MukaSurat

Monday, May 07, 2012

Emas Metal vs Emas Mental

Assalam...

Kebelakangan ini saya sering diasak dgn persoalan-persoalan berkaitan emas...
Antaranya adalah, dirujuk dgn beberapa jenis pelaburan emas yang dikatakan lebih baik dan lebih mengutungkan... Saya malas nak sebut platform2 emas tersebut... cukuplah anda mengetahui modus operandi mereka dan berapa 'pulangan yang dijanjikan' oleh platform2 ini...

Sebelum saya refer lebih detai dengan ciritera Emas Mental ni... kita cuba kenal dulu apa Emas Fizikal...

Emas fizikal telah wujud sejak bumi ini dicipta Allah swt . Emas adalah logam yg paling bernilai sejak dari zaman umat terdahulu sampailah semasa umat akhir zaman, skrg ini. Bg pelabur emas fizikal antara ciri2 yg perlu diambil kira sebelum menceburkan diri dlm pelaburan emas fizikal dlm sesebuah syarikat itu ialah nilai premium, jaminan belian semula dan spread.


Emas Mental pula bukan istilah Emas baru tetapi refer kepada platform yang menyediakan pelaburan emas yang menggunakan mental psiko yang menjanjikan keuntungan pelaburan berkala, atau untung segera atau imbuhan segera... Ia juga merujuk kepada pelabur yang mempunyai naluri-naluri yang sakit sebegini... 

Emas mental ini tidak semestinya perlu wujud secara fizikal. Ia cuma perlukan “kepercayaan” sahaja dari platformnya utk terus hidup. Syarikat pelaburan emas mental ini tak perlu nak buktikan lokasi perniagaan, kaedah operasi, cara pelaburan dan x perlu pun nak tunjukkan emas mereka secara fizikal kpd pelabur. Bagi mereka yg ada IQ yg normal & berfikiran waras, sekelip mata aje boleh tau yg emas mental ni adalah satu penipuan & sebijik macam skim cepat kaya. Tapi perkara ini dah tentu akan dinafikan sekeras2nya oleh pelabur emas mental. Tambahan pula, kepercayaan yg diperlukan utk emas mental itu pula tidak perlu berasas pun. Apa yg penting, pelabur2 itu diberi imbuhan secara berkala. Itu aje dah cukup utk membuatkan mereka percaya bulat2, walaupun syarikat emas mental yg disertai itu tidak diiktiraf, diragui dari pelbagai sudut termasuklah dari sudut agama, rekod2 drpd Bank Negara, kes2 mahkamah yang masih belum diadili dan pelbagai aspek dan sudut. Yang lebih hebat 'politik' mereka apabila menggunakan 'agama' sebagai hujah dan modal mengkaburi pelabur2 di luar sana... Dan yg sedihnya.. org beragama dan ustaz2 la yang paling ramai masuk ke Emas mental dan mereka pula yang menjaja nama platform2 sebegini! Dan kepercayaan mereka itu x akan sama sekali terhakis, walaupun dilawan dgn hujah yg berilmiah. Mereka cuma akan sedar di kemudian hari apabila syrikat pelaburan mereka itu ditutup atau melarikan diri secara tiba2!!!

Logik tuan-puan.. Kalau uan-puan labur di Bank sekalipun, xdenya labur hari ini 3 bulan dah ada untung... sekurangnya fix deposit pun bg 3 bulan paling awal itupun berapa sahaja % dia bagi.. Nak kira hukum dah sah haram sebab konvensional... Apatah lagi jual nama Syariah dan Islam... Nampak x logik! Sangat tidak logik!



EMAS FIZIKAL 1 (CARA TEPAT PELABURAN EMAS)
Sy beli emas 1gm = rm150….beli 100gm = rm15,000…hrga emas naik 1gm = rm190…sy jual emas 100gm rm19,000…sy beli rm15,000 jual rm19,000…untung rm4,000. Nampak tak pelaburan yang sepatutny? Inilah baru investment namanya.

EMAS MENTAL 2
Sama beli emas 1gm = rm150…beli 100gm = rm15,000…tp emas disimpan oleh Syarikat. Untuk dapat keuntungan dr syarikat, saya terpaksa jd mcm kerbau mncari org.setiap org yg dpt sy bawa…pengelola bg sy rm400…2 org = rm800. Dan sy pula yang terikat dgn janji tersebut pd kawan2 saudara2 dan modus operandi juga sama pada mereka... ini bkn investment tp HYIP program. Mcm Ponzi pun ada!

EMAS MENTAL 3
Sama harga pasaran emas 1gm = rm150…tp syarikat tk bg hrga ini. Dia bg hrga 1gm = rm180…utk emas 100gm kena kluar modal rm16,800…bulan2 selama 6 bulan syarikat bg rm300…duit HIBAH kata mereka. Dan ada kata x semestinya syarikat bagi... (pulak?)

cuba teliti semula 16,800-15,000 = rm1,800... betu. rm300 x 6=rm1800
yg ni namanya STUPID INVESTMENT!!! Nampak x Hibah yg dijanjikan tu dtg dr mana? Bdk sekolah pra-U pun bolh faham cara mereka berniaga!

Tak perlu sebut syarikat mana untuk Mental 2 dan Mental 3... Nanti dikata membanding2 plak...

Jadi saya seru pada semua... JANGAN BUAT EMAS MENTAL! Nanti anda MENTAL D di kemudian hari!

Wassalam..

IRZARY
013-3808031










3 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah....pencerahan yg mudah difahami tuan

Unknown said...

mmg btl2 paham...good info...

irzary said...

Terima kasih kerana bagi komen... Sekadar perkongsian...