Selain dari diri
Rasulullah yang terdapat contoh yang sempurna, kita juga boleh belajar dari
sahabat-sahabat Baginda dalam mengembalikan kemakmuran Islam yang kita
cita-citakan ini. Salah satu sahabat Baginda yang patut kita contoh adalah
Abdurrahman bin Auf yang kejayaannya dalam berniaga menjadi teladan bagi
seluruh pengusaha Muslim saat ini, dalam hal urusan akhirat pun banyak yang
dapat dicontohi dari Abdurrahman bin Auf ini kerana beliau termasuk dalam
senarai sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga. Berikut adalah karektor2
Abdurrahman bin Auf & sedikit mengenai latar belakang beliau..Ayuh
sama-sama kita bandingkan sifat-sifat beliau dengan diri kita sendiri..mana
yang sama & mana pula yang tidak serupa. Yang sama Alhamdulillah..semoga
Allah kekalkan & mana yang tidak serupa itu, semoga kita berusaha untuk
mencapai kesamaan tersebut..lillahi Taala. Inshaallah..
1. Abdurrahman bin Auf termasuk sahabat yang
masuk Islam sangat awal, tercatat beliau orang yang ke-8 yang bersyahadah 2
hari setelah Abu Bakar. Beliau juga termasuk salah satu dari sepuluh (10)
sahabat yang dijamin masuk syurga.
2.
Beliau termasuk salah satu dari enam (6)
orang yang ditunjuk oleh Umar bin al-Khathab untuk memilih khalifah sesudahnya..
3.
Beliau seorang mufti yang dipercayai oleh
Rasulullah SAW untuk berfatwa di Madinah padahal Rasulullah SAW masih hidup.
4.
Beliau terlibat dalam Perang Badar bersama Rasulullah
SAW & menewaskan musuh-musuh Allah. Beliau juga terlibat dalam Perang Uhud
& bahkan termasuk dalam golongan yang bertahan disisi Rasulullah SAW ketika
tentera kaum Muslimin banyak meninggalkan medan peperangan. Dari peperangan ini
ada 9 luka parah ditubuhnya & 20 luka kecil yang diantaranya ada yang
sedalam anak jari. Dua perang ini juga menyebabkan luka dikakinya sehingga
Abdurrahman bin Auf harus berjalan dengan pincang, dan juga mematahkan
sebahagian giginya sehingga beliau berbicara dengan sedikit pelat.
5.
Suatu saat ketika Rasulullah SAW berpidato
menyuntik semangat kaum Muslimin untuk berinfaq di jalan Allah, Abdurrahman bin
Auf menyumbang separuh hartanya yang senilai 2,000 Dinar atau sekitar hampir RM
1.4 juta pada saat ini (bayangkan pada zaman itu seseorang yang mempunyai harta
sebanyak itu sudah boleh dianggap sangat kaya, walhal ketika beliau
menyumbangkan sejumlah tersebut, beliau masih 'belum betul-betul kaya' dan
hartanya baru berjumlah 4,000 Dinar). Atas sedekah ini beliau didoakan khusus
oleh Rasulullah SAW yang berbunyi, "Semoga Allah melimpahkan berkatNya
kepadamu, terhadap harta yang kamu berikan. Dan semoga Allah memberkati juga
harta yang kamu tinggalkan untuk keluarga kamu." Doa ini benar-benar
terbukti dengan kejayaan demi kejayaan Abdurrahman bin Auf berikutnya.
Al-maklum sahajalah, bila kekasihNya memohon doa, tentu sahaja Allah memberi
perkenanNya.
6.
Ketika Rasulullah memerlukan dana untuk
Perang Tabuk yang mahal & sulit kerana medannya jauh, ditambah situasi
Madinah yang lagi dilanda musim panas, Abdurrahman bin Auf mempeloporinya
dengan menyumbang 200 uqiyah emas sampai-sampai Umar bin al-Khatthab berbisik
kepada Rasulullah SAW, "Apakah Abdurrahman berdosa kepada keluarganya
kerana tidak meninggalkan wang belanja sedikitpun untuk keluarganya?"
Mendengar ini, Rasulullah SAW bertanya kepada Abdurrahman bin Auf, "Apakah
kamu meninggalkan wang belanja untuk isterimu?" "Ya!", jawab
Abdurrahman. "Mereka saya tinggalkan lebih banyak & lebih baik dari
yang saya sumbangkan." "Berapa?", tanya Rasulullah.
"Sebanyak rezeki, kebaikan, dan pahala yang dijanjikan
Allah.",jawabnya.
7.
Setelah Rasulullah wafat, Abdurrahman bin Auf
bertugas menjaga kesejahteraan & keselamatan Ummahatul Mu'minin (para
isteri Rasulullah SAW).
8.
Abdurrahman bin Auf pernah menyumbangkan
seluruh barang yang dibawa oleh kafilah perdagangannya kepada penduduk Madinah
padahal seluruh kafilah ini membawa barang dagangan yang diangkut oleh 700 unta
yang memenuhi jalan-jalan kota Madinah. Selain itu juga tercatat Abdurrahman
bin Auf telah menyumbangkan dengan sembunyi-sembunyi atau terang-terangan
antara lain 40,000 Dirham (sekitar +/- RM 1.08 juta wang sekarang), 40,000
Dinar (senilai +/- RM 27.2 juta wang sekarang..wowww!!!), 200 uqiyah emas, 500
ekor kuda & 1,500 ekor unta. (berkat Allah bersamanya..)
9.
Beliau juga membiayai para veteran perang
Badar yang masih hidup waktu itu dengan biaya sebesar 400 Dinar ( sekitar +/-
RM 272,000) setiap orang untuk veteran yang jumlahnya tidak kurang dari 100
orang!
10. Dengan
begitu banyak yang diinfaqkan di jalan Allah, beliau ketika meninggal pada usia
72 tahun masih juga meninggalkan harta yang sangat banyak iaitu terdiri
daripada 1,000 ekor unta, 100 ekor kuda, 3,000 ekor kambing & masing-masing
isteri mendapatkan warisan 80,000 Dinar. Padahal warisan isteri-isteri ini
masing-masing hanyalah 1/4 dari 1/8 (isteri mendapat 1/8 daripada harta &
kerana ada 4 isteri, harus pula jumlah itu dibahagi 4). Ertinya, kekayaan yang
ditinggalkan Abdurrahman bin Auf saat itu berjumlah 2,560,000 Dinar atau sebesar
RM 1,740,800,000 (RM 1.7408 Billion!!!!!)
Bagaimana Abdurrahman
bin Auf sangat berjaya dalam perniagaannya & dijamin pula masuk syurga?
Sedangkan pada zaman sekarang, ramai yang berniaga, ramai juga yang
kaya-raya..tetapi syurga kah matlamatnya??? Berikut adalah amalan/prinsip
beliau yang boleh kita tiru..inshaallah..
- 1. Seluruh usahanya hanya ditujukan untuk mencari redha Allah semata.
- 2. Bermodal & berniaga barang yang halal dan menjauhkan diri dari barang yang haram bahkan yang syubhah sekalipun.
- 3. Keuntungan hasil usaha bukan untuk dinikmati sendiri melainkan hak Allah, sanak keluarga & untuk perjuangan di jalan Allah.
- 4. Abdurrahman bin Auf seorang pemimpin yang mengendalikan hartanya, bukan harta yang mengendalikannya.
- 5. Sedeqah telah menyuburkan harta Abdurrahman bin Auf, sampaikan ada penduduk Madinah yang berkata, "Seluruh penduduk Madinah terikat dengan Abdurrahman bin Auf pada hartanya. Sepertiga dipinjamkannya pada mereka, sepertiga untuk membayari hutang-hutang mereka, dan sepertiga lagi sisanya dibahagi-bahagikan kepada mereka."
- 6. Kesekuruhan harta Abdurrahman bin Auf adalah harta yang halal, sehingga Uthman bin Affan RA, yang termasuk kaya pun bersedia menerima wasiat Abdurrahman ketika membahagikan 400 Dinar bagi setiap veteran Perang Badar. Atas pembahagian ini Uthman bin Affan berkata, "Harta Abdurrahman bin Auf halal lagi bersih, dan memakan harta itu membawa selamat & berkat."
RENUNGKANLAH
BERSAMA......
AZRIE ALI
SL0025
013-3808031
No comments:
Post a Comment