MukaSurat

Monday, June 25, 2012

50 Idea "Bagaimana Untuk Meningkatkan DUA KALI GANDA Pendapatan Anda Dan Menarik Lebih Ramai Pelanggan Kepada Anda Dalam Masa Yang Singkat!"

Daripada Penulisan Dr Azizan... Saya senaraikan share info ini untuk anda semua dan saya sendiri lakukan! Insya Allah.. manfaat ini amat berguna untuk diri kita...




50) Kongsikan apa yang anda tahu kepada orang lain: Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog ,laman web atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.

Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran. Kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.
Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.

49) Mencipta suasana yang sesuai dengan tema semasa: Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan pelanggan. Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju "cheong-sam" serta memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher berbuka puasa kepada pelanggan anda. Kadang-kadang anda boleh melihat kepada trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang dan jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda. Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem "Harry Porter" di panggung wayang, anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepada seperti tukang sihir di dalam filem "Harry Porter" pada hari tertentu dan ini akan menarik ramai anak-anak yang akan "menarik" ibu-bapa mereka untuk ke kedai dan melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka mungkin pembelian harga istimewa?
Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan "Transformer" dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan! 

48) Berikan kad diskaun atau voucher percuma: Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka. 

47) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa : Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling "power" di dalam menghadapi persaingan di dalam perniagaan. Jangan anggap yang disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar! 

46) Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah: Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan "database" pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, FACEBOOK atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang kempen anda. Anda boleh pelajari semua teknik ini dengan lebih terperinci di dalam program "Seminar Marketing Power" saya nanti. 

45) Tambah maklumat baru di laman web anda: Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimisation) untuk meningkatkan ranking laman web anda di enjin carian seperti Google. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat. 

44) Blog: Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan Blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma. 

43) Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda: Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti "Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara....?" Tetapi anda tidak tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti. Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda. 

42) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda : Letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda dan anda dilihat seperti syarikat "besar punya". 

41) Rakamkan video anda di YouTube: Steve Job, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK. 

40) Melaburlah untuk mendapatkan kredibiliti daripada pihak ketiga : Sekiranya ada cara untuk anda mendapatkan akreditasi atau kelayakan professional di dalam industri yang anda ceburi, pastikan yang anda melabur untuk mendapatkannya. Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka panjang, ia akan membantu menambah nilai perniagaan anda serta meningkatkan kelayakan kepakaran anda. 

39) Mempromosi ketika pelanggan sedang menunggu atau sedang menunggu di talian:Sekiranya anda perlu meminta pelanggan menunggu atau menunggu di talian telefon sebelum ianya disambungkan kepada pihak yang berkenaan, pastikan yang mereka yang sedang menunggu diberikan bahan bacaan yang membantu mempromosikan perniagaan anda. Sekiranya di talian, pastikan mereka mendengar rakaman yang mempromosikan produk atau perkhidmatan anda dan bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik yang tidak membantu menambah nilai perniagaan anda.
38) Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain: Hadiah pen dengan logo syarikat anda mungkin membosankan dan orang mudah lupa. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza, seperti seluar dalam yang berlogokan syarikat anda contohnya, atau topi santa claus berlogo, atau mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka mandi "bersama-sama" anda setiap hari? 

37) Minta dan gunakan testimonial pelanggan: Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda. 

36) Berikan jaminan wang dikembalikan: Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.
35) Berkawan dengan selebriti radio atau TV: Cari jalan untuk merapatkan diri dengan selebriti radio atau tv. Mereka adalah manusia biasa yang sukakan penghargaan. Kirimkan mereka hadiah yang luar biasa yang membuatkan mereka akan menyebut nama anda apabila mereka bersiaran. 


34) Tukar mesej telefon anda : Sekiranya ada orang yang menelefon telefon pejabat atau telefon bimbit anda selepas waktu pejabat, ianya mungkin merupakan peluang anda untuk memasarkan kepada mereka. Tukar mesej panggilan telefon anda daripada "Maaf, kami sedang sibuk, sila tinggalkan pesanan anda!", tukarkan kepada "Maaf, kami amat sibuk melayan pelanggan kami sepanjang hari dan kami agak keletihan. Tinggalkan nama dan nombor telefon anda, kami pasti akan memanggil anda semula pada pukul 9.05pagi nanti!" 


33) Mewujudkan sistem memperkenalkan kawan: Sekiranya pembekal atau pelanggan gembira untuk berurusan dengan anda, anda boleh memberikan mereka penghargaan contohnya voucher RM50 untuk setiap pelanggan baru yang diperkenalkan.


32) Lancarkan kempen untuk membuat sesuatu perubahan: Apakah perkara yang membuat orang ramai tidak gembira atau tidak berpuashati? Anda boleh menjadi penganjur kepada sesuatu kempen kesedaran di kawasan anda, contohnya, kempen menentang aedes. Sekiranya perniagaan anda memang secara terus dapat menyelesaikan masalah ini, ia adalah lebih baik.


31) Menawarkan perundingan atau memberikan ucapan: Cari kumpulan sasaran yang dikehendaki dan sertai mereka, tawarkan kepakaran anda dengan memberikan perundingan atau ucapan secara percuma. Ia akan mula membina anda untuk menonjol sebagai pakar dalam bidang tersebut.


30) Berpakaian menarik mengikut tema pakaian tertentu : Ia hampir sama dengan idea sebelum ini, tetapi ini adalah berpakaian mengikut tema pada hari-hari tertentu dalam seminggu. Ini akan membuatkan pelanggan tertarik dengan keceriaan kedai atau pejabat anda.


29) Berkenalan dengan hampir sesiapa sahaja: Mereka yang bijak membuat pemasaran adalah mereka yang bukan berkenalan dengan orang lain untuk menjual tetapi berkenalan untuk mengenali orang lain, ketahui apa yang mereka lakukan. Pendek cerita, berkawan dan minat untuk mengenali orang lain. Tetapi, suka atau tidak, mereka pasti akan mula bertanya tentang apa yang anda lakukan. "Terpaksalah" anda kongsikan tentang perniagaan anda.


28) Menulis Ebook percuma: Ya, tuliskan ebook atau artikel dan berikan secara percuma di laman web anda atau melalui emel. Ia akan membina kredibliti anda.


27) Menaikkan Harga : Kadang-kadang, strategi menurunkan harga bukanlah cara paling baik untuk menarik pelanggan tetapi menaikkan harga pun boleh menarik pelanggan kepada anda. Anda mungkin akan kehilangan pelanggan yang "low-end" tetapi anda akan mendapat pelanggan yang lebih tinggi kualitinya.


26) Mulakan e-newsletter: Gunakan format newsletter yang mudah untuk sentiasa "stay connected" dengan pelanggan-pelanggan atau prospek anda. Ingat, rahsia pemasaran adalah bagaimana anda sentiasa mengingatkan mereka tentang "kewujudan" anda!


