MukaSurat

Monday, February 20, 2012

Kenapa Emas dan Perak?

Jika ingin membuat simpanan, tidak rugi menyimpan emas dan perak. Selain untuk perhiasan diri jika di pakai, ia juga suatu pelaburan. Lagi lama anda simpan lagi tinggi nilainya. Harga emas setiap tahun tidak pernah turun.

Kenapa emas dan perak?
Mudah! Ia adalah aset anda, sama seperti hartanah. Berbanding dengan melabur saham anda akan sentiasa bimbang tentang kerugian. Emas adalah aset dan wang adalah kertas yang dijanjikan nilainya oleh sesebuah kerajaan. Jika jatuh kerajaan, maka jatuhlah nilai wang kertasnya. Tapi emas nilainya tetap kekal mengikut nilai pasaran dunia.

Ia juga kalis inflasi. Katakan anda menyimpan 50 ribu ringgit di dalam bank pada tahun ini. Untuk 10 tahun akan datang adakah nilai 50 ribu ringgit itu nilainya sama untuk  zaman sebelumnya?. Pastinya tidak!!! KIatakan dengan 50 ribu ringgit tahun ini anda masih boleh membeli sebuah rumah, untuk 5 tahun akan datang anda tidak akan mendapat rumah yang seumpamanya untuk nilai yang sama. Tapi berbeza dengan emas. Dari tahun ke tahun harganya akan naik mencanak-canak. Dengan nilai emas dari 50 ribu ringgit wang anda itu akan berganda-ganda untuk 5 tahun itu.

Ia bukan sahaja untuk perhiasan tapi dalam industri seperti elektrik dan elektronik. Emas dan perak adalah hasil galian bumi yang semakin berkurang. Oleh kerana permintaan yang kian bertambah dari tahun ke tahun dan supply yang terhad harganya tidak akan turun tahun ke tahun. Jadi bersandarkan pada pelbagai faktor, untuk jangka masa panjang harga emas akan naik dan naik tidak seperti saham yang sentiasa goyang.

Trend sekarang masyarakat Melayu dan India banyak menyimpan emas.Manakala masyarakat Cina dan Inggeris banyak menyimpan perak.

Jadi sebagai orang yang bijak dan celik keadaan ekonomi dan pendapatan semasa ini, berfikir dengan waras dan mulakan pelaburan. Kerana pelaburan Emas dan Perak sememanya amat menguntungkan!

Azrie (SL0025)
013-3808031
www.gsr2u.com.my/irzary

No comments: