MukaSurat

Tuesday, February 21, 2012

Kenapa Emas Tinggi Nilainya

Artikel ini memang sesuai di buat kajian dan renungan.Banyak dalil-dalil dalam Islam menyatakan kehebatan emas, tapi masih ramai yang belum mempercayai kehebatan emas? Mengapa? Hari ini saya ingin berkongsi mengenai kenapa emas ditinggikan darjatnya oleh Allah Taala?

Tahukah anda kenapa Allah SWT mengangkat darjat emas sehingga ia dan amat bernilai dan berharga dari kaca mata kita sehingga menjadi rebutan sekalian manusia? Kisahnya begini;

Allah SWT mengizinkan Nabi Adam dan Siti Hawa memakan apa jua buah- buahan yang ada di taman syurga kecuali buah Kuldi. Iblis yang memasuki syurga dengan bantuan Ular Yang menelannya dan kemudian memasuki syurga, burung merak mengawal memerhatikan para malaikat penjaga syurga pada bahagian dalam syurga semasa ular melepas iblis manakala kuda membawa iblis ke tempat di mana Adam dan Hawa berada. Iblis bertanggungjawab membuat hati Hawa berdetik untuk merasa buah Kuldi seterusnya ia mempengaruhi nabi Adam sehingga berubah fikiran untuk mencubanya.

Di riwayatkan sebaik Nabi Adam makan buah kuldi, ia tersekat di leher menjadi Halkum manakala bagi Siti Hawa ia tersekat di dada menjadi buah dada. Seterusnya mereka terus terasa ingin membuang air kecil dan besar. Berlari- lari mencari tempat untuk tujuan tersebut sedangkan di Syurga bersih dan suci. Lalu Allah SWT mencampakkannya ke dunia bersama-sama haiwan yang membantu iblis memasuki syurga.

Apabila Nabi Adam dan siti Hawa dikeluarkan daripada syurga, semua malaikat dan makhluk- makhluk lain di syurga berasa tidak puas hati dengan tindakan Allah SWT dan Allah SWT yang maha mengetahui hanya emas sahaja yang tidak tergolong dalam kumpulan ini, lalu Allah SWT bertanyakan kepada emas adakah tindakannya betul supaya didengar oleh yang lain-lain.

“Yang bersalah tetap bersalah, yang bersalah mesti di hukum” kata emas
Dengan jawapan daripada emas tersebut Allah SWT menaikkan darjat emas sehingga ia tidak boleh berkarat meskipun terbenam sekian lama di dalam tanah, digemari untuk dijadikan hiasan wanita serta menjadi rebutan anak- anak cucu Adam.

Wallahu Alam

Rujukan: http://www.emaskini.com/2010/01/kenapa-emas-tinggi-nilainya-pada-pandangan-manusia/

No comments: