Assalam...
Perkenalan membawa kepada hubungan yang lebih erat...
Salam pada semua pelabur, penyimpan dan Agen aktif Emas dan Perak di Malaysia.
Saya perkenalkan diri, nama saya Muhd Azrie, bekerja sebagai pegawai pemasaran dan jualan di sebuah syarikat ICT di Kuala Lumpur. Berkelulusan Syariah dan Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak tahun 2002.
Saya bukan seorang yang berharta atau mempunyai simpanan yang boleh di banggakan. Cukup sekadar memenuhi keperluan keluarga seramai 5 orang dengan seorang isteri yang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah di Shah Alam. Dengan pendapatan keluarga ini, boleh dikatakan kami agak senang. Walaubagaimanapun kami tidak mempunyai simpanan yang terjamin. Seperti orang/ keluarga lain, saya ada sedikit simpanan di Tabung haji dan ASB untuk masa hadapan.
Produk Emas dan Perak merupakan produk pemasaran dan simpanan pelaburan yang baik. Perkara ini telah lama kita dengar dan baca. Tetapi cukup sekadar bercerita mengenainya tanpa mengambil pendekatan untuk bertanya lebih terperinci mengenainya. Minat saya terhadap pelaburan ini tercetus apabila kami di syarikat diberikan bonus hujung tahun lalu (2011) dan melalui rakan sekerja saya bercerita tentang pelaburan emas dan perak. Pada masa itu beliau hanya menjadi pemerhati dan menganalis berkaitan naik turun emas dan perak melalui laman web www.kitco.com. Bermula pada hari itu saya mula mencuba memahami kepentingan pelaburan ini.
Kemudian saya mula membaca laman-laman web berkaitan dengan pelaburan emas dan perak ini. Merujuk pelbagai sumber sehinggalah hukum-hakam dan potensi pelaburan. Nampaknya Allah permudahkan niat dan keinginan saya dan saya berpuashati dengan potensi serta hukum pelaburan itu sendiri. Tetapi perlu saya tekankan, kerana produk ini produk ribawi, HANYA PEMILIK SYARIKAT DARI KALANGAN MUSLIM SAHAJA YANG MEMAHAMI CARA DAN PELABURANNYA MENGIKUT KAEDAH ISLAM. Jadi saya perlu berhati-hati mengenainya.
Mungkin saya ditakdirkan terus mendekati pelaburan ini. 2 minggu lalu semasa cuti Maulidur Rasul, saya pulang ke kampung di Pahang bertemu dengan sanak saudara sempena Majlis Perkahwinan sepupu saya di Pekan. Malamnya saya bermalam di Kuantan dan saya bertemu dengan SD Mizam iaitu sepupu sebelah Umi. bercerita berkaitan perniagaan sehinggalah saya menyentuh persoalan pelaburan emas dan perak. Tak di sangka, beliau mengeluarkan beberapa produk GSR iaitu perak dan rancak bercerita mengenai potensi pelaburan produk-produk yang memang saya telah kaji sebelum ini.
GSR2U.com.my merupakan nama syarikat yang asing saya dengar ketika itu. Pada masa itu saya hanya mengenali beberapa syarikat lain seperti PublicGold, GoldTraders dan GCP (sekadar merujuk beberapa nama syarikat). Tapi apa yang saya tahu, itu adalah syarikat bukan dari bangsa kita dan ia dipelopori oleh non-bumi. Jadi apabila saya mendapat tahu melalui SD Mizam bahawa GSR adalah Syarikat Pelaburan Emas Perak bertaraf Bumiputera dan Muslim, saya tak ragu-ragu lagi mendapatkan lebih informasi dan produk-produk GSR sehinggalah awal minggu ini 13 Februari 2012, saya mendaftar menjadi agen/dealer.
Bagi pendapat saya, sekiranya kita bukan otak berniaga, jadilah pelabur sahaja. Itu cukup memadai untuk kepentingan masa hadapan kita. Tetapi jika kita nak menjana kehidupan lebih baik dan seronok, sertai rangkaian yang boleh dibina dalam mana-mana syarikat pelaburan emas dan perak. Dan saya merasa yakin dan seronok apabila saya tiba di pejabat GSR di WorldWide BP Shah Alam dan bertemu pengasas GSR, MD Anuar untuk mendapat lebih terperinci berkaitan peluang perniagaan, trend semasa, kaedah pelaburan dan masa hadapan produk-produk keluarannya.
Melalui GSR insya Allah, saya percaya dengan izin Allah, agen-agen dibekalkan dengan kit pemasaran yang lengkap, website pemasaran percuma, banner dan brosur pemasaran pelaburan emas dan perak, baju (yang dilengkapi dengan sulaman nama syarikat, laman web dan agen, beg dan kad perniagaan. Bukan itu sahaja, apa yang menariknya, pendaftaran agen/dealer GSR sebelum 29 feb 2012 melayakkan anda menyertai SEMINAR nama kita dipromosikan secara percuma di akhbar harian KOSMO selama 2 bulan. Ia merupakan strategi bantuan yang cukup hebat dari GSR.
Jadi sebagai Muslim yang ingin melihat saudaranya sama-sama berjaya dan membuat pelaburan bijak, lawati laman web GSR di lama web: www.gsr2u.com.my/irzary. Bagi yang saja-saja ingin membaca dan membuat kajian juga dialu-alukan melihat laman web ini. Jika berminat sila jadi ahli secara percuma bagi membolehkan anda membeli emas dan perak. Mulakan dengan bijak dan serius, anda boleh menyertai agen pelaburan yang SAH dengan mendaftar sebagai agen/dealer dengan prmosi HANYA RM 1,000.00 sahaja. Tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2012.
Jika tuan/puan ada apa-apa pertanyaan lanjut berkaitan perniagaan emas dan perak, boleh hubungi saya seperti no hp di bawah.
Azrie
013-3808031
www.gsr2u.com.my/irzary
SL0025 (Agen Sah GSR)
No comments:
Post a Comment