25) Ubah cara bagaimana telefon anda dijawab : Berikan staf anda kebebasan untuk mencuba menjawab telefon dengan stail yang berbeza tetapi bersemangat. Sekiranya kita menjawab panggilan telefon dengan senyuman dan ceria, pelanggan anda pasti dapat merasakan keceriaan tersebut, begitulah sebaliknya.


24) Gunakan krew promosi: Anda boleh mendapatkan krew "part-time" atau sementara yang boleh membantu anda membuat promosi serta memberikan informasi perniagaan anda kepada orang ramai. Pastikan mereka memakai tshirt yang mempunyai logo perniagaan dan kempen pemasaran anda. Pastikan mereka ceria apabila menyertai kempen ini.


23) Mempromosikan produk atau perkhidmatan anda secara bersilang (Cross Promotions) : Apakah produk atau perkhidmatan lain yang pelanggan anda mungkin perlukan? Setelah mereka membeli daripada anda, biasanya mereka gembira untuk tahu apakah produk lain yang anda boleh tawarkan.


22) Menjual hadiah/ voucher penghargaan : Ramai pelanggan gemar untuk membeli hadiah atau voucher untuk dijadikan hadiah kepada orang lain. Contohnya jika anda ke kedai buku Borders, mereka ada menjual voucher hadiah di kaunter tunai mereka untuk anda hadiahkan kepada orang lain.


21) Buat sesuatu yang di luar jangkaan : Apa perasaan anda jika kedai kek ditempat anda mengirimkan SMS kepada anda dan meminta anda untuk datang ke kedainya untuk mengambil hadiah istimewa atau memberikan anda diskaun kepada anda untuk hari itu sahaja, tanpa sebarang sebab. Hanya sebagai tanda penghargaan. Pasti anda akan rasa gembira. Itulah yang anda boleh lakukan kepada pelanggan anda. Anda boleh dapatkan sistem sms dan kredit percuma dan ia adalah sangat efektif.


20) Mengeluarkan Press Release : Salah satu perkara yang penting untuk anda lakukan adalah untuk menghantar press release kepada media. Press release dengan kisah yang menarik akan memberikan anda pendedahan percuma di akhbar atau majalah. Ini akan meningkatkan reputasi anda serta meningkatkan jualan anda.


19) Sertai mana-mana organisasi yang boleh menyokong perniagaan anda: Libatkan diri dengan mana-mana persatuan, kelab, dewan perniagaan atau koperasi yang dapat memberikan anda kelebihan untuk mengembangkan jaringan perniagaan anda serta meningkatkan perniagaan anda.


18) Menjual apabila anda mengeluarkan inbois: Sekiranya anda berurusan dengan pelanggan korporat atau syarikat kecil dan sederhana, biasanya yang melihat dokumen inbois tersebut adalah orang penting di syarikat tersebut. Buat satu cop getah yang berbunyi "Terima kasih kerana berurusan dengan kami, semoga kami mendapat bayaran yang pantas!" dan copkan di atas inbois tersebut.


17) Membuat katalog produk : Salah satu cara paling klasik untuk memberikan pelanggan informasi tentang senarai produk atau perkhidmatan anda. Untuk mengurangkan kos, adalah lebih elok produk tersebut di senaraikan di laman web anda dan ianya boleh dicetak daripada situ. Anda juga boleh menggunakan digital printing yang kosnya adalah lebih rendah daripada percetakan biasa.


16) Kempen Mengutip Sampah : Atau kempen bersihkan rumah kebajikan serta kempen menderma untuk tabung anak yatim. Pastikan anda terlibat secara aktif di dalam kempen yang melibatkan masyarakat setempat. Pastikan juga yang anda menaja Tshirt yang mempunyai logo syarikat anda serta membuat press release untuk mengumumkan kempen tersebut.


15) Gunakan kajian kes : Sama seperti testimonial pelanggan, kajian kes akan menunjukkan anda sebagai pakar dan pengalaman pelanggan yang gembira dengan anda.


14) Menggunakan kaedah pemasaran yang menyeronokkan : Pasang spotlight di atas bangunan majlis perbandaran yang menunjukkan logo perniagaan anda atau berikan belon yang mempunyai loga perniagaan anda kepada kanak-kanak, ia adalah cara pemasaran yang mudah tetapi berkesan.


13) Menulis kepada akhbar tempatan : Akhbar tempatan biasanya memerlukan banyak berita tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. Biasakan membeli akhbar tempatan serta menulis kepada editor mereka mengenai mana-mana isu yang anda boleh sumbangkan cadangan atau kepakaran.


12) Fokus untuk memperbaiki staf anda : Gunakan pihak ketiga untuk menguji dan menilai staf anda bagi memastikan yang mereka sentiasa menjaga reputasi syarikat serta memberikan yang terbaik kepada pelanggan anda.


11) Lakukan sesuatu yang orang lain tidak lakukan atau tidak dapat lakukan: Analisa pesaing anda dan perhatikan apa yang pelanggan anda perlukan tetapi tiada siapa yang berikan kepada mereka. Ia mungkin agak sukar tetapi berbaloi untuk dilakukan kerana ia akan membuatkan anda unik.


10) Pergi bercuti : Sekiranya anda bekerja 18 jam sehari, 7 hari seminggu tiap-tiap minggu bertahun-tahun lamanya, anda pasti akan ketandusan tenaga dan idea baru untuk memperbaiki perniagaan dan membuat strategi pemasaran baru. Apabila anda bercuti, anda mempunyai masa untuk melihat perniagaan anda dari perspektif yang berbeza dan biasanya anda akan mendapat lebih banyak idea untuk memperbaikinya.


9) Lancarkan publisiti tergempar : Buat sesuatu yang dapat menarik media dan orang ramai kepada anda atau perniagaan anda. Kalau boleh pastikan yang ianya ada kaitan dengan jenama anda atau perniagaan anda.


8) Gunakan forum di internet : Sekiranya anda ingin menambah database pelanggan yang datang ke laman web anda, luangkan masa 1 jam seminggu untuk menjawab emel atau soalan di forum yang ada kaitan dengan anda atau perniagaan anda.


7) Tips percuma di Facebook atau mana-mana sosial media di internet : Bersedia untuk memberikan tips percuma yang membantu orang lain tentang topik atau perkara yang ada kaitan dengan kepakaran anda. Ini membina reputasi anda dan mempromosikan perniagaan anda.


6) SMS pelanggan anda : Apa perasaan anda sekiranya setiap tahun, kedai kek berdekatan dengan rumah anda mengirimkan sms 1 hari sebelum harijadi anda dan paling awal mengucapkan selamat harijadi kepada serta menawarkan voucher diskaun pembelian kek kepada anda? Sistem SMS yang bagus dapat membantu anda untuk memprogramkan sistem automatik dengan nama pelanggan bagi menghantar sms dengan lebih efektif.


