MukaSurat

Monday, January 28, 2013

SEMINAR DI PAHANG... 3 LOKASI UTK FEBRUARI 2013



3 lokasi pertama dalam bulan Februari 2013 akan menemui anda.
SMS pendaftaran sekarang utk mendapatkan info terkini mengenai trading emas dan perak serta menyertai kami di GSR

JOM JOIN GSR!

Azrie
013-3808031

‎30 JADUAL SEMINAR PELUANG PERNIAGAAN EMAS PERAK GSR DI SELURUH MALAYSIA (FEBRUARI 2013)



‎30 JADUAL SEMINAR PELUANG PERNIAGAAN EMAS PERAK GSR DI SELURUH MALAYSIA (FEBRUARI 2013).  Kenapa anda Perlu sertai GSR?? Pihak syarikat menyediakan peluang kepada anda untuk menjalankan perniagaan emas perak secara modal kecilan. 

LATIHAN DAN KURSUS disediakan SECARA PERCUMA untuk membimbing anda berjaya dalam perniagaan emas perak. Rebut peluang menyertai GSR. Sila daftarkan nama anda mengikut lokasi berdekatan anda.

WILAYAH TENGAH

PUTRAJAYA

TARIKH : 17 FEBRUARI 2013
LOKASI : AUDITORIUM 1, KOMPLEKS KEJIRANAN PRESINT 16, W.P. PUTRAJAYA.
MASA : 2.00 PETANG - 5.00PETANG 

TARIKH : 24 FEBRUARI 2013
LOKASI : BILIK MESYUARAT 1@2, KOMPLEKS KEJIRANAN PRESINT 8, PUTRAJAYA.
MASA : 2.00 PETANG - 5.00PETANG

SMS<NAMA_ANDA><LOKASI_SEMINAR><BIL_PESERTA> KE 013-370 8031
______________________________________________________

SELANGOR 

17 FEBRUARI 2013
HOTEL DE PALMA, SHAH ALAM.
2.00 PETANG - 4.00PETANG

24 FEBRUARI 2013
INSTITUT HARAPAN BANTING, BANTING
MASA: 10PG - 12TGH


24 FEBRUARI 2013
MASJID HASANAH, BANDAR BARU BANGI
MASA: 2.30PTG - 4.30PTG


SMS<NAMA_ANDA><LOKASI_SEMINAR><BIL_PESERTA> KE 013-370 8031
______________________________________________________

KUALA LUMPUR

TARIKH : 23 FEBRUARI 2013
LOKASI : DEWAN MASJID AL-AZIM, PANDAN INDAH, KUALA LUMPUR
MASA : 2.00 PETANG - 5.00PETANG 

TARIKH : 24 FEBRUARI 2013
LOKASI : BTS CENTER, TAMAN SETAPAK INDAH, KUALA LUMPUR
MASA : 2.00 PETANG - 5.00PETANG

SMS<NAMA_ANDA><LOKASI_SEMINAR><BIL_PESERTA> KE 013-370 8031
______________________________________________________

WILAYAH UTARA

PERLIS 

HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR, PERLIS
24 FEBRUARI 2013
2.00 PETANG 

SMS<NAMA_ANDA><LOKASI_SEMINAR><BIL_PESERTA> KE 013-370 8031
______________________________________________________

KEDAH

HOTEL LANGKASUKA LANGKAWI
2 PETANG - 6 PETANG
16 FEBRUARI 2013

INSPIN (INSTITUT PENGURUSAN DAN INTEGRITI NEGERI KEDAH
8.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI
22 FEBRUARI 2013

SMS<NAMA_ANDA><LOKASI_SEMINAR><BIL_PESERTA> KE 013-370 8031
______________________________________________________

PULAU PINANG

16 FEBRUARI 2013 (SABTU)
HOTEL SERI MALAYSIA BAYAN BARU, PULAU PINANG
2.30 PETANG - 4.30 PETANG

24 FEBRUARI 2013 (AHAD)
HOTEL SERI MALAYSIA KEPALA BATAS, PULAU PINANG
2.30 PETANG - 4.30 PETANG

SMS<NAMA_ANDA><LOKASI_SEMINAR><BIL_PESERTA> KE 013-370 8031
______________________________________________________

WILAYAH SELATAN

JOHOR

BILIK SEMINAR TS HOTEL, PASIR GUDANG,JOHOR
TARIKH : 3HB FEBRUARI 2013 (AHAD)
MASA : 2.00 PM- 5.00 PM (PENDAFTARAN :1.30 PM)

BILIK SEMINAR UTM SPACE, TAMAN UNIVERSITI, SKUDAI JOHOR
TARIKH : 23HB FEBRUARI 2013 (SABTU)
MASA : 2.00 PM- 5.00 PM (PENDAFTARAN :1.30 PM)

SMS<NAMA_ANDA><LOKASI_SEMINAR><BIL_PESERTA> KE 013-370 8031
______________________________________________________

N.SEMBILAN

TAMPIN REST HOUSE, TAMPIN NEGERI SEMBILAN
16 FEBRUARI 2013 (SABTU), 2.30-4.30 PETANG

SMS<NAMA_ANDA><LOKASI_SEMINAR><BIL_PESERTA> KE 013-370 8031
______________________________________________________

MELAKA 

Hotel Seri Malaysia Melaka.
TARIKH: 24hb February 2013, MASA : 11.00 AM - 2.00 PM

SMS<NAMA_ANDA><LOKASI_SEMINAR><BIL_PESERTA> KE 013-370 8031
______________________________________________________


WILAYAH TIMUR

KELANTAN

1. LOKASI SEMINAR: BILIK SEMINAR, PT 672, TINGKAT 2 BATU 4, JALAN KUALA KRAI, WAKAF CHE YEH (BERSEBELAHAN KASHMIR KARPET)
MASA: 10.30 AM - 12.30 PM
TARIKH: 9 FEBRUARI 2013 (SABTU)

2. LOKASI SEMINAR: BILIK SEMINAR, PT 672, TINGKAT 2 BATU 4, JALAN KUALA KRAI, WAKAF CHE YEH (BERSEBELAHAN KASHMIR KARPET)
MASA: 10.30 AM - 12.30 PM
TARIKH: 23 FEBRUARI 2013 (SABTU)

SMS<NAMA_ANDA><LOKASI_SEMINAR><BIL_PESERTA> KE 013-370 8031
______________________________________________________

TERENGGANU

SEMINAR DI PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI, KUALA TERENGGANU
LOKASI : BILIK SEMINAR PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI, KUALA TERENGGANU
TARIKH : 23 FEB 2013 (SABTU)
MASA : 9.00 PAGI - 11.30 PAGI

SEMINAR DI PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH MARANG
LOKASI : DEWAN SEMINAR PERPUSTAKAAN AWAM MARANG
TARIKH : 09 FEB 2013 (SABTU)
MASA : 9.00 PAGI - 12.00 THGARI

SEMINAR DI DUNGUN
LOKASI : DEWAN SEMINAR PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH DUNGUN
TARIKH : 16 FEB 2013 (SABTU)
MASA : 8.30 MLM - 10.30 MLM

SEMINAR DI KERTIH, KEMAMAN
LOKASI : BILIK SEMINAR ROSKEEN KITCHEN (ATAS BANK RAKYAT) KERTIH, KEMAMAN
TARIKH : 18 FEB 2013 (ISNIN)
MASA : 8.30 MLM - 10.30 MLM

SEMINAR DI CHUKAI, KEMAMAN
LOKASI : DEWAN SEMINAR SAFETYCHECK ENG. (ATAS STOKIS TUPPERWARE) CHUKAI, KEMAMAN
TARIKH : 26 FEB 2013 (SELASA)
MASA : 8.30 MLM - 10.30 MLM


SEMINAR DI BESUT
LOKASI : BILIK SEMINAR KAW. RUKUN TETANGGA JERTEH (SBLH PEJABAT POS JERTEH)
TARIKH : 22 FEB 2013 (JUMAAT)
MASA : 9 PAGI - 11.00 PAGI


