Ada 7 perkara yang harus anda elakkan
dari melakukannya. Saya akan kupas dalam artikel ini secara ringkas tetapi mencapai matlamat pemahaman saya dan anda.
DONT TO BE:
Lazy
Simply ar-Rahnu
Sale your Gold
Saving Fiat
Waiting
Refuse
Selfish
1. Jangan Malas (Lazy)
Sebaik sahaja anda sedar tentang
emas, dapatkan info yang berkaitan dengan emas, sejarahnya, perkaitan
dengan wang kertas, jenis-jenis emas, produk yang ada di pasaran dan
banyak lagi yang perlu anda ketahui. Jangan malas untuk mencari info dan
ilmu berkaitan emas yang tidak pernah habis.
Ini akan membantu anda dari terjebak dengan skim pelaburan emas,syarikat yang menawarkan pembelian emas secara pemberian dividen
dan sebagainya. Pastikan anda beli emas-dapat emas dan jangan tertipu
dengan syarikat yang menjanjikan pelbagai pulangan bulanan kerana mereka
telah pun menjual dengan harga yang lebih tinggi dari syarikat emas
yang sedia ada. Disebabkan itu mereka boleh memberi anda dividen. Anda
harus berhati-hati kerana kebelakangan ini semakin banyak syarikat yang
menawarkan pelbagai tawaran yang boleh membuatkan anda rugi.
Beberapa syarikat emas yang menjalankan
skim pelaburan emas beberapa tahun dahulu masih belum selesai kes
dengan BNM, oleh itu janganlah kita menambahkan bilangannya. Syarikat yang
dimaksudkan ialah XXX, jangan
terpedaya dengan hibah yang dijanjikan kerana anda sudah membayar lebih
sebenarnya. Dan yang terkini, scam yang sedang mengganas ialah XXX yang memperdaya orang ramai dengan menggunakan nama syarikat pelombong di Kanada.
Anda juga boleh mendapatkan mentor
untuk membimbing anda. Saya sendiri salah seorang yang membimbing ramai
orang untuk memahami simpanan emas secara personal dengan cara online
dan offline.Boleh klik www.gsr2u.com.my/irzary
2. Jangan Ar rahnu sebarangan (Simply ar-Rahnu)
Ramai yang menyalahgunakan perkhidmatan
ar-rahnu kebelakangan ini. Peranan ar-rahnu ialah memberi pinjaman
bercagar kepada yang memerlukan dan bukan kepada mereka yang tamak. Siapakah
yang tamak?
Orang yang jual dan beli menggunakan sistem 35:65 atau 30:70.Contoh seperti ini:
Katakan emas 999 100g berharga
RM 10k, pembeli hanya sediakan RM 3k sahaja kerana bakinya akan dibayar
menggunakan hasil pajakan di ar-rahnu di mana pemajak akan mendapat RM7k
dan menyerahkannya kepada peniaga. Urusan dengan peniaga sudah
selesai dan peniaga kenyang sebab dapat untung besar jual emas dengan
cara ini. Apa cerita dengan pembeli?Terpaksa membayar pinjaman dan kos
upah simpan.
Realitinya ramai yang tidak faham
tentang sistem ini dan buat kerana terpengaruh dengan janji manis si
penjual. Akibatnya ramai yang tercekik sehingga terpaksa menjual emas di
dalam ar-rahnu dengan harga yang rendah. Lebih menyedihkan kerana si
penjual sengaja memasang perangkap ini agar dapat membeli emas di bawah
harga pasaran dengan cara ini apabila dihubungi si pembeli kerana dapat
menjualnya dengan harga yang lebih tinggi kepada pembeli lain.
Ramai yang tak sedar mereka golongan yang tamak. Antara syarikat paling top mempromosikan sistem ini ialah XXX. Paling
menyedihkan mereka menggunakan orang berpengaruh untuk meyakinkan orang
ramai dengan promosi yang hebat-hebat belaka di media massa termasuk
televisyen.
Sistem ini salah di sisi agama. Awas jika anda terlibat. Ar rahnu BUKAN perniagaan!
Golongan kedua ialah yang memajak untuk menambah emas atau juga dikenali sebagai REMPIT EMAS. Ini
juga harus anda jauhi. Tambahlah emas anda mengikut kemampuan bukan
mengikut nafsu atau saranan peniaga emas yang membuta tuli.