5) Tingkatkan imej anda, perniagaan atau kedai anda : Pelanggan suka berurusan dengan mereka yang sentiasa nampak baru, segar, terkini dan ceria.


4) Sokong Badan Kebajikan : Tuliskan di kad perniagaan serta pejabat atau perniagaan anda yang anda menyokong badan kebajikan mana serta sediakan tabung derma untuk pelanggan anda juga dapat membantu bersama-sama anda. Pelanggan suka ahli perniagaan yang pemurah.


3) Tulis dan kongsikan profil atau kisah anda : Ya, pelanggan suka mengenali latar belakang pengasas atau pemilik sesuatu perniagaan, apatah lagi anda yang mungkin pernah gagal dan hari ini lebih berjaya. Ia memberikan inspirasi dan meningkatkan nilai diri anda. Jangan fikir yang anda belum menjadi orang yang berjaya. Anda mungkin lebih berjaya daripada ramai mereka yang gagal di luar sana.


2) Emel : Mengirimkan emel kepada pelanggan anda dan memberikan panduan, tips atau memberikan perkembangan terkini tentang produk atau perkhidmatan anda akan membuatkan mereka tertunggu-tunggu berita daripada anda.


1) Sentiasa tersenyum dan teruja : Ya, ini adalah penting kerana pelanggan suka berurusan dengan mereka yang memberikan mereka tenaga positif. Pastikan anda juga boleh buat pelanggan tersenyum dan teruja selepas berjumpa dengan anda atau berurusan dengan anda. Mereka akan ingat dan kongsikan dengan orang lain secara percuma!





Monday, June 18, 2012

Antara Fakta dan Mitos:

Beli Bar Emas atau Barang Kemas ?

Beli aje asal Emas kata orang.

Ada betul Ada Kurang betul.

Beli Bar terasa diri seorang pelabur ! ( Terasa )
Beli Barang Kemas, tidak terasa sebagai pelabur.

Spread Bar yakni antara We Sell dan We Buy agak besar 20 - 25 %. ( Bar 1 gm )
Spread Bar 10 gm keatas antara We Sell dan We buy antara 5-10 %.

Beli Barang Kemas Spread 5 -15 % dlm GSR. Kalau Barang Kemas yg berjenama seperti Poh Kong, Habib, Tomei, Wah Chan, Ci Laka dll Spread 25-30 %.

Beli Bar (1 gm) - Rata rata tak boleh pajak. Di tempat yg boleh pula upah simpannya mahal . Rate Rm 1 setiap Rm 100 marhun sebulan berbanding 60-75 sen setiap Rm 100 di arrahnu biasa.

Beli Barang Kemas - Mana mana boleh pajak.

Jika budget kecil katakan Rm 200 sebulan dan tiada disiplin, Den cadangkan beli aje Bar. Simpan bila rege tinggi jual. Ingat Semakin Ringan Bar semakin Tinggi Premiumnya.

Contoh Bar 1 gm - Rm 185 - 200 ( 24k )
Cincin 2 gm - Rm 350 ( 24 k ) ------ Rm 175/gm

Secara teorinya elok simpan Fiat untuk 2 bulan baru beli Bar atau Barang Kemas, atau 3-4 bulan simpanan baru beli Barang Kemas atau Bar yg lebih berat untuk mendapat premium yg rendah. 
Namun adakah anda seorang yg berdisiplin? Elok elok simpan, takut terbelanja. Adakah harga Emas sama aje 2-3 bulan akan datang ?

Untuk budget kecik janganle target nak jadi seller terus. Simpan dahulu sehingga cukup mencapai target harga yg di kehendaki. Beli balik semasa Correction berlaku !

Adakah anda selalu putus nafas di hujung bulan ? Maka belilah Barang Kemas agar dapat oksigen dari Arrahnu.

Menggunakan teknik arrahnu yg betul boleh menambahkan modal anda untuk membeli Barang Kemas yg baru.

Pilihan ditangan anda kerana Duit Anda.
Azrie 013-3808031
 

Monday, June 11, 2012

PERBEZAAN ANTARA EMAS 999 DAN EMAS 916


Beza antara 999 dan 916

Emas 999 (24k) :


  1. Emas 1st class
  2. Merupakan emas tulen yang tidak dicampur dengan benda asing.
  3. Kandungan Emas 999.9%
  4. ianya agak lembut( boleh dibentuk menjadi objek pejal spt barang kemas tetapi perlu dipakai dengan teknik yang betul agar tidak mudah kemek @ jatuh)
  5. Lebih berkilau, bersinar-sinar dan lambat pudar.
  6. Sangat sesuai untuk pelaburan terutama dalam bentuk barang kemas, jongkong atau syiling emas.
  7. Harga  gadaian / Pajakan ar-rahnu harga tinggi.
  8. Kekurangan emas 999 : Biasanya tersedia dalam bentuk Bar, jongkong atau syiling emas /dinar, ini kadang-kadang menyukarkan pemiliknya melakukan gadaian ketika memerlukan wang kerana kebanyakan arrahnu tidak menerima emas dalam bentuk Bar, jongkong atau syiling emas /dinar; Okeh itu, Jika anda berhasrat menggunakan wang dari pelaburan emas anda, eloklah anda membeli emas 999 ini dalam bentuk barangan kemas.


Emas 916 (22k) :


  1. Emas 3rd class, bukan ORIGINAL ye… (bukan emas sepenuhnya)
  2. Kandungan emas hanya 91.6% sahaja.
  3. 8.4 adalah campuran besi, pasir atau lain-lain logam.
  4. Pembeli biasa biasanya Tiada alat yg dapat mengukur kesahihan kandungan emas yang sebenarnya dalam barang kemas yang dibeli  semasa di kedai emas. Terdapat banyak kes emas yang dibeli tidak mencapai tahap ketulinan yang dijanjikan.
  5. Lagi berat barang kemas tersebut bermakna lebih banyak kandungan benda asing daripada kandungan emas.
  6. Cepat pudar kerana kurang kandungan emas.
  7. Tidak sesuai untuk pelaburan kerana mempunyai susut nilai yang tinggi walaupun barang baru berusia 1 hari sahaja.
  8. Harga  gadaian / Pajakan ar-rahnu agak rendah.
  9. Kelebihan emas 916 : Biasanya tersedia dalam bentuk barangan kemas, ini membolehkan pemiliknya melakukan gadaian bila-bila masa kerana kesemua arrahnu menerima emas dalam bentuk barangan kemas.

IRZARY
013-3808031

Tuesday, June 05, 2012

Ar-Rahnu lebih baik dr Pinjaman Bank! Miliki Emas sekarang!

Keinginan memiliki motorsikal idaman memang menjadi kegilaan segenap anak muda yang rata-rata berumur 17 tahun hingga 25 tahun. Keanggunan rekabentuk terkini membuatkan mereka sanggup melakukan apa sahaja kerja asalkan dapat memiliki motorsikal keluaran terkini. 

Ada yang sanggup menjadi keldai lumba haram dan keldai dadah demi mengejar impian yang tidak seberapa. Penjual-penjual motor juga mengambil kesempatan atas kesanggupan anak2 remaja ini dengan mengenakan kadar interest yang tinggi menggunakan nama ansuran mudah. Harga pasaran bagi sebuah motorsikal jenis 135LC mencecah sehingga RM 7,000++ dan meningkat lebih tinggi sekiranya pembeli membeli dengan skim ansuran mudah. Kadar interest yang dikenakan mencecah 18% – 24% setahun bergantung cawangan perbankan yang digunakan penjual.

Tahukah anda dengan membeli secara ansuran, kita sebenarnya membayar lebih daripada harga sepatutnya. Bayangkan Harga RM 7,000 meningkat menjadi RM 9,520 selepas ansuran mudah pada kadar 18% setahun dikenakan . Dengan nilai ansuran yang pada mata kasar sebanyak RM 397 sebulan selama 24bulan, ramai yang tertipu dengan angka ini. Mereka sebenarnya telah membayar lebih daripada yang sepatutnya atas dasar ansuran mudah. Bukan itu sahaja, pembeli akan terperangkap dengan tempoh pembayaran sekiranya membayar tidak pada masa yang ditetapkan dan denda akan dikenakan keatas setiap kelewatan yang dibuat. Pembeli akan lebih teraniaya dengan system ini sehingga ada yang disenarai hitamkan oleh pihak bank. Bagaimana kita boleh mengelakkan dari perkara seperti ini berlaku?

Ramai yang tidak tahu kegunaan sistem gadaian Islam atau lebih dikenali sebagai Ar-Rahnu. Pada mata orang ramai, sistem itu hanya untuk mereka2 yang memiliki emas dan terdesak untuk menggunakan wang. Walaupun ada dikalangan kita telah menggunakan system ini untuk waktu-waktu terdesak, namun mereka masih tidak tahu memanipulasikan kemudahan yang telah pihak bank sediakan ini. Pada kadar pinjaman mencecah sehingga 70% daripada nilai semasa barang kemas, pihak bank hanya mengenakan upah simpan yang paling minimum untuk tempoh 6 bulan. Pihak bank juga menyediakan system overlap untuk pengadai-pengadai yang masih tidak mampu menebus kembali barang kemas mereka. Ramai yang masih tidak tahu bagaimana memanipulasikan system overlap ini untuk mengurangkan kadar pinjaman.

Sebelum saya menulis dengan lebih jauh lagi, jom ikut saya mengira sebentar..

Motorsikal 135LC kalau bayar cash = RM 7,000
Motorsikal 135LC kalau bayar ansuran = RM 397 sebulan x 24 bulan bersamaan RM 9,520

Bermakna kita telah membayar melebihi RM 2,520 = satu nilai yang boleh dikatakan banyak oleh mereka-mereka yang miskin (macam saya). Baiklah, jom buat pengiraan melalui system ar-rahnu, kadar belian emas pada tahun 2010 ialah RM 158.10 untuk emas 22k atau emas 916. Oleh itu kita memerlukan sebanyak 70g emas untuk membuat pembayaran motorsikal 135LC.

70g (emas 916) x RM158.1 (kadar semasa emas 916 pada 2010) x 70% ( kadar pinjaman maxima ) = RM  7,746.90
Kadar upah simpan bagi Ar-rahnu = RM 578.71 (utk 6 bulan = RM 79.785 sebulan……confirm boleh bayar punya)

Oleh itu, jumlah pinjaman dengan system ar-rahnu menjadi RM 7,746.90 + RM 578.71 = RM 8,325.61/ 6 bulan = RM 1387 sebulan.

Baiklah, kalau dilihat nilai bayaran pada setiap bulan, kita akan merasakan agak membebankan. Iya lah, kita perlu membayar sehingga RM 1,387 pada setiap bulan sedangkan gaji kita hanya RM 1,000 sahaja. Ok lah, berbalik kepada sistem ansuran mudah tadi, kita mampu membayar kira-kira RM 400 sebulan. Jadi kita hanya buat pembayaran kepada Ar-rahnu sebanyak RM 400 sebulan selama 6 Bulan

RM400 x 6 = RM 2400

Kita hanya membayar sebanyak RM 2,400 sedangkan kita telah berhutang dengan bank sebanyak RM  8,325.61. Mungkin ramai yang beranggapan emas kita akan tergadai selepas ini. Saya mengatakan emas yang kita cagarkan tidak akan tergadai sama sekali. 

Pihak bank memberi 2 pilihan kepada kita sama ada melanjutkan tempoh pinjaman selama 3 bulan lagi atau pun membuat surat gadaian baru. Ya, di sini lah kelebihan membuat rahnu. Kita boleh membuat surat gadaian baru berdasarkan kenaikan harga emas semasa. Disinilah yang dikatakan sebagai overlap emas.

Dengan berbaki pinjaman RM 5,925.61, kita membuat overlap dengan nilai pinjaman yang baru dan nilai upah simpan yang baru iaitu RM 6,000 + RM 457 upah simpan bersamaan dengan RM 6,457. Ini bermakna kita perlu membayar RM 1,077 sebulan. Lakukan langkah sebelum ini, dengan membayar sebanyak RM 400 sebulan selama enam bulan dan membuat overlap sehingga habis kesemua hutang dalam masa yang singkat tanpa cas lewat bayar, dan tidak di telefon oleh pihak bank tiap-tiap bulan. Kita mampu membayar hutang dengan tenang tanpa ada tekanan dari pihak bank selain mempunyai kadar bayar balik yang sangat rendah berbanding cara ansuran mudah.

Apa yang kita perlu buat dengan kadar upah simpan tersebut? Sebenarnya kalau kita perhatikan betul2 kita sebenarnya tidak membayar sesen pun upah simpan kepada pihak bank, tetapi hanya membayar jumlah yang kita pinjam. Sebenarnya, setiap kali kita membuat overlap, kita akan mendapat cash berdasarkan jumlah pinjaman semula yang kita buat didalam gadaian yang baru. Cuma emas2 kita akan terus kekal bersama pihak bank. Dan sekiranya kita mahukan semula emas kita, kita hanya perlu membayar kadar upah simpan yang terakhir dalam surat gadaian tersebut bersama baki pinjaman. 

Anda semua hanya memerlukan 18 bulan sahaja untuk melangsaikan hutang. Dan jika anda mahu membeli Laptop, set bilik tidur, Plasma tv atau apa sahaja, anda hanya perlu membuat overlap terhadap emas-emas anda. 

Jom kira;

RM400 x 18 = RM 7,200 pembayaran yang telah dibuat keatas 70g emas.
Kadar upah simpan yang terakhir = RM 387
Oleh itu baki pinjaman anda pada bulan ke 18 = RM 8325.61 – RM 7,200 + RM 387 ( kadar upah simpan terakhir ) = RM 1,513.

Anda mempunyai pilihan sama ada membuat overlap dengan nilai pinjaman RM 1,520 atau pun membuat pinjaman maksimum kerana ingin membeli sesuatu seperti TV plasma. Baik lah, saya beranggapan anda ingin membuat pinjaman maksimum kerana anda ingin membuat downpayment rumah yang berharga RM 70k bermakna anda memerlukan 10% untuk tujuan bayaran muka. Anda memerlukan RM 7,000 sebagai downpayment. 

Jom kira;

Menurut kajian kadar kenaikan emas semasa adalah 27% setahun jadi;
 
RM 158.1 x 127% = RM 200 segram
 
Ini bermakna,
70g x RM 200 x 70% = RM 9,800
Kadar upah simpan = RM 689
Jumlah perlu bayar = ( RM 9,800 + RM 689 )/ 6bulan
= RM 1,750 sebulan.

Memandangkan hutang masih berbaki RM 1513, jadi kita hanya memperolehi cash sebanyak RM 8,287 selepas membuat overlap. Nah, jumlah yang cukup untuk membuat downpayment rumah dan masih berbaki RM 1,287 cukup untuk simpan dalam ASB. Lakukan seperti biasa, tetapkan kadar bayaran yang mampu dibuat, setahun atau dua tahun pertama, memang berat nak membayar hutang, emas dan rumah serentak, tetapi selepas 2 tahun, anda sudah mula goyang kaki dengan emas 70g anda. Membuat overlap, dan bayar loan rumah, loan rumah pun boleh berkurang dari 25 tahun pinjaman kepada 15 atau 20 tahun tempoh pinjaman.

Ini adalah kenyataan, jika fakta ini tidak benar, pihak bank tidak akan menutup kuota pajakan emas di seluruh malaysia. Segalanya pada anda, mahu simpan emas, atau mahu terus menyimpan di ASB.

(ps: Pernyataan ini tidak bermakna sy adalah pendokong Rahnu secara multiply. Cara yg saya paste kan ini adalah Rahnu aktif yang mana risiko nya adalah pd tangan anda. Nasihat sy supaya fahami kadar kemampuan anda terlebih dahulu sebelum memajak emas anda di Rahnu. Dan ingat! Rahnu HANYALAH jika keadaan betul2 terdesak kerana anda memajak ASET kekal anda iaitu EMAS! )

Irzary
013-3808031

Applikasi untuk check harga emas



Ramai pelabur-pelabur emas mengikuti harga emas hampir setiap hari, setiap jam dan ada juga yang mengikuti setiap minit. Pada masa ini pelabur pelabur emas boleh menggunakan telefon pintar yang dilengkapi pelayar Android untuk melihat harga emas semasa mahupun harga sebelumnya.

GOLD PRICE Live merupakan aplikasi Android percuma. Anda boleh download di Android Market seperti link ini: (Hanya untuk Android browser) market://search?q=pname:org.goldprice.app

Pengguna iPhone juga boleh mendapatkan nya di link ini : Gold Price iPhone App

Ciri-ciri
  • Carta Langsung Harga Emas dan Perak boleh didapati dengan pelbagai matawang, di kemaskini setiap minit dan carta tersebut di refresh secara automatik
  • Sejarah Harga Emas dan Perak
  • Harga perbandingan antara semua jenis jongkong emas dan jongkong perak
  • Perbandingan harga antara peniaga emas AS untuk semua syiling / jongkong emas popular dan syiling / jongkong perak

IRZARY
013-3808031
emasperak2u

Sunday, June 03, 2012

Umrah dengan Emas... Semakin Murah!

Kelebihan Umrah Dengan Dinar Emas

 
PERANCANGAN UMRAH BERSAMA KELUARGA
 
 
FAKTA.. Tahukah anda kos menunaikan umrah & ziarah jika menggunakan Dinar Emas semakin berkurangan dari tahun ke tahun.. BENAR??? Mari kita kaji nilai Dinar Emas 10 tahun dahulu hingga sekarang.
 
Tahun 2002 – 1 Dinar = RM 140.00, anda perlu 36 Dinar
Tahun 2003 – 1 Dinar = RM 168.00, anda perlu 30 Dinar
Tahun 2004 – 1 Dinar = RM 202.00, anda perlu 25 Dinar
Tahun 2005 – 1 Dinar = RM 242.00, anda perlu 21 Dinar
Tahun 2006 – 1 Dinar = RM 290.00, anda perlu 17 Dinar
Tahun 2007 – 1 Dinar = RM 348.00, anda perlu 14 Dinar
Tahun 2008 – 1 Dinar = RM 418.00, anda perlu 12 Dinar
Tahun 2009 – 1 Dinar = RM 502.00, anda perlu 10 Dinar
Tahun 2010 – 1 Dinar = RM 645.00, anda perlu  8 Dinar
Tahun 2011 – 1 Dinar – RM 825.00, anda perlu  6 Dinar

Jika anda membeli Dinar Emas pada tahun 2002 (RM 5000 sahaja) anda boleh mengerjakan Umrah dengan memerlukan 36 Dinar untuk seorang sahaja.  


Jika anda menyimpan Dinar Emas tersebut selama 10 tahun, pada tahun 2012 anda boleh mengerjakan Umrah seramai 6 orang.


BANDINGKAN !!!

Jika anda menyimpan wang kertas, anda harus menambah simpanan wang kertas anda dari semasa ke semasa kerana kos yang meningkat. (RM 5000 x 6 orang = RM30,000 diperlukan)... 
 
Renung-renungkan !!!

Sesiapa yang ada niat nak tunaikan umrah, bolehlah mula menyimpan DINAR EMAS mulai SEKARANG untuk perancangan mengerjakan umrah bersama keluarga tercinta.

 
 
Irzary
013-3808031
www.gsr2u.com.my/irzary
 

Thursday, May 31, 2012

Mengapa Perlu Menyimpan Emas?

Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton. Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari. Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus. Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5% setahun. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu. Sehingga hujung Tahun 2010 harga emas telah mencecah USD1400. Ini menunjukkan kenaikan yang mendadak dari awal tahun hingga hujung tahun telah mencecah 40% setahun..pada tahun 2010. Best kan ??  Cuba anda bandingkan dengan simpanan di ASB ? Berapa yang anda dapat daripada hasil simpanan tersebut. Awal Tahun 2010 Harga Emas RM109/gram dan akhir tahun 2010 Harga Emas RM166/gram. Berapa kadar Kenaikan tersebut ??? 
Harga Emas Sentiasa Terus Meningkat :

Graf Harga Emas Dalam Tempoh 6 Bulan Kenaikan Hampir : 22%

Graf Harga Emas Dalam Tempoh 1 Tahun Kenaikan Hampir : 34 %

Graf Harga Emas Dalam Tempoh 5 Tahun Kenaikan Hampir : 289 %

Graf Harga Emas Dalam Tempoh 10 Tahun Kenaikan Hampir : 557 %

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas. Untuk makluman, satu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.

Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama.

a)    Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia. Dulu USD 1 = RM 3.80 dan sekarang 2011 nilai USD 1 = RM3.09 dan bakal menyusut akibat kegawatan ekonomi di US.




b)    Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.



b)    Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan. Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund). Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal. Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita. Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

Layari : www.gsr2u.com.my/irzary

Sunday, May 27, 2012

Kalau anak kita BOLEH bersuara...

Assalamualaikum...

Saja buat sesuatu yang boleh memberikan sesuatu kepada pembaca mengenai emas.
Kadang-kadang terlalu berkata-kata juga penat dan penulisan serta gambar lebih memberi erti kepada apa yang kita nak sampaikan....

Semoga semua orang BOLEH memahami... X faham x tahu la...


Irzary
013-3808031

Monday, May 21, 2012

Tuan-tuan kenal George Soros... Manipulasi Matawang semasa Kegawatan mataWang tahun 1997 dulu?

George Soros, yang terkenal dipanggil "gold - the ultimate bubble” beberapa tahun lalu, ternyata merasakan logam kuning masih belum mencapai wilayah kemuncak.

Pelabur legenda terkenal untuk mengasaskan Quantum Fund pada tahun 1970-an dan untuk pintasan pound British pada awal tahun 1990-an - melabur $ 40 juta dalam IPO $ 2.8 bilion Chow Tai Fook Barang Kemas Group Ltd, menurut laporan dari Forbes.

Chow Tai Fook Barang Kemas Group Ltd dijangka disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong pada 15 Disember, di mana ia merancang untuk menjual 1.05 bilion saham ekuiti biasa, atau 10.5% daripada Syarikat. Fook Tai Chow menjana pendapatan sebanyak $ 4.5 bilion dalam tempoh 12 bulan berakhir pada 31 Mac, 2011, mengikut laporan itu - lebih daripada itu Tiffany $ 3.09 bilion dalam tempoh jangka masa yang sama.

Laporan itu berkata bahawa "Selain menunjukkan beliau masih mempercayai logam kuning, pelaburan Soros 'di Chow Tai Fook menonjolkan kekuatan permintaan emas Cina. China bukan sahaja pengeluar emas terkemuka di dunia, dengan keluaran tahunan sebanyak 340,9 tan pada tahun 2010, tetapi salah satu pengimport terbesar, dengan pelabur membawa masuk 60,2 tan pada suku ketiga tahun 2010 sahaja, menurut Majlis Emas Dunia. "


"Pembelian Rasmi oleh bank pusat China telah terus melalui tahun, tetapi pegangan China kekal secara berkadaran kecil," tambah Forbes. "Rizab jumlah China 1,054.1 tan menurut Majlis Emas Dunia; Amerika Syarikat, yang mengira dengan rizab emas yang terbesar di dunia, memegang kira-kira 8,133.5 tan. Malah lebih menarik lagi, rizab emas China mewakili hanya 1.6% daripada jumlah rizab pertukaran asing, berbanding dengan purata dunia sebanyak 11% dan% 74 AS. China pasti akan menjadi pembeli emas pada tahun-tahun akan datang. "


So apa yang anda faham dr berita ini?
Ini menunjukkan bahawa, seseorang yang kaya raya yang amat kaya sekalipun KEMBALI kepada emas untuk menguatkan lagi kekayaan. orang mcam Soros ini sendiri tahu bahawa matawang yang anda sekarang bila2 masa akan mati dan emas akan kekal!

So kenapa di China?

Anda tgk graf ini sekejap!


China sekarang adalah negara yang kelima memiliki emas dunia paling banyak sekarang... Dan lihat apa yang China akan buat dalam tempoh 10 tahun akan datang... Kewujudan negara paling banyak emas akan mengatasi USA dan tidak hairan jika satu hari nanti, China menjadi kuasa baru dalam perdagangan dan ekonomi dunia masa akan datang... Dan sebuah negara lagi yang akan muncul sebagai kuasa baru adalah India....

So kesimpulannya.. orang yang kaya dan memang teramat kaya juga beralih kepada emas. bagaimana dengan ANDA???

SHARE, EDUCATE DAN ACTION!

Irzary
0133808031

Bisnes Emas menguntungkan: Bukan MLM/PEMBERIAN/DIVIDEN/PONZI

N3 ni saya update mnggunakan soalan dan jawapan.
Mungkin anda boleh memahami atau tidak mengikut pengalaman dan usaha anda untuk menerima penerangan.
Yang lain sy serahkan kepada anda untuk terus bertanya pada saya di facebook saya: azriemasperak. Group saya: myemasilverGSR atau fanpage saya: emasperak2u.

Begitu banyak saya lakukan untuk saya TIMBUl berkongsi informasi dengan anda semua. Dan harapan saya ianya berbaloi.

1.Bisnes apa ni?


GSR adalah sebuah syarikat yang menawarkan kepada kita emas dan perak dalam bentuk perak casting, perak minted, emas bar 999, emas barang kemas 999, emas barang kemas 916 dalam pelbagai bentuk perhiasan seperti cincin, rantai dan gelang. Berat bagi perak adalah untuk minted adalah 1oz manakala bagi casting pula ialah 100g, 250g, 500g dan 1kg. Bagi emas, berat bermula dari 1g, 5g dan 10g bagi bar 999, dan pelbagai berat bagi barang kemas 999 dan untuk barang kemas 916, bermula dgn cincin serendah 1g cincin hinggalah 50g barang kemas. Anda boleh KLIK bahagian produk dalam blog ini untuk melihat produk dan spesifikasi. 

Konsepnya adalah simpanan untuk jangka masa panjang demi mengukuhkan ekonomi kita dan melindungi wang kita dari susut nilai dan kalis inflasi. Ianya ada kaitan dengan wang kertas FIAT yang sebenarnya bukan matawang yang bernilai pada hakikatnya. Ini kerana emas dan perak sifatnya tidak susut nilai manakala matawang sekarangs edang menghadapi inflasi yang sangat DAHSYAT!

2.Berapa saya boleh dapat duit bulan-bulan?