SMS<NAMA_ANDA><LOKASI_SEMINAR><BIL_PESERTA> KE 013-370 8031
______________________________________________________

PAHANG DARUL MAKMUR

HOTEL SERI MALAYSIA KUANTAN PAHANG
TARIKH : 22 FEB 2013 (JUMAAT)
MASA : 8.30PM - 11.00 PM

DE RESIDENCE CAFE KUALA LIPIS PAHANG
TARIKH : 23 FEB 2013 (SABTU)
MASA : 2.30PM - 5.00 PM

DEWAN SEMINAR ANJUNG SERI, BANDAR BERA PAHANG
TARIKH : 24 FEB 2013 (AHAD)
MASA : 2.00PM - 5.00 PM

SMS<NAMA_ANDA><LOKASI_SEMINAR><BIL_PESERTA> KE 013-370 8031
______________________________________________________

WILAYAH SABAH

SABAH

TABUNG HAJI, KOTA KINABALU
TARIKH: 23 FEB 2013
MASA: 9AM-1PM

HOTEL LA, TAWAU
TARIKH: 23 FEB 2013
MASA: 9AM-1PM

PEJABAT DAERAH KECIL TELUPID-SANDAKAN
TARIKH: 23 FEB 2013
MASA : 9AM-1PM

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN LABUAN
TARIKH: 23 FEB 2013
MASA: 9AM-1PM

SMS<NAMA_ANDA><LOKASI_SEMINAR><BIL_PESERTA> KE 013-370 8031
______________________________________________________

WILAYAH SARAWAK

SARAWAK

•LOKASI : HOTEL HARBOUR VIEW,KUCHING
•MASA : 8.00 PAGI – 12.00 PETANG
•TARIKH : 10 FEBRUARI 2013

•LOKASI : DEWAN SUARAH KOTA SAMARAHAN
•MASA : 8.00 PAGI – 12.00 PETANG
•TARIKH : 24 FEBRUARI 2013

SMS<NAMA_ANDA><LOKASI_SEMINAR><BIL_PESERTA> KE 013-370 8031
______________________________________________________


JIKA ADA MASA YANG SESUAI DENGAN LOKASI DAN BERMINAT UTK HADIR KE SESI SEMINAR GSR 2013 PADA BULAN FEBRUARI INI, SILA SMS NAMA ANDA DAN BILANGAN PESERTA DAN NYATAKAN LOKAS SEPERTI DI ATAS.

CNTH: SMS <AZRIE><KUALA LIPIS><2 ORANG> 013-370 8031

PENYERTAAN ANDA DIGALAKKAN. SEMINAR DIBUAT SECARA PERCUMA. CABUTAN BERTUAH CINCIN EMAS BAGI SETIAP SEMINAR AKAN DIADAKAN. MANA TAU ANDA BERTUAH?

JOM RAMAI2, HADIR KE SESI SEMINAR GSR 2013!

KETERANGAN LANJUT HUBUNGI AZRIE/IRZARY DI TALIAN 013-370 8031/ 013-380 8031



Friday, January 11, 2013

Risiko 'MENYIMPAN EMAS FIZIKAL'

Assalam...

Post sy kali ini agak menggerunkan bunyinya tp, semakin bernilai aset yg kita simpan, semakin mengenali masyarakat luar tentang Emas dan Perak... ianya pasti akan memberikan risiko kepada pemilik dan penyimpannya.

Pada saya, jika ingin berjaya, kena juga pandai dan bijak menangani masalah risiko yang kita hadapi. Dalam post ini, kita berkongsi idea, apa, bagaimana, kesan dan penyelasaian risiko2 yang kita hadapi.. 
In Shaa Allah.. perkongsian yang ada ini sekurangnya boleh memberikan panduan kepada kita semua.





