MukaSurat

Saturday, March 03, 2012

Kenapa Invest Emas dan Perak: Inflasi Hartanah di Malaysia

Assalamualaikum WBTH.

Sekadar melihat sudut investment dengan lebih besar. Merujuk kepada website saudara Amree: http://www.petibesi.net/2011/02/inflasi-hartanah-di-malaysia/ Saya membaca dan saya mengambil peranan berkongsi dengan pembaca:

----------------------------------



Bulan lepas saya ada satu perbualan dengan seorang kenalan yg baru berkerja berkenaan pembelian rumah. Walaupun berkerja disebuah syarikat yg tekemuka dan bergaji agak lumayan, namun keluhan tetap timbul.
“Macam gini sampai tua pun tak boleh beli landed house.”
“Kalau beli condo or apartment pun kecik sahaja”
“Toksah berangan lah nak beli prime area. Dok kat kampung or hutan je lah”
“Macamana nak bayar bulanan 2,500 sebulan ? Downpayment pun dah 50k. Lagi tunggu lagi naik harganya”
Saya memang tumpang bersedih dengan sahabat seorang ni dan juga kepada mereka-mereka yang baru melangkah ke alam pekerjaan.

“Landed house” yg “decent” dan Freehold dari pemaju yang boleh dipercayai, pada harga hari ini di Lembah Klang, rumah teres tengah 22×70 harga bermula dari RM500,000. Condominium dua bilik seluas 700 kaki persegi bermula dengan harga RM300,000.

Di sebuah kawasan yang saya mahir, pada 2006 harga satu kaki persegi nilai sebuah lot rumah ialah RM163. Pada hari ini RM355 sekaki persegi. Iaitu kenaikan sebanyak 117%, lebih kurang 23% setahun.
Adakah gaji kita naik 10% setahun ? Dan jangan kita lupa, harga barangan sentiasa naik setiap tahun.
Pada pendapat saya, kenaikkan harga hartanah sebanyak 10% setahun sudah dikira “ekstrem”. Kalau kelompok yang kecil tak mengapa, tetapi nampaknya sekarang semua tempat begitu, tak kira tanah lombong, tanah rezab atau tanah bekas pelupusan sampah. Lebih dari 10% rings too many bells”, saya agak kurang yakin, seperti satu resepi utk sebuah “property bubble”.

Pada pendapat saya, apa yang kita lihat sekarang ialah inflasi, terlalu banyak duit mengejar barangan yang sedikit. Ramai orang mampu nak beli rumah kedua atau ketiga. Ditambah dengan pinjaman perumahan yang mudah sekarang, faedah yang rendah dan kemudahan pengeluaran dari KWSP.

Sekarang tiada orang yg mempersoalkan, bank tak kisah, adjuster tak kisah, buyer pun tak kisah. Bila orang mula sedar dan mula mempersoalkan “Betul ke nilai sebenar rumah tersebut RMx,xxx,xxx ?” seperti yang berlaku semasa US Sub Prime Mortgage 2008. Seperti mana-mana inflasi, ia akan tiba pada satu tahap, “free market” dan inflasi akan “membetulkan” semula harga kepada nilainya yang sebenar.

Sekadar Berkongsi situasi. Jika 2006 kita sudah menyimpan 500g Emas dan 500g Perak... Adakah kuasa membeli ditangan kita? Bukan hartanah rumah sahaja, mungkin bangunan, wisma, tanah dusun dan pelbagai prospek hartanah lain mampu kita miliki kerana kuasa nilai Emad dn Perak kita miliki. Wallau alam

Wassalam

Azrie
013-3808031
SL0025
GOLD SILVER RESOURCES M SDN, BHD.

No comments: