Faktor yang menjadikan emas begitu berharga dan menjadi alat pelaburan yang baik saya terangkan di bawah:
1. Pelindung kekayaan
Nilai emas sebenarnya tidak naik tetapi ia meningkat sejajar dengan kenaikan inflasi. Jika anda ada 1 gram emas berharga RM 200.00 pada tahun 2011, ia tetap 1 gram emas pada tahun 2012. Cuma nilai inflasi yang meningkat akan menyebabkannya bernilai RM 400.00 pada tahun 2012! Itu sahaja. Maknanya wang yang anda simpan dalam bentuk emas akan menjadi kalis inflasi. Dalam analogi yang paling mudah untuk difahami – wang anda telah disimpan di dalam kapsul masa (emas).
2. Simbol kekayaan
Sejak 6 000 tahun dahulu, emas dijadikan pilihan manusia sebagai simbol kekayaan. Ini semenjak tamadun Mesir kuno lagi. Pada masa itu, sesiapa yang memiliki banyak emas dianggap kaya dan berkuasa. Dan ia masih lagi begitu pada hari ini!
3. Harga emas sentiasa naik
Hal ini tidak dapat dinafikan. Seperti mana aset pelaburan yang lain, harga emas boleh naik dan turun tetapi jika dilihat pada jangkamasa panjang didapati harga emas sentiasa naik. Berdasarkan analisis ringkas untuk sepanjang 10 tahun lepas (2001-2010), purata kenaikan harga emas adalah lebih kurang 24%-27% setahun. Tidak banyak pelaburan yang mampu memberikan pulangan seperti ini.
4. Kejatuhan nilai matawang
Wang kertas yang anda pegang hari ini bukanlah wang. Itu adalah matawang – tidak mempunyai nilai hanya berdasarkan janji kerajaan pemerintah sahaja. Masalah dengan matawang ialah nilainya sentiasa jatuh pada setiap masa menuju ke nilai ‘kosong’. Konsep ini agak sukar untuk diterangkan kerana ia memerlukan gaya pemikiran baharu terhadap wang. Cukuplah saya katakan nilai matawang sentiasa dimakan inflasi dan ini memang tidak baik untuk kita semua.
5. Penyimpan nilai
Kontra dengan poin di nombor 4 di atas, emas menyimpan nilai. Nilainya tidak akan pernah jatuh apalagi hilang. Ia akan sentiasa mengekalkan nilainya. Dan seperti yang anda tahu, antara definisi wang adalah bertindak sebagai penyimpan nilai. Jika berdasarkan ini, bolehlah kita simpulkan bahawa emas adalah wang.
6. Tidak boleh dimanipulasi
Inilah poin yang paling saya sukai. Malah mungkin merupakan kelebihan emas yang terbaik sekali. Emas tidak boleh dicipta, tidak seperti matawang yang bebas dicetak sesuka hati. Sukar diperolehi dan kuantitinya tidak boleh ditambah. Inilah yang menjadikan emas amat bernilai dan boleh dijadikan sandaran kewangan.
7. Aset yang Amat istimewa
Ketika perang tercetus di sesebuah negara, nilai matawang negara tersebut akan jatuh merudum dan menjadi tidak bernilai lagi. Rakyat akan mencari perlindungan daripada negara-negara jiran untuk menyelamatkan diri dan keluarga. Cuba teka aset yang mana satukah di bawah paling bermanfaat dalam situasi seperti ini?
Pilih satu daripada pilihan berikut;
a. matawang
b. saham dan unit amanah
c. rumah
d. kenderaan
e. emas
Matawang sudah tiada nilai, pasaran saham dan unit amanah runtuh, rumah tidak boleh dibawa pindah ke luar negara dan kenderaan mungkin hancur oleh pihak musuh.
Iya.. Hanya beberapa syiling atau beberapa jongkong emas dalam simpanan anda itu yang akan membantu anda memulakan kehidupan baharu di negara lain. Ianya ringan dibawa lari dan mudah pula dicairkan walau dimana jua anda berada di seluruh dunia. Harganya standard di seluruh pelusuk dunia. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan, nyawa amat bergantung kepada aset yang dipanggil emas pada saat-saat genting seperti itu.
Emas memang sungguh istimewa.
Azrie (013-3808031) (SL0025)
www.gsr2u.com.my/irzary
No comments:
Post a Comment