emas padu.

29. Emas tulen 24 Karat tidak mempunyai rasa dan bau.

30. Emas sangat tumpat: 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg

31. Warna emas tulen adalah kuning metalik.

32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu (Cesium, 55)

33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1)

34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)

35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuksemulajadinya.

36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagaitambatan matawang. Jumlah emas yang disimpan banknegara = wang yang dicetak

37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannyatidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.

38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.

39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.

40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.

41. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.

42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.

43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999

44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.

45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)

46. Emas tulen diukur sebagai 24 karat (k)

47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22 karat (916).

48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa di bentuk kepada emas 24 karat.

49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, British Gold Sovereign dan SouthAfrica Krugerran adalah dalam bentuk 22 Karat.

50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.

Azrie Irzary
013-3808031

Wednesday, July 04, 2012

5 Keuntungan Pengedar (Chatting Style)

Adekah syarikat akn bg keuntungan?

1. Bila join 1k ahli, syrkt akan entitle kita as dealer... kita akan dapat 16 keistimewaan dan kelebihan sebagai pengedar...

salah satu keistimewaan tu, akan dpt masuk seminar pemantapan dealer... nilai seminar itu sahaja dah 500/seorang, as dealer, kita dpt free!

itu slh satu la... dr 16 tu... nt sy bg list kelebihan...

byk lg, ada khairat kematian 500 utk 2 tahun, boleh dpt tab jika capai 10 dealer sepanjang tahun 2012 dn mcm2...

itu dh sy kira keuntungan...

masuk shj seribu, dah dpt 16 kelebihan yg nilainya lebih 2k. x untung ke?
sbb tu sy bgtau awal2 marketing tools.. as business man, perlu ada preparation diri...
takkan nak berjuang tanpa tools izwan.. company kena bg support... dan itulah support yg company bg...
yg 2 -6 br citer untung dalam bentuk nilai wang atau fiat...

2. Beli atau jual brg kemas 999 dpt untung 15/g, brg kemas 916 dpt untung 10/g, goldbar 999 dpt untung 11/g dan produk silver dpt 2%... byrn keuntungan di kira secara terkumpul dan dibayar selepas sebulan. di bayar 1-7 hb pd bulan berikut...

rm 15 per gram.. maksudnya kalau beli emas 10gram nilai 1800.00. kita akan dpt untung as dealer 150.00...

everage keuntungan produk adalah 5-8% bg emas dan 2% dr nilai seluruh harga utk perak...
3. Bonus kenalkan pengedar baru pd syarikat 100/person
cukup 10 org.. kita dpt 100 x 10 org = 1000 dan syrkt tmbh lg 1 tab7+ nilai 1,300 as sebagai ganjaran marketing sebab kenalkan 10 org utk tahun 2012...

bonus kenalkan ahli baru

4. Buyback... jika kita dh beli apa sahaja produk emas GSR, then katakan nak jual balik produk yg kita beli... jual semula pd GSR, GSR akan beli semula pd harga semasa... dan GSR return RM4/g as dealer...

5. Belian emas terpakai. jika kita ada rakan2, kwn atau sedara mara, famili nak jual emas, GSR beli... as dealer, ganjaran nya adalah rm3/g


6. Overridding Dealer. Yg ini tgk pd title kita. Ada sedikit perincian... Tetapi secara umunya adalah 1.5/g pd setiap pembelian dealer bwh kita, kita akan dpt. Dan ia adalah 1 level sahaja. So kita bukan MLM yg banyak kaki...
Support GSR - company trading BUMIPUTERA Islam dan terbuka pada semua BANGSA.. Insya Allah.

Irzary
013-3808031

Monday, June 25, 2012

50 Idea "Bagaimana Untuk Meningkatkan DUA KALI GANDA Pendapatan Anda Dan Menarik Lebih Ramai Pelanggan Kepada Anda Dalam Masa Yang Singkat!"

Daripada Penulisan Dr Azizan... Saya senaraikan share info ini untuk anda semua dan saya sendiri lakukan! Insya Allah.. manfaat ini amat berguna untuk diri kita...




50) Kongsikan apa yang anda tahu kepada orang lain: Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog ,laman web atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.

Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran. Kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.
Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.

49) Mencipta suasana yang sesuai dengan tema semasa: Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan pelanggan. Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju "cheong-sam" serta memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher berbuka puasa kepada pelanggan anda. Kadang-kadang anda boleh melihat kepada trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang dan jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda. Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem "Harry Porter" di panggung wayang, anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepada seperti tukang sihir di dalam filem "Harry Porter" pada hari tertentu dan ini akan menarik ramai anak-anak yang akan "menarik" ibu-bapa mereka untuk ke kedai dan melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka mungkin pembelian harga istimewa?
Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan "Transformer" dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan! 

48) Berikan kad diskaun atau voucher percuma: Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka. 

47) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa : Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling "power" di dalam menghadapi persaingan di dalam perniagaan. Jangan anggap yang disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar! 

46) Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah: Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan "database" pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, FACEBOOK atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang kempen anda. Anda boleh pelajari semua teknik ini dengan lebih terperinci di dalam program "Seminar Marketing Power" saya nanti. 

45) Tambah maklumat baru di laman web anda: Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimisation) untuk meningkatkan ranking laman web anda di enjin carian seperti Google. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat. 

44) Blog: Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan Blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma. 

43) Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda: Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti "Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara....?" Tetapi anda tidak tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti. Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda. 

42) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda : Letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda dan anda dilihat seperti syarikat "besar punya". 

41) Rakamkan video anda di YouTube: Steve Job, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK. 

40) Melaburlah untuk mendapatkan kredibiliti daripada pihak ketiga : Sekiranya ada cara untuk anda mendapatkan akreditasi atau kelayakan professional di dalam industri yang anda ceburi, pastikan yang anda melabur untuk mendapatkannya. Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka panjang, ia akan membantu menambah nilai perniagaan anda serta meningkatkan kelayakan kepakaran anda. 

39) Mempromosi ketika pelanggan sedang menunggu atau sedang menunggu di talian:Sekiranya anda perlu meminta pelanggan menunggu atau menunggu di talian telefon sebelum ianya disambungkan kepada pihak yang berkenaan, pastikan yang mereka yang sedang menunggu diberikan bahan bacaan yang membantu mempromosikan perniagaan anda. Sekiranya di talian, pastikan mereka mendengar rakaman yang mempromosikan produk atau perkhidmatan anda dan bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik yang tidak membantu menambah nilai perniagaan anda.
38) Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain: Hadiah pen dengan logo syarikat anda mungkin membosankan dan orang mudah lupa. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza, seperti seluar dalam yang berlogokan syarikat anda contohnya, atau topi santa claus berlogo, atau mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka mandi "bersama-sama" anda setiap hari? 

37) Minta dan gunakan testimonial pelanggan: Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda. 

36) Berikan jaminan wang dikembalikan: Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.
35) Berkawan dengan selebriti radio atau TV: Cari jalan untuk merapatkan diri dengan selebriti radio atau tv. Mereka adalah manusia biasa yang sukakan penghargaan. Kirimkan mereka hadiah yang luar biasa yang membuatkan mereka akan menyebut nama anda apabila mereka bersiaran. 


34) Tukar mesej telefon anda : Sekiranya ada orang yang menelefon telefon pejabat atau telefon bimbit anda selepas waktu pejabat, ianya mungkin merupakan peluang anda untuk memasarkan kepada mereka. Tukar mesej panggilan telefon anda daripada "Maaf, kami sedang sibuk, sila tinggalkan pesanan anda!", tukarkan kepada "Maaf, kami amat sibuk melayan pelanggan kami sepanjang hari dan kami agak keletihan. Tinggalkan nama dan nombor telefon anda, kami pasti akan memanggil anda semula pada pukul 9.05pagi nanti!" 


33) Mewujudkan sistem memperkenalkan kawan: Sekiranya pembekal atau pelanggan gembira untuk berurusan dengan anda, anda boleh memberikan mereka penghargaan contohnya voucher RM50 untuk setiap pelanggan baru yang diperkenalkan.


32) Lancarkan kempen untuk membuat sesuatu perubahan: Apakah perkara yang membuat orang ramai tidak gembira atau tidak berpuashati? Anda boleh menjadi penganjur kepada sesuatu kempen kesedaran di kawasan anda, contohnya, kempen menentang aedes. Sekiranya perniagaan anda memang secara terus dapat menyelesaikan masalah ini, ia adalah lebih baik.


31) Menawarkan perundingan atau memberikan ucapan: Cari kumpulan sasaran yang dikehendaki dan sertai mereka, tawarkan kepakaran anda dengan memberikan perundingan atau ucapan secara percuma. Ia akan mula membina anda untuk menonjol sebagai pakar dalam bidang tersebut.


30) Berpakaian menarik mengikut tema pakaian tertentu : Ia hampir sama dengan idea sebelum ini, tetapi ini adalah berpakaian mengikut tema pada hari-hari tertentu dalam seminggu. Ini akan membuatkan pelanggan tertarik dengan keceriaan kedai atau pejabat anda.


29) Berkenalan dengan hampir sesiapa sahaja: Mereka yang bijak membuat pemasaran adalah mereka yang bukan berkenalan dengan orang lain untuk menjual tetapi berkenalan untuk mengenali orang lain, ketahui apa yang mereka lakukan. Pendek cerita, berkawan dan minat untuk mengenali orang lain. Tetapi, suka atau tidak, mereka pasti akan mula bertanya tentang apa yang anda lakukan. "Terpaksalah" anda kongsikan tentang perniagaan anda.


28) Menulis Ebook percuma: Ya, tuliskan ebook atau artikel dan berikan secara percuma di laman web anda atau melalui emel. Ia akan membina kredibliti anda.


27) Menaikkan Harga : Kadang-kadang, strategi menurunkan harga bukanlah cara paling baik untuk menarik pelanggan tetapi menaikkan harga pun boleh menarik pelanggan kepada anda. Anda mungkin akan kehilangan pelanggan yang "low-end" tetapi anda akan mendapat pelanggan yang lebih tinggi kualitinya.


26) Mulakan e-newsletter: Gunakan format newsletter yang mudah untuk sentiasa "stay connected" dengan pelanggan-pelanggan atau prospek anda. Ingat, rahsia pemasaran adalah bagaimana anda sentiasa mengingatkan mereka tentang "kewujudan" anda!


25) Ubah cara bagaimana telefon anda dijawab : Berikan staf anda kebebasan untuk mencuba menjawab telefon dengan stail yang berbeza tetapi bersemangat. Sekiranya kita menjawab panggilan telefon dengan senyuman dan ceria, pelanggan anda pasti dapat merasakan keceriaan tersebut, begitulah sebaliknya.


24) Gunakan krew promosi: Anda boleh mendapatkan krew "part-time" atau sementara yang boleh membantu anda membuat promosi serta memberikan informasi perniagaan anda kepada orang ramai. Pastikan mereka memakai tshirt yang mempunyai logo perniagaan dan kempen pemasaran anda. Pastikan mereka ceria apabila menyertai kempen ini.


23) Mempromosikan produk atau perkhidmatan anda secara bersilang (Cross Promotions) : Apakah produk atau perkhidmatan lain yang pelanggan anda mungkin perlukan? Setelah mereka membeli daripada anda, biasanya mereka gembira untuk tahu apakah produk lain yang anda boleh tawarkan.


22) Menjual hadiah/ voucher penghargaan : Ramai pelanggan gemar untuk membeli hadiah atau voucher untuk dijadikan hadiah kepada orang lain. Contohnya jika anda ke kedai buku Borders, mereka ada menjual voucher hadiah di kaunter tunai mereka untuk anda hadiahkan kepada orang lain.


21) Buat sesuatu yang di luar jangkaan : Apa perasaan anda jika kedai kek ditempat anda mengirimkan SMS kepada anda dan meminta anda untuk datang ke kedainya untuk mengambil hadiah istimewa atau memberikan anda diskaun kepada anda untuk hari itu sahaja, tanpa sebarang sebab. Hanya sebagai tanda penghargaan. Pasti anda akan rasa gembira. Itulah yang anda boleh lakukan kepada pelanggan anda. Anda boleh dapatkan sistem sms dan kredit percuma dan ia adalah sangat efektif.


20) Mengeluarkan Press Release : Salah satu perkara yang penting untuk anda lakukan adalah untuk menghantar press release kepada media. Press release dengan kisah yang menarik akan memberikan anda pendedahan percuma di akhbar atau majalah. Ini akan meningkatkan reputasi anda serta meningkatkan jualan anda.


19) Sertai mana-mana organisasi yang boleh menyokong perniagaan anda: Libatkan diri dengan mana-mana persatuan, kelab, dewan perniagaan atau koperasi yang dapat memberikan anda kelebihan untuk mengembangkan jaringan perniagaan anda serta meningkatkan perniagaan anda.


18) Menjual apabila anda mengeluarkan inbois: Sekiranya anda berurusan dengan pelanggan korporat atau syarikat kecil dan sederhana, biasanya yang melihat dokumen inbois tersebut adalah orang penting di syarikat tersebut. Buat satu cop getah yang berbunyi "Terima kasih kerana berurusan dengan kami, semoga kami mendapat bayaran yang pantas!" dan copkan di atas inbois tersebut.


17) Membuat katalog produk : Salah satu cara paling klasik untuk memberikan pelanggan informasi tentang senarai produk atau perkhidmatan anda. Untuk mengurangkan kos, adalah lebih elok produk tersebut di senaraikan di laman web anda dan ianya boleh dicetak daripada situ. Anda juga boleh menggunakan digital printing yang kosnya adalah lebih rendah daripada percetakan biasa.


16) Kempen Mengutip Sampah : Atau kempen bersihkan rumah kebajikan serta kempen menderma untuk tabung anak yatim. Pastikan anda terlibat secara aktif di dalam kempen yang melibatkan masyarakat setempat. Pastikan juga yang anda menaja Tshirt yang mempunyai logo syarikat anda serta membuat press release untuk mengumumkan kempen tersebut.


15) Gunakan kajian kes : Sama seperti testimonial pelanggan, kajian kes akan menunjukkan anda sebagai pakar dan pengalaman pelanggan yang gembira dengan anda.


14) Menggunakan kaedah pemasaran yang menyeronokkan : Pasang spotlight di atas bangunan majlis perbandaran yang menunjukkan logo perniagaan anda atau berikan belon yang mempunyai loga perniagaan anda kepada kanak-kanak, ia adalah cara pemasaran yang mudah tetapi berkesan.


13) Menulis kepada akhbar tempatan : Akhbar tempatan biasanya memerlukan banyak berita tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. Biasakan membeli akhbar tempatan serta menulis kepada editor mereka mengenai mana-mana isu yang anda boleh sumbangkan cadangan atau kepakaran.


12) Fokus untuk memperbaiki staf anda : Gunakan pihak ketiga untuk menguji dan menilai staf anda bagi memastikan yang mereka sentiasa menjaga reputasi syarikat serta memberikan yang terbaik kepada pelanggan anda.


11) Lakukan sesuatu yang orang lain tidak lakukan atau tidak dapat lakukan: Analisa pesaing anda dan perhatikan apa yang pelanggan anda perlukan tetapi tiada siapa yang berikan kepada mereka. Ia mungkin agak sukar tetapi berbaloi untuk dilakukan kerana ia akan membuatkan anda unik.


10) Pergi bercuti : Sekiranya anda bekerja 18 jam sehari, 7 hari seminggu tiap-tiap minggu bertahun-tahun lamanya, anda pasti akan ketandusan tenaga dan idea baru untuk memperbaiki perniagaan dan membuat strategi pemasaran baru. Apabila anda bercuti, anda mempunyai masa untuk melihat perniagaan anda dari perspektif yang berbeza dan biasanya anda akan mendapat lebih banyak idea untuk memperbaikinya.


9) Lancarkan publisiti tergempar : Buat sesuatu yang dapat menarik media dan orang ramai kepada anda atau perniagaan anda. Kalau boleh pastikan yang ianya ada kaitan dengan jenama anda atau perniagaan anda.


8) Gunakan forum di internet : Sekiranya anda ingin menambah database pelanggan yang datang ke laman web anda, luangkan masa 1 jam seminggu untuk menjawab emel atau soalan di forum yang ada kaitan dengan anda atau perniagaan anda.


7) Tips percuma di Facebook atau mana-mana sosial media di internet : Bersedia untuk memberikan tips percuma yang membantu orang lain tentang topik atau perkara yang ada kaitan dengan kepakaran anda. Ini membina reputasi anda dan mempromosikan perniagaan anda.


6) SMS pelanggan anda : Apa perasaan anda sekiranya setiap tahun, kedai kek berdekatan dengan rumah anda mengirimkan sms 1 hari sebelum harijadi anda dan paling awal mengucapkan selamat harijadi kepada serta menawarkan voucher diskaun pembelian kek kepada anda? Sistem SMS yang bagus dapat membantu anda untuk memprogramkan sistem automatik dengan nama pelanggan bagi menghantar sms dengan lebih efektif.


5) Tingkatkan imej anda, perniagaan atau kedai anda : Pelanggan suka berurusan dengan mereka yang sentiasa nampak baru, segar, terkini dan ceria.


4) Sokong Badan Kebajikan : Tuliskan di kad perniagaan serta pejabat atau perniagaan anda yang anda menyokong badan kebajikan mana serta sediakan tabung derma untuk pelanggan anda juga dapat membantu bersama-sama anda. Pelanggan suka ahli perniagaan yang pemurah.


3) Tulis dan kongsikan profil atau kisah anda : Ya, pelanggan suka mengenali latar belakang pengasas atau pemilik sesuatu perniagaan, apatah lagi anda yang mungkin pernah gagal dan hari ini lebih berjaya. Ia memberikan inspirasi dan meningkatkan nilai diri anda. Jangan fikir yang anda belum menjadi orang yang berjaya. Anda mungkin lebih berjaya daripada ramai mereka yang gagal di luar sana.


2) Emel : Mengirimkan emel kepada pelanggan anda dan memberikan panduan, tips atau memberikan perkembangan terkini tentang produk atau perkhidmatan anda akan membuatkan mereka tertunggu-tunggu berita daripada anda.


1) Sentiasa tersenyum dan teruja : Ya, ini adalah penting kerana pelanggan suka berurusan dengan mereka yang memberikan mereka tenaga positif. Pastikan anda juga boleh buat pelanggan tersenyum dan teruja selepas berjumpa dengan anda atau berurusan dengan anda. Mereka akan ingat dan kongsikan dengan orang lain secara percuma!