Kami tidak menjanjikan kepada anda duit bulan-bulan, pulangan, pemberian, dividen dan sebagainya. Konsepnya sama macam kedai emas, beli emas dapat emas dan simpanlah emas tersebut. Bezanya dengan modal yang rendah anda sudah layak menjadi pengedar dan yang lebih mudahnya anda mengurangkan risiko membawa emas ke mana sahaja dengan hanya secara ONLINE. Nak duit lebih anda berusaha memperkenalkan emas yang dijual pada harga lebih murah dari kedai-kedai emas dan mampu milik. Setiap usaha anda diberikan komisen secara tunai pada hujung awal bulan seterusnya antara 1-7hb setiap bulan.


3.Bagaimana saya untung?

Niatkan dari awal simpanan adalah untuk masa hadapan. Sekiranya anda sudah menjadi pengedar, buat simpanan dahulu dan waktu yang sama anda memperkenalkan produk simpanan anda kepada masyarakat. Kika ada yang ingin membeli, anda trade dan anda beli yang baru PADA MASA YANG SAMA! Beli dan simpan pun dah untung sebenarnya.

Untuk berniaga emas perak kenalah dulu anda ada ILMU dan INFO HARIAN berkaitan emas dan perak. Meniaga emas bukan macam meniaga barang lain Ianya amat istimewa dan mempunyai perkaitan dengan rahsia wang kertas dan ini yang perlu anda pelajari. Hanya orang yang sabar dan berminat sahaja yang akan melepasi tahap ini. Saya akan membantu menjawab persoalan yang bermain di minda anda jika anda masih tidak faham.Saya menyediakan platform yang cukup baik untuk anda bermula dan terpulang pada anda sama ada anda mahu ataupun tidak


4.Kena cari downline? MLM ke?

Tidak... ini bukan perniagaan MLM. Anda tidak perlu mencari downline. Apa yang perlu anda lakukan ialah berkongsi ilmu tentang simpanan emas dengan orang ramai. Mulakan dengan orang yang anda kenali sama ada rakan-rakan mahupun saudara-mara (ini jika anda berminat untuk menyimpan sambil menjana keuntungan sebagai pengedar). Keahlian seumur hidup, hanya sekali sahaja bayar dan boleh diwariskan.


Mulakan dengan konsep S.E iaitu Share dan Educate. Kongsi dengan mereka dan terangkan sejelasnya berkaitan Emas dan Perak... Jangan lupa beritau mereka juga bahawa mereka boleh menjadi Tokei Kedai Emas seperti kita... Jika mereka nak join pengedar, itu adalah BONUS UNTUK ANDA!


5.Apa yang saya dapat dengan bayar RM1K tu?

(Promosi menjadi PENGEDAR SAH GSR dengan hanya RM1k adalah sehingga 31/12/2012)

- Layak dapat harga dealer yang jauh lebih murah dari harga pelanggan, inikan pula dengan harga di kedai emas dan setengah Trading yang lain
- Bisnes Card 300 keping dan ID untuk Website Affliate

- Kos penghantaran percuma produk EAMS -seumur hidup dengan jaminan jika hilang/tak sampai kepada anda dan Caj HANYA RM 15 dan RM 30 ikut berat untuk Produk Perak SAHAJA

- FLYERS sebanyak 300 keping bagi NEWBIE membantu merangsang promosi anda

- Seminar di tempat anda ditaja oleh GSR hanya perlu maklumkan tarikh dan carikan tempat da semuanya ditanggung oleh GSR.
- Khairat kematian 2 tahun sebanyak RM 500.00
- Peluang mendapatkan Produk tambahan marketing bernilai RM 1,500.++ sebagai usaha anda memperkenalkan 10 orang pengedar baru dalam rangkaian anda di GSR


So apa lagi? Boleh memahami serba sedikit atau layari Facebook, Facebook Group, Fanpage dan Email saya di emasperak2u@gmail.com, SMS saya di 013-3808031 atau terus jumpa saya OFFLINE utk perbincangan lanjut...


Irzary
013-3808031

Sunday, May 20, 2012

Dari PENULISAN UZAR

Just petikan untuk memaniskan MINDA...

Menurut kajian yang dilakukan di Amerika, pembaca boleh melihat bagaimana prestasi sepuluh tahun beberapa aset popular. Dari hasil yang diperolehi ia jelas menunjukkan pelaburan dalam logam bernilai, emas mendahului carta.
  asset_class_


Bagaimanapun, menurut penilaian saya secara peribadi dari sudut etika, menjadikan emas sebagai bahan pelaburan jangka pendek, ia boleh mengundang elemen yang tidak baik justeru kurang digalakkan, berbanding menjadikannya sebagai bahan pelaburan jangka sederhana dan panjang.

Walau aklam

http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1013-melabur-secara-halal.html

IRZARY
013-3808031

Don't to be this Seven (7)

Ada 7 perkara yang harus anda elakkan dari melakukannya. Saya akan kupas dalam artikel ini secara ringkas tetapi mencapai matlamat pemahaman saya dan anda.

DONT TO BE:
Lazy
Simply ar-Rahnu
Sale your Gold
Saving Fiat
Waiting
Refuse
Selfish
 
1. Jangan Malas (Lazy)

Sebaik sahaja anda sedar tentang emas, dapatkan info yang berkaitan dengan emas, sejarahnya, perkaitan dengan wang kertas, jenis-jenis emas, produk yang ada di pasaran dan banyak lagi yang perlu anda ketahui. Jangan malas untuk mencari info dan ilmu berkaitan emas yang tidak pernah habis.

Ini akan membantu anda dari terjebak dengan skim pelaburan emas,syarikat yang menawarkan pembelian emas secara pemberian dividen dan sebagainya. Pastikan anda beli emas-dapat emas dan jangan tertipu dengan syarikat yang menjanjikan pelbagai pulangan bulanan kerana mereka telah pun menjual dengan harga yang lebih tinggi dari syarikat emas yang sedia ada. Disebabkan itu mereka boleh memberi anda dividen. Anda harus berhati-hati kerana kebelakangan ini semakin banyak syarikat yang menawarkan pelbagai tawaran yang boleh membuatkan anda rugi.

Beberapa syarikat emas yang menjalankan skim pelaburan emas beberapa tahun dahulu masih belum selesai kes dengan BNM, oleh itu janganlah kita menambahkan bilangannya. Syarikat yang dimaksudkan ialah XXX, jangan terpedaya dengan hibah yang dijanjikan kerana anda sudah membayar lebih sebenarnya. Dan yang terkini, scam yang sedang mengganas ialah XXX yang memperdaya orang ramai dengan menggunakan nama syarikat pelombong di Kanada.