3. Jangan jual EMAS anda (Sale your Gold)
Jangan jual emas anda tanpa sebab. Ramai
yang keliru apabila diajar jual semasa harga tinggi(beli rendah jual
tinggi). Jadi untuk apakah anda beli emas? Emas adalah aset unggul yang
harus anda jadikan simpanan jangka masa panjang. Jika harga tinggi sahaja
anda hendak jual maka tiada apa di tangan anda nanti. Jual emas hanya
untuk 5 perkara di bawah :
1. Rumah
2. Hartanah
3. Emas dalam bentuk lain (cth barang kemas)
4. Modal bisnes
5.Keperluan atau terdesak
Jika anda menjual emas anda dengan
harga tinggi belum tentu anda dapat membelinya kembali dengan harga anda
beli dahulu kecuali,jika anda mahir membaca pergerakan harga emas anda
boleh menjual semasa harga tinggi dan menyimpan wang tersebut
sehinggalah harga emas agak turun sedikit anda beli semula. Dengan cara
ini anda mendapat gram yang lebih. Anda memerlukan sedikit kemahiran
menganalisis harga emas tetapi jika anda bukanlah seorang yang suka
memantau harga emas dan sibuk cara ini tidak bersesuaian dengan anda
sebaliknya anda boleh menghafal trend pergerakan harga emas
4. Jangan simpan Wang Kertas (Saving Fiat)
Jangan menyimpan terlalu banyak wang
kertas sebaliknya simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan dan
kegunaan seharian. Emas adalah penyimpan yang terbaik kerana ia kalis
inflasi dan tidak susut nilai. Setiap kali harga emas naik, ia menunjukkan
betapa lemah dan semakin susut nilai wang kertas kita. Jangan terpedaya
dengan bonus, dividen dan pulangan yang ditawarkan sebaliknya kajilah
berapa inflasi setiap tahun yang menyebabkan anda rugi sebenarnya.
Simpanlah emas dalam bentuk fizikal seperti dinar, bar dan pelbagaikan pula dengan barang kemas.
5. Jangan tunggu (Waiting)
Jangan terlalu menunggu harga rendah
baru nak beli. Orang selalu cakap emas mahal, tak mampu nak beli. Ya, memang
betul emas mahal, hampir setiap tahun orang kata emas mahal.. jadi masa
bila emas murah?
Dulu harga emas RM16/gram pun orang
kata mahal, RM38/gram pun orang kata mahal, RM90/gram pun orang kata
mahal, sekarang dah nak cecah RM200+ pun orang kata mahal. Jawapannya, tahun demi tahun harga emas makin mahal. Rugilah
golongan yang hanya menunggu dan melihat orang lain semakin kaya dengan
emas. Apa tidaknya, dulu beli emas masa RM140/gram, sekarang dah
RM200/gram.. ini baru simpan sahaja dah untung, kalau yang meniaga macam
mana? Lagi untung!
6. Jangan tolak (Refuse)
Jangan menolak atau menafikan tentang
matawang Islam iaitu Dinar dan Dirham. Kebelakangan ini semakin ramai
yang menyokong usaha-usaha sesetengah pihak yang cuba mengembalikan
matawang Islam ini. Memang kita tidak mampu kembalikan ia 100% kerana
wang kertas masih giat digunakan tetapi kita boleh mulakannya dengan
komuniti kecil kita.
Saya mencadangkan agar anda menyertai
group perbincangan di facebook iaitu Dinihari Dinar,Dinar dan Dirham
dan juga group untuk jual beli menggunkan dinar dan dirham iaitu Pasar
Muamalat DnD. Macam-macam boleh dibeli menggunakan dinar dan dirham di
sini. Ayuh kita sokong matawang yang bebas riba dan kembalikan ekonomi orang Islam ke tahap yang sepatutnya. Sokonglah matawang sunnah Islam
7. Jangan pentingkan diri sendiri (Selfish)
Setelah anda menjadi seorang yang celik
emas, janganlah anda hanya mendiamkan diri dan tidak menyampaikan info
yang berguna ini kepada orang lain. Sebarkanlah tentang emas , perak, dinar
dan dirham. Semua ini berbeza dan mempunyai matlamat simpanan yang
berbeza, contohnya dinar dan dirham ditukarkan dengan fiat bagi tujuan
untuk muamalat (jual-beli), boleh juga disimpan untuk tujuan muamalat pada
masa akan datang.
Tak guna jika hanya kita seorang sahaja
yang tahu tentang kepentingan emas dan sebab perlu menyimpannya tetapi
saudara mara kita, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling masih buta
emas. Memang ada yang tidak boleh terima terus, gunakanlah cara yang
berhemah dan yang penting anda sudah menyampaikannya. Mungkin anda boleh
meminta mereka menambah info di internet .. susah-susah suruh saja baca
blog ini. Macam-macam info emas ada.
Irzary
013-3808031
No comments:
Post a Comment