1. Berlaku musibah yang ditimpa
– Apabila berlaku kes jenayah ke atas diri kita seperti kecurian,ragut,samun dan rompakan. Dengan berlakunya perkara tersebut kita terpaksa menangung kerugian kehilangan emas tersebut daripada kehilangan nyawa sendiri kerana pelaku jenayah akan tekad membuat sesuatu yang tidak diigini bagi mendapatkan sesuatu.
Cara untuk mengatasi :
Membuat penyewaan peti simpanan (safe deposit box) di bank-bank serta syarikat yang menjalankan perkhidmatan tersebut. Pelbagai bank dan syarikat menawarkan penyewaan peti simpanan tersebut secara sewaan bayaran tahunan beserta dengan insurans untuk melindungi harta2 para pelabur.
Jumlah insurans mengikut pada jumlah bayaran tahunan yang dikenakan. Setiap bank dan syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut mempunyai kadar yuran tahunan yang berbeza mengikut saiz peti dan jumlah insurans yang diambil.
Cara yang tidak digalakkan adalah menyimpan emas-emas yang banyak di dalam rumah sahaja akan tetapi gunakanlah kreativiti anda untuk membuat tempat tersebut agar selamat dan terjamin.
2. Berlaku kerugian apabila menjual emas di kala masa yang tidak tepat.
– Seorang pelabur menjual emas tersebut untuk mendapatkan wang tunai di kala harga belian lebih rendah daripada jualan. Jika masa yang tidak sesuai untuk menjual emas tersebut kerugian akan diperolehi di dalam pelaburan emas.
Cara untuk mengatasi :
Pelabur perlu mempunyai ilmu asas di dalam pelaburan emas dan antaranya perlu mengetahui terma ataupun istilah yang digunakan di dalam pelaburan emas tersebut.
WE SELL = Harga rujukan untuk membuat pembelian ke atas emas tersebut daripada agen-agen.
WE BUY = Harga rujukan untuk pelabur-pelabur emas membuat jualan emas yang dimiliki kepada agen-agen.
Simpanlah dan tetapkanlah di dalam minda anda bahawa pelaburan emas ini di untuk jangkamasa 3 tahun ke atas. Lagi lama kita simpan lagi banyak keuntungan yang diperolehi di sebabkan kenaikan harga emas secara purata sebanyak 25% setahun.
Sebagai seorang pelabur, kita hendaklah memastikan emas yang hendak dijual kepada agen-agen adalah merujuk harga ‘WE BUY’ dengan melebihi harga yang kita telah membeli dahulu.
3. Terlibat dengan penipuan skim pelaburan emas.
– Emas adalah bukan satu skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap secara tahunan atau pun bulanan (dividen) kerana keuntungan emas adalah daripada kenaikan harga emas semasa. Penyertaan anda di dalam skim pelaburan ibarat menggadaikan kewangan anda untuk masa hadapan di sebabkan pengkhianatan individu tertentu yang mengawal dan menjaga skim pelaburan ataupun tindakan bank negara yang membekukan akaun tersebut setelah didapati menyalahi undang-undang.
Cara untuk mengatasi :
Apabila anda memiliki emas maka anda seorang sahaja yang menjaga dan mengawal penjualan dan pembelian emas tersebut tanpa mengharapkan individu-individu tertentu. Jadi, untuk berlaku penipuan dan pengkhianatan itu tiada kerana anda lah penentu untuk pelaburan tersebut sama ada menjadi rugi ataupun untung.Langkah terbaik anda hendaklah mempelajari ilmu asas mengenai sesuatu pelaburan sebelum menceburinya.
4. Memajak emas fizikal di Ar-Rahnu atau Pajak Gadai Konvensional.
– Dengan kelebihan pada emas fizikal anda telah menggunakan ar-rahnu untuk membuat pajakan. Kerugian tersebut adalah anda akan kehilangan emas jikalau gagal untuk melunaskan hutang yang telah di berikan oleh pihak bank. Kadang kala jika seseorang itu bermain pajak dan tidak kena pada teknik pemajakan, maka anda akan mengeluarkan sebahagian wang gaji untuk membayar upah simpan dan kenaikan harga emas itu tidak dapat menampung upah simpan tersebut. Bagi yang membuat pinjaman Ar-Rahnu untuk melakukan perniagaan dan di kala kecemasan gagal membayar hutang yang diberikan kerana sifat boros belanja.
Cara untuk mengatasi :
Apabila anda hendak bermain pajak di Ar-Rahnu, sila pastikan emas yang anda hendak membuat modal adalah melebihi 100gm paling minima. Ini adalah kerana jika berlaku perubahan kenaikan harga emas anda akan nampak perubahan harga tersebut berbanding orang yang memiliki 20gm dan 50gm emas. Ibarat yang boleh nampak didalam stock market seperti perbandingan orang yang memiliki 10 lot saham berbanding 1 lot saham.
Jika anda mempunyai jumlah unit yang banyak maka anda dapat melihat keuntungan yang besar apabila berlaku kenaikan harga yang sedikit berbanding orang yang mempunyai unit yang kecil. Selain itu, rancanglah perbelanjaan serta pastikan anda mempunyai budget yang cukup untuk menebus kembali emas anda walaupun kelebihan ar-rahnu anda bebas membayar mengikut sesuka hati anda asalkan sebelum tamat tempoh pemajakan emas tersebut.
Perlu diingatkan para pelabur emas ialah, tiada jaminan daripada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) untuk pembelian emas anda sebagai pelaburan.
Dengan risiko-risiko yang telah dinyatakan, maka anda hendaklah perlu berfikir sejenak untuk menangani risiko di atas untuk mendapatkan pelaburan yang selamat dan mendapat pulangan modal yang tinggi.
Bagaimana? Membantu? Keterangan lanjut hubungi saya. TQ pd TT
Azrie (013-3808031) @ www.gsr2u.com.my/irzary

Friday, January 04, 2013

MENINGKATKAN TABUNGAN DENGAN EMAS


TEKNIK GADAI EMAS (TABUNGAN EMAS)

Bismillahirahmanirahim. 

Sebelum saya mulakan, saya nak ingatkan teknik ni bukan untuk memberi keuntugan jangka masa pendek. Teknik ni lebih kepada tabungan. Tabungan emas. Teknik ni mmg ade kelemahan. Jadi anda boleh perhalusi kelemahan & kelebihan teknik ni.

1) Mula-mula dapatkan barang kemas. Lebih baik emas terpakai. Harga lebih murah berbanding emas baru.

2) Dengan menggunakan 1 barang kemas tadi. Barang tersebut boleh digandakan. Bagaimana?

3) Ok, gadaikan barang tersebut di Ar-Rahnu. Anda akan peroleh 65% atau 70% dari nilai sebenar barang kemas tadi.

4) Dengan duit pinjaman tadi anda boleh beli 1 lagi barang kemas. Baik, ketika ini anda sudah memiliki 2 barang. Tapi masalah kat sini barang masih duduk dengan Ar-Rahnu.

5) Sebelum buat keputusan memilih Ar-Rahnu, anda perlulah meneliti upah simpan yang dikenakan oleh Ar-Rahnu dan tempoh pinjaman tersebut serta syarat2 lain.

6) Baik, cara tersebut mmg tidak memberi keuntugan. Tapi teknik ini untuk Tabungan Emas yang baik. Sedikit demi sedikit barang anda telah digandakkan dengan menggunakan satu barang kemas. 

7) Ok, di bawah adalah contoh pengiraan upah simpan.

Contoh: 

Nilai belian barang kemas : RM 150gm x 10 gram
= RM 1,500.00

Nilai Gadaian : RM 1,500 x 70%
RM 975.00

Kadar Upah : RM 975.00 x 1.7%
RM 16.50 Sebulan

Gunakan Kaedah Bayar Ansur
Pinjaman Ar-Rahnu : RM 975.00
Kadar Upah Sebulan : RM 16.50 Sebulan.
Tempoh Pinjaman : 6 bulan + 4 bulan (10 bulan)

Bulan Pertama
Bayar Pinjaman RM100.00 
Bayar Upah Simpan RM 16.50
JUMLAH : RM116.50

Jadi, Pinjaman Baru Untuk Pinjaman Asal : RM975 – RM100 = RM875.00.
Kadar Upah pun akan turun: RM875.00 x 1.7% = RM14.80
Kadar upah dah turun dari RM14.80 dari RM16.50.
Dan Tempoh Pinjaman akan di perbaharui kepada 6 bulan + 4 bulan lagi.

Bulan Kedua
Bayar Pinjaman RM100.00
Bayar Upah Simpan RM14.80
JUMLAH : RM 114.80

Jadi, Pinjaman Baru Untuk Pinjaman Asal : RM875 – RM100 = RM775.00.
Kadar Upah pun akan turun: RM775.00 x 1.7% = RM13.10
Kadar upah dah turun dari RM13.10 dari RM14.80.
Dan Tempoh Pinjaman akan di perbaharui kepada 6 bulan + 4 bulan lagi.

p/s:- Dengan teknik ni la sahabat saya dapat mengumpul emas dari sedikit demi sedikit sehingga emas yang dimiliknya sudah hampir 1 kilo..Dia tebus ckit2. Keje makan gaji je tapi dah 4 tahun dia buat mcm ni, skrang dah boleh beli rumah dengan bayar cash. 

Sekadar berkongsi..

IRZARY
www.gsr2u.com.my

Wednesday, November 28, 2012

JOM MAKAN EMAS!!!!!



ineral berharga dijadikan hiasan makanan kesihatan cara orang kaya tonjol kemewahan

LAZIMNYA, kita mende­­ngar emas mineral pa­­ling berharga di muka bumi ini hanya digunakan dalam pembuatan barang kemas dan dijadikan pengu­­kur untuk penentuan mata wang.

Namun, penggunaan emas yang harganya kini mencecah RM215 satu gram sebenarnya lebih daripada itu. Malah bagi orang kaya, emas bukan saja digunakan sebagai barang perhiasan diri dan kediaman tetapi juga dijadikan bahan makanan. Percaya atau tidak, itulah hakikatnya jika seseorang itu mempunyai kekayaan dan suka bermegah dengan kekayaan yang dimiliki.

Sebenarnya, gaya hidup memakan emas ini sudah diamalkan beratus tahun dulu, malah masyarakat Mesir kuno di zaman kegemilangan Firaun menjadikan emas sebagai bahan makanan bagi menunjukkan kemewahan selain percaya tabiat memakan serbuk emas mampu mengekalkan kecantikan yang abadi.

Golongan bangsawan zaman Pertengahan di Eropah pula percaya pengambilan coklat dan gula-gula emas sebagai pembuka selera mampu ‘mengekalkan hati yang sihat’.
Mengikut fakta sains, emas boleh dimakan namun tidak menawarkan apa-apa khasiat pemakanan, malah mineral ini tidak mempunyai sebarang rasa atau dalam lain perkataan tawar.

Soalnya, bolehkah emas dimakan? Emas yang dimakan biasanya lebih lembut dan bukannya emas pe­­pejal yang digunakan dalam barang kemas bagi membuat cincin, anting-anting atau rantai leher, tetapi daun emas, kepingan emas, atau habuk emas yang ditambah untuk menjadi penghias makanan.
Daun emas tulen 24 karat adalah sangat lembut dan halus. Untuk dijadikan perhiasan biasanya dicampur de­­ngan aloi lain untuk mewujudkan tahap kekerasan yang berbeza selain melaraskan nada warna. Di pasaran, barang perhiasan boleh didapati dalam 14 karat, 18 karat atau 22 karat kerana ia dicampur dengan tembaga dan bahan mineral lain.

Emas 24 karat terlalu lembut untuk perhiasan bagi pemakaian seharian malah ia cepat lusuh. Daun emas mengambil prinsip yang sama yang mana kebanyakannya bercampur dengan tembaga dan tidak sesuai untuk dimakan. Namun, emas yang bercampur dengan perak masih boleh dimakan kerana dikatakan boleh dihadam.
Secara umum, emas dikategorikan sebagai unsur logam yang toksik untuk badan, emas tidak boleh pecah atau diserap badan kita.

Justeru, penggunaan emas yang boleh dimakan atau emas edibel ini sebenarnya hanya digunakan untuk menghias makanan dan minuman bagi menampakkan lebih mewah dan berharga. Mengikut kod pemakanan, emas dilabelkan dengan kod E175 sebagai pewarna makanan.

Di Abu Dhabi, Hotel Emirates Palace memperuntukkan lima kilogram emas yang boleh dimakan setiap tahun untuk dijadikan hiasan hidangan pencuci mulut.

Hotel itu mendapatkan bekalan kira-kira 5,000 botol serbuk emas daripada pengedar dan pengilang dari Jerman yang dianggarkan membabitkan kos RM15.8 juta (ASS$500,000) setahun.

Selain itu, serbuk emas menjadi bahan tambahan dihidangkan dalam minuman kopi ‘cappuccino’ dan penghias pencuci mulut coklat.

Di Russia, penggemar makanan dengan campuran emas biasanya akan mengambil serbuk emas untuk dimakan bersama kaviar dan tiram.

Beberapa restoran mewah di Amerika Syarikat turut menyediakan sajian emas bagi penggemar aksesori mewah itu dengan menjanjikan ‘gemerlapan di dalam’ seperti ‘bagel’ seumpama donat dengan krim keju putih dihiasi beri goji dan daun emas berharga RM3,176 (AS$1,000) setiap satu.

Pembuat gula-gula Los Angeles pula menjual Holiday Nougat, yang dibuat dengan kepingan daun emas 23 karat dan pemilik kedai aiskrim Serendipity yang terkenal di New York, Stephen Bruce, menjual ‘chocolate sundae Haute’ beku bersalut emas 23 karat berharga RM79,404 (AS$25,000).

Selain menjadi bahan makanan, emas juga digunakan dalam bidang perubatan bagi merawat beberapa jenis kanser, malah ia dikatakan mampu menjadi sebagai penyurih dalam tubuh manusia.

Satu sebatian mengandu­­ngi emas yang dikenali sebagai ‘disodium aurothiomalate’, digunakan dalam suntikan untuk rawatan penyakit artritis. Satu molekul organik yang kompleks dikenali auranofin, pula digunakan dalam rawatan beberapa kes artritis reumatoid.

Masyarakat zaman perte­­nga­­han di Eropah pada kurun ke-15 juga dicatatkan pernah menggunakan serbuk emas untuk memulihkan orang mabuk.

Kesimpulannya, jika anda mempunyai wang yang banyak dan memang suka bermegah maka tidak salah rasanya mencuba resipi 24 karat ini. Namun, tidak semua orang kaya ‘gila’ dan menjadikan hidangan emas untuk dijadikan sebagai makanan. Tepuk dada tanya selera. Adakah anda juga berselera emas?

Ayam Panggang Emas
Restoran Steakhouse Blackstone Long Island di Amerika Syarikat menyajikan ayam panggang disalur daun emas 24 karat dihidangkan bersama kentang lenyek dan lobak. Harga tidak dinyatakan.

Sushi bersalut Daun Emas
Sushi Roku di Caesars Palace Las Vegas digulung bersama daun emas 24 karat berintikan daging lembu Kobe, udang karang dan cendawan hitam.

White truffle Bagel
Restoran di Westin New York menyajikan sandwic dan bagel berinti krim keju putih ditabur serbuk emas serta beri goji dan Riesling berharga RM3,176 (AS$1,000) setiap satu

Aiskrim Sundae
Restoran New York Serendipity menjual aiskrim coklat Sundae Emas, diliputi 23 karat daun emas daun disertakan sudu khas emas 18 karat juga berharga RM3,176 (AS$1,000).

Kek Coklat Emas dan Berlian
Usahawan Angelito Araneta Jr menjual kek coklat yang mengandungi daun emas 24 karat dan berlian kecil berharga kira-kira RM7940.42 (AS$2,500) seke­­ping. Kek itu dibuat khusus untuk lelaki yang berhasrat melamar teman wanita mereka.

Kek Perkahwinan Emas
Kek perkahwinan bersalut daun emas banyak dijual di beberapa kedai kek di Britain namun harganya murah iaitu pada kadar RM24.50 bagi sekeping daun emas.

Capuccino Emas
Hotel Emirates Palace menjual cappuccino dengan campuran serbuk emas 24 karat dengan kulit kayu manis berharga RM79.40 9 (AS$25) secawan.

Kaviar
Kaviar atau telur ikan yang menjadi sajian mewah Russia ini ditabur serbuk emas dan dibalut dengan daun emas 24 karat berharga RM155,000 (AS$49,000).



~sumber : INTERNET~




irzary 013-3808031

Tuesday, November 13, 2012

GOLD BAR 999 GSR (1G, 5G & 10G) dan DINAR EMAS SYIFA 917


1 GRAM GOLD BAR GSR

Harga (Hubungi Utk Update Harga)
PM (FB:azriemasperak) SMS/CALL: 013-3808031
Kos Pengangkutan: (Semenanjung: RM10); (Sabah & Sarawak: RM20)
(Melalui RANGKAIAN EMASPERAK2U, TIADA KOS PENGANGKUTAN DIKENAKAN)


:- Bar Emas GSR dengan Ketulenan 999 direka untuk mereka yang mempunyai matlamat simpanan.
:- TIADA KOS BUATAN.
:- Setiap Produk bar GSR melalui ujian pihak ketiga (Assayer) untuk memastikan kualiti dan ketulenan dijamin.
:- Setiap produk bar didatangi dengan SIJIL KETULENAN yang dilengkapi dengan PELEKAT HOLOGRAM KESELAMATAN.



5 GRAM GOLD BAR GSR

Harga (Hubungi Utk Update Harga)
PM (FB:azriemasperak) SMS/CALL: 013-3808031
Kos Pengangkutan: (Semenanjung: RM10); (Sabah & Sarawak: RM20)
(Melalui RANGKAIAN EMASPERAK2U, TIADA KOS PENGANGKUTAN DIKENAKAN)


:- Bar Emas GSR dengan Ketulenan 999 direka untuk mereka yang mempunyai matlamat simpanan.
:- TIADA KOS BUATAN.
:- Setiap Produk bar GSR melalui ujian pihak ketiga (Assayer) untuk memastikan kualiti dan ketulenan dijamin.
:- Setiap produk bar didatangi dengan SIJIL KETULENAN yang dilengkapi dengan PELEKAT HOLOGRAM KESELAMATAN.



10 GRAM GOLD BAR GSR

Harga (Hubungi Utk Update Harga)
PM (FB:azriemasperak) SMS/CALL: 013-3808031
Kos Pengangkutan: (Semenanjung: RM10); (Sabah & Sarawak: RM20)
(Melalui RANGKAIAN EMASPERAK2U, TIADA KOS PENGANGKUTAN DIKENAKAN)


:- Bar Emas GSR dengan Ketulenan 999 direka untuk mereka yang mempunyai matlamat simpanan.
:- TIADA KOS BUATAN.
:- Setiap Produk bar GSR melalui ujian pihak ketiga (Assayer) untuk memastikan kualiti dan ketulenan dijamin.
:- Setiap produk bar didatangi dengan SIJIL KETULENAN yang dilengkapi dengan PELEKAT HOLOGRAM KESELAMATAN.


DINAR SYIFA GSR

Harga (Hubungi Utk Update Harga)
PM (FB:azriemasperak) SMS/CALL: 013-3808031
Kos Pengangkutan: (Semenanjung: RM10); (Sabah & Sarawak: RM20)
(Melalui RANGKAIAN EMASPERAK2U, TIADA KOS PENGANGKUTAN DIKENAKAN)


:- Dinar Emas SYIFA GSR dengan Ketulenan 917 direka khas untuk merkea yang mempunyai matlamat simpanan.
:- TIADA KOS BUATAN
:- Setiap produk GSR melalui ujian pihak ketiga (Assayer) untuk memastikan kualiti ketulenan terjamin.
:- Setiap produk bar didatangi dengan sijil ketulenan yang dilengkapi dengan hologram keselamatan.

HUBUNGI RANGKAIAN EMASPERAK2U
013-3808031
WWW.GS2U.MY
www.gsr2u.com.my/irzary