Anda juga boleh mendapatkan mentor untuk membimbing anda. Saya sendiri salah seorang yang membimbing ramai orang untuk memahami simpanan emas secara personal dengan cara online dan offline.Boleh klik www.gsr2u.com.my/irzary

2. Jangan Ar rahnu sebarangan (Simply ar-Rahnu)

Ramai yang menyalahgunakan perkhidmatan ar-rahnu kebelakangan ini. Peranan ar-rahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada yang memerlukan dan bukan kepada mereka yang tamak. Siapakah yang tamak?

Orang yang jual dan beli menggunakan sistem 35:65 atau 30:70.Contoh seperti ini:

Katakan emas 999 100g berharga RM 10k, pembeli hanya sediakan RM 3k sahaja kerana bakinya akan dibayar menggunakan hasil pajakan di ar-rahnu di mana pemajak akan mendapat RM7k dan menyerahkannya kepada peniaga. Urusan dengan peniaga sudah selesai dan peniaga kenyang sebab dapat untung besar jual emas dengan cara ini. Apa cerita dengan pembeli?Terpaksa membayar pinjaman dan kos upah simpan.

Realitinya ramai yang tidak faham tentang sistem ini dan buat kerana terpengaruh dengan janji manis si penjual. Akibatnya ramai yang tercekik sehingga terpaksa menjual emas di dalam ar-rahnu dengan harga yang rendah. Lebih menyedihkan kerana si penjual sengaja memasang perangkap ini agar dapat membeli emas di bawah harga pasaran dengan cara ini apabila dihubungi si pembeli kerana dapat menjualnya dengan harga yang lebih tinggi kepada pembeli lain.

Ramai yang tak sedar mereka golongan yang tamak. Antara syarikat paling top mempromosikan sistem ini ialah XXX. Paling menyedihkan mereka menggunakan orang berpengaruh untuk meyakinkan orang ramai dengan promosi yang hebat-hebat belaka di media massa termasuk televisyen.

Sistem ini salah di sisi agama. Awas jika anda terlibat. Ar rahnu BUKAN perniagaan!

Golongan kedua ialah yang memajak untuk menambah emas atau juga dikenali sebagai REMPIT EMAS. Ini juga harus anda jauhi. Tambahlah emas anda mengikut kemampuan bukan mengikut nafsu atau saranan peniaga emas yang membuta tuli.

3. Jangan jual EMAS anda (Sale your Gold)

Jangan jual emas anda tanpa sebab. Ramai yang keliru apabila diajar jual semasa harga tinggi(beli rendah jual tinggi). Jadi untuk apakah anda beli emas? Emas adalah aset unggul yang harus anda jadikan simpanan jangka masa panjang. Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual maka tiada apa di tangan anda nanti. Jual emas hanya untuk 5 perkara di bawah :

1. Rumah   
2. Hartanah   
3. Emas dalam bentuk lain (cth barang kemas) 
4. Modal bisnes  
5.Keperluan atau terdesak

Jika anda menjual emas anda dengan harga tinggi belum tentu anda dapat membelinya kembali dengan harga anda beli dahulu kecuali,jika anda mahir membaca pergerakan harga emas anda boleh menjual semasa harga tinggi dan menyimpan wang tersebut sehinggalah harga emas agak turun sedikit anda beli semula. Dengan cara ini anda mendapat gram yang lebih. Anda memerlukan sedikit kemahiran menganalisis harga emas tetapi jika anda bukanlah seorang yang suka memantau harga emas dan sibuk cara ini tidak bersesuaian dengan anda sebaliknya anda boleh menghafal trend pergerakan harga emas

4. Jangan simpan Wang Kertas (Saving Fiat)

Jangan menyimpan terlalu banyak wang kertas sebaliknya simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan dan kegunaan seharian. Emas adalah penyimpan yang terbaik kerana ia kalis inflasi dan tidak susut nilai. Setiap kali harga emas naik, ia menunjukkan betapa lemah dan semakin susut nilai wang kertas kita. Jangan terpedaya dengan bonus, dividen dan pulangan yang ditawarkan sebaliknya kajilah berapa inflasi setiap tahun yang menyebabkan anda rugi sebenarnya.

Simpanlah emas dalam bentuk fizikal seperti dinar, bar dan pelbagaikan pula dengan barang kemas.
Buat pilihan yang terbaik

5. Jangan tunggu (Waiting)

Jangan terlalu menunggu harga rendah baru nak beli. Orang selalu cakap emas mahal, tak mampu nak beli. Ya, memang betul emas mahal, hampir setiap tahun orang kata emas mahal.. jadi masa bila emas murah?

Dulu harga emas RM16/gram pun orang kata mahal, RM38/gram pun orang kata mahal, RM90/gram pun orang kata mahal, sekarang dah nak cecah RM200+ pun orang kata mahal. Jawapannya, tahun demi tahun harga emas makin mahal. Rugilah golongan yang hanya menunggu dan melihat orang lain semakin kaya dengan emas. Apa tidaknya, dulu beli emas masa RM140/gram, sekarang dah RM200/gram.. ini baru simpan sahaja dah untung, kalau yang meniaga macam mana? Lagi untung!

6. Jangan tolak (Refuse)

Jangan menolak atau menafikan tentang matawang Islam iaitu Dinar dan Dirham. Kebelakangan ini semakin ramai yang menyokong usaha-usaha sesetengah pihak yang cuba mengembalikan matawang Islam ini. Memang kita tidak mampu kembalikan ia 100% kerana wang kertas masih giat digunakan tetapi kita boleh mulakannya dengan komuniti kecil kita.

Saya mencadangkan agar anda menyertai group perbincangan  di facebook iaitu Dinihari Dinar,Dinar dan Dirham dan juga group untuk jual beli menggunkan dinar dan dirham iaitu Pasar Muamalat DnD. Macam-macam boleh dibeli menggunakan dinar dan dirham di sini. Ayuh kita sokong matawang yang bebas riba dan kembalikan ekonomi orang Islam ke tahap yang sepatutnya. Sokonglah matawang sunnah Islam

7. Jangan pentingkan diri sendiri (Selfish)

Setelah anda menjadi seorang yang celik emas, janganlah anda hanya mendiamkan diri dan tidak menyampaikan info yang berguna ini kepada orang lain. Sebarkanlah tentang emas , perak, dinar dan dirham. Semua ini berbeza dan mempunyai matlamat simpanan yang berbeza, contohnya dinar dan dirham ditukarkan dengan fiat bagi tujuan untuk muamalat (jual-beli), boleh juga disimpan untuk tujuan muamalat pada masa akan datang.

Tak guna jika hanya kita seorang sahaja yang tahu tentang kepentingan emas dan sebab perlu menyimpannya tetapi saudara mara kita, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling masih buta emas. Memang ada yang tidak boleh terima terus, gunakanlah cara yang berhemah dan yang penting anda sudah menyampaikannya. Mungkin anda boleh meminta mereka menambah info di internet .. susah-susah suruh saja baca blog ini. Macam-macam info emas ada.

Irzary
013